Part 3

158 9 0
                                    


DIBAWA ke bilik asing yang berada paling hujung. Mishal terkebil-kebil memandang sekeliling. Tak sama dengan bilik pagi tadi.

Perlahan dia menapak ke tingkap. Ada sesuatu yang menarik ke situ.

Pemandangan menghijau bendang menghiasi tabir mata. Teringat ketika dia di sekolah rendah dahulu. Apabila diminta melukis lukisan pemandangan.

Dua gunung dan kotak-kotak sawah padi yang dilukisnya. Bila naik darjah yang lebih tinggi, kotak sawah padi tidak lagi berderet seperti papan dam haji. Ada ciri-ciri perspektif. Mulakan dengan kotak yang kicil di antara pertemuan dua gunung. Kemudian dilukis juga tali air. Dan ada sebuah rumah kayu. Yang tingkapnya tinggi daripada pintu.

Mengimbas kenangan itu, bibir Mishal membuahkan senyum.

Bebola mata bergerak ke sudut tingkap. Oleh kerana seni bina rumah ini meninggi, kepala sedikit menunduk untuk melihat tepi laman rumah.

Kelopak mata dikecilkan. Cuba mendapatkan imej yang lebih jelas dengan apa yang terlihatnya.

Kemas dan lincah tangan dan kaki seiring membentuk bunga silat yang membuatkan dia terpegun.

"Peaceful." Bibir berbisik perlahan.

Mishal ternanti pemilik silat tari itu berpaling ke arahnya.

Dia tahu siapa. Cuma dalam fikirannya masih terselit rasa tidak percaya.

Wafiy.

Untunglah lelaki itu punya cara tersendiri untuk melepaskan ribut yang melanda mereka hari ini.

Mishal menarik nafas panjang dan melepaskan dengan perlahan. Mahu mencuri ketenangan yang dimiliki Wafiy melalui bunga silat tarinya.

"Wafiy akan jaga Mishal dengan baik." Perlukah dia pegang kata papa tadi. Benarkah Wafiy akan menjaga dia.

Bukan papa tak tahu, dulu dia dan Wafiy tak sebulu. Malah hari terakhir dia berada di bumi Malaysia menggunung kebencian mereka.

Melihat Wafiy hari ini. Dia sedang berada di puncak hidupnya. Sekalipun tidak bergaya mewah seperti dulu tetapi Wafiy mempunyai kehidupan yang jauh lebih baik darinya.

Semua orang berubah, Mishal. Kehidupan yang lebih baik.

Ya. Dia sahaja berubah ke sebaliknya.

Bumi berputar berlawan arus untuknya.

"You're so lucky, Wafiy. Hidup senang atas kesusahan papa, aku. Dan aku..."

Gerakan terakhir Wafiy menyaksikan mereka saling berpandangan.

Nafas Mishal tersekat. Pandangan Wafiy bukan sekadar sampai di mata tetapi menyerap hingga ke dasar hati.

"Jangan kau berlagak, Mishal. Suatu hari nanti tempat kau bawah tapak kaki aku!" Herdikan kuat menerjah dalam benak kepala. Menyentak hati yang ralit diulit pandangan mata yang bertaut.

"Hey! Kau cakap dengan cermin?" Balasan hati untuk herdikan itu.

Mishal beralih dari tingkap. Punggung jatuh di katil.

Betapa lancangnya dia dahulu.

Tengoklah sekarang. Siapa yang cakap dengan cermin. Dan siapa berada di bawah tapak kaki siapa.

"You're loser, bitch!" Kuat ilaian tawa Naira yang menghantui hati selama ini.

Ilaian jahat itu membawa bersama wajah Wafiy pergi jauh dari sudut hatinya.

Loser.

Betul. Dia sedang memikul beban gelaran itu saat ini.

Dia dapat bayangkan Naira sedang bertepuk tangan melihat kejatuhan tiaranya. Senyum sinis menari di bibir merah Naira merentap jantung Mishal.

Dia benci Naira. Kerana Naira, dia tekad menjauh.

"I hate myself." Mishal rebahkan tubuhnya.

" Mishal rebahkan tubuhnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harga buku

KOMPILASI SELAMANYA RM28 / RM31

POS RM8 / 14

KOMPILASI SEHARUSNYARM27 / RM30

POS RM8/ 14

KOMBO RM65 / RM77

Yang berminat untuk dapatkan combo kompilasi ini boleh WhatsApps saya 0126323076

Pembelian secara kombo akan mendapat sampul raya eksklusif daripada IKP dan gift istimewa daripada saya sementara stok masih ada

Pembelian secara kombo akan mendapat sampul raya eksklusif daripada IKP dan gift istimewa daripada saya sementara stok masih ada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SILAT TARI CINTA (akan terbit)Where stories live. Discover now