Part 1

417 17 2
                                    


WAFIY mundar mandir. Jemari meraut rambut ke belakang dengan kasar.

Detik yang dilalui sekejap tadi bukan yang diimpikan. Jauh sekali hadir dalam mimpi.

Entah kenapa dia akur dengan desakan dan tuduhan. Langsung tidak pertahankan dirinya. Sedangkan dia tak bersalah.

Manusia yang dikatakan berdua-duaan dengannya tidak diketahui bila dan dari mana muncul. Tiba-tiba sahaja ada dalam rumah.

Dia terkejut seperti mana orang yang datang memberi salam.

"Kau ni siapa?"

"Dah hilang ingatan? Baru sekejap kau akad nama aku menjadi isteri." Bila Wafiy beraku kau, dia juga tidak mahu kalah.

Bukan lelaki ini yang sepatutnya tak keruan seperti ayam berak kapur. Tetapi dia.

Belum setengah hari bertandang ke rumah asing, dia sudah ditangkap berdua-duaan oleh sekumpulan manusia. Nak kata mereka dalam keadaan tidak senonoh, tidak sama sekali. Dia lengkap berpakaian.

Mengimbas kembali bagaimana dia keluar dari bilik saat terdengar cakap-cakap manusia. Lengkap berpakaian tetapi dia dalam keadaan mamai-mamai. Rambut kusut.

Dia dongakkan kepala memandang Wafiy semula.

Lelaki ini tidak senonoh! Sekadar tuala lilit di pinggang. Manalah tak menimbulkan sangsi oleh mereka yang berwajah berang.

Oh! Tuhan. Dugaan apakah ini?

Dia belum hilang ingatan dengan apa yang dilaluinya. Orang yang menyambut ketika tiba adalah wanita bertahi lalat di tepi dagu. Manis orangnya, malah tutur juga lembut.

"Kau sengaja perangkap aku, ya?" Wafiy yang sedikit menjerkah menghilangkan wajah wanita manis dengan senyuman di latar fikiran.

"Kau putera raja dari negara mana sampai aku terdesak nak perangkap kau?" Tidak mahu kalah dengan tuduhan Wafiy.

Wafiy ketap rahang kuat dan tangan dikepal kemas. Balasan yang diterima langsung tak menyenangkan hati.

Manusia ini tak pernah ada adab. Sangat tak sesuai dijadikan isteri.

"Pokoknya kita sudah bernikah."

Wafiy merengus kasar dengan ayat tambah yang terbit dari mulut manusia yang dikatakan isterinya. Seolah-olah mendengar apa yang hatinya terdetik.

"Sebegitu mudah?" tempelak Wafiy.

Lagak bersahaja si isteri macam minta dibungkus dengan daun pisang dari pokok yang ditebang tadi. Jadikan lepat pisang. Jual di warung Atai.

"Kau boleh lepaskan aku sekarang juga. Tapi aku takkan mudah lepaskan kau, Wafiy." Dia berdiri tegak dan panahan tajam mata terarah pada lelaki yang bergelar suami.

Dia bersedia menjadi isteri tersingkat dalam dunia.

"Kau ugut aku, Mishal?" Tercabar dengan ugutan itu, Wafiy membalas dengan renungan tajam jua. Masakan dia nak mengalah.

Senget senyum Mishal.

Ingat pun namanya. Mana mungkin lelaki ini begitu cepat terlupa nama dia yang disebut ketika berjabat tangan dengan papa. Biarpun nadanya penuh kebencian.

"Terserah." Mishal maju setapak merapati Wafiy.

"Andai kau lupa, aku nak ingatkan. Kau fikir siapa yang beria-ia memaksa kita bernikah?" Jari telunjuk Mishal runcing menyentuh dada Wafiy yang kian berombak.


................................

Ini adalah projek Ramadan Special dari Penerbitan Idea Kreatif

Ini adalah projek Ramadan Special dari Penerbitan Idea Kreatif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


4 cerita dalam 2 kompilasi. Cetakan sangat limited. Dan penerbit berikan kuota setiap seller dan dropship juga pada penulis.

Harga buku 

KOMPILASI SELAMANYA RM28 / RM31 

POS RM8 / 14 

 KOMPILASI SEHARUSNYARM27 / RM30 

POS RM8/ 14

KOMBO RM65 / RM77

Yang berminat untuk dapatkan combo kompilasi ini boleh WhatsApps saya 0126323076

Pembelian secara kombo akan mendapat sampul raya eksklusif daripada IKP dan gift istimewa daripada saya sementara stok masih ada

Pembelian secara kombo akan mendapat sampul raya eksklusif daripada IKP dan gift istimewa daripada saya sementara stok masih ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SILAT TARI CINTA (akan terbit)Where stories live. Discover now