Part 4

123 5 0
                                    

BAGAI terkena renjatan elektrik, tubuhnya bingkas duduk dengan mata terbuka luas.

"Woo woo... kau ni!" Tak sangka dengan tindak balas refleks Mishal, Wafiy berganjak menjauhi katil.

Langkah berjaga-jaga andai kaki panjang Mishal melekat di pipinya. Mujur dia sekadar gerakkan hujung katil bukan menyentuh mana-mana anggota badan Mishal.

Jika tersentuh agaknya buah silat dilayangkan Mishal dek terkejut.

"Apa kau buat dalam bilik ni?" Parau suara Mishal. Mata kemerahan yang terbuka luas tadi digosok. Dikejutkan dengan kejam begini, hampir berterbangan roh dan semangatnya.

Penat, letih, lelah, jerih. Perkataan mana satu yang sesuai untuk dihamburkan kepada Wafiy.

Kudrat belum cukup cas sudah diajak bertikam lidah. Lebih-lebih lagi keberadaan dia di katil. Bakal mengundang kejadian lain kelak. Lantas selimut ditarik hingga ke paras bahu.

"Andai kau lupa. Ini bilik aku."

Mishal berdeham sambil pandang sekeliling. Betullah. Bukan bilik dia. Bukan juga bilik yang ditunjukkan ketika dia tiba.

"Ibu kau yang suruh aku masuk ke sini." Mishal berganjak ke tepi katil. Dia belum lupa lagi. Akur sahaja ketika Puan Salbiah tunjukkan bilik.

Niat sekadar nak luruskan urat sementara menanti Puan Salbiah bawakan tuala untuknya. Acu kepala cecah bantal, mudah sahaja dia lena.

"Agak-agaklah nak memunya katil pun. Badan belengas baring atas katil aku. Dah lah tidur dengan liur basi meleleh." Bebel Wafiy.

Sekadar nak menyakat. Namun respons Mishal mengesat bibir dan pipi. Buatkan dia tak berkelip mata.

Minah ini benar-benar nak pastikan ada atau tidak liur meleleh dari mulutnya.

Tak cukup dengan itu, sekali lagi jari telunjuk Mishal menenyeh bucu mata dekat dengan pangkal batang hidung. Buang tahi mata yang bertepek.

"Aku tertidur." Pandangan mata Mishal jatuh pada langsir. Dia agak dah malam. Kerana ketika dia masuk ke bilik ini, langsirnya mengurai di tepi dan tingkap terbuka luas. Dia sempat melihat laman rumah dari situ.

Sempat juga dia melihat bunga silat Wafiy. Bersatu dengan alam yang permai. Sempat juga hati berperang dengan jiwa yang tidak pernah tenang dengan kisah dulu.

"Bukan saja ter. Tapi tidur mati! Nyaris aku nak yassin kan kau."

Mishal menjeling tajam.

Kejam sungguh bahasa Wafiy. Dia masih panjang umur lagi.

Sungguh dia tak kuasa nak membalas. Dia bangkit mahu meninggalkan bilik. Rela mandi di bilik air luar rumah. Asalkan bukan di bilik yang ada Wafiy.

"Flight papa kau jam 9. Aku hantar dia ke airport lepas maghrib tadi." Langkah Mishal kaku seketika.

Punahlah harapan nak memujuk papa bawa dia pulang sama. Pergi dari sini.

Dia ni kalau dah jumpa bantal yang kena dengan kepalanya, cepat sahaja terlelap. Tidur pula tidur mati.

Tak salah Wafiy kalau nak yassin kan dia. Sememangnya dia susah nak dikejutkan dari lena.

Cuma sejak peluang ke Malaysia, tidurnya tak menentu. Malam tadi, langsung dia tidak dapat memejamkan mata. Sedangkan badan dah terlalu penat.

"Dia suruh kau baca mesej dia." Sambung Wafiy saat badan Mishal dah separuh keluar dari bilik itu.

"Hoi perempuan, aku cakap dengan kau!" Pantang cakapnya tak dipeduli.

SILAT TARI CINTA (akan terbit)Where stories live. Discover now