Part 5

203 10 0
                                    


MISHAL memerhati gerak geri Puan Salbiah menyediakan minuman milo panas dan roti bakar.

Wanita itu masih ingat makan lewat malamnya.

"Betul tak nak makan nasi?" Puan Salbiah letakkan hidangan itu di hadapannya. Sedia untuk dia santap.

Mishal anggukkan kepala. Dua keping roti ini pun belum tentu dapat dikunyahnya. Satu muk milo juga terlalu besar untuk dihabiskan. Walau pun muk itu bersaiz sedang-sedang sahaja.

Bukan itu sahaja, dia teragak-agak nak minum minuman yang dihidangkan ini. Risau kejadian tadi berulang kembali. Dia agak minuman yang dihidangkan untuknya siang tadi ada ubat yang membuatkan dia lalok tak boleh bincang.

Bukan main lena dia tidur sebelum Wafiy gegarkan katil.

"Macam mana papa tahu saya ke mari, Cik Sal?" Bukan isu makan yang dikisahkan. Perutnya dah biasa tak terisi bila lewat begini.

Yang dikisahkan muncul papa tak lama selepas kekecohan berlaku.

Jauhnya nak ke mari, semalam dia memandu tanpa henti berjam lamanya.

Alasan papa menaiki kapal terbang tak masuk akal langsung.

Kata papa kebetulan masih sempat untuk semua urusan daftar masuk pesawat yang akan berlepas.

Masakan papa dapat mengagak ke mana dia pergi setelah menghilang sejak semalam. Dia keluar rumah tanpa disedari oleh papa.

Mishal tahu papa berdalih. Ada komplot antara papa dan wanita yang duduk di depannya.

"Masa saya sampai, Wafiy tiada di rumah. Hanya ada Cik Sal." Bila wanita itu diam, Mishal menambah.

Selepas bersihkan badan, warasnya datang. Dia cuba mengurai simpulan yang terjadi sepanjang hari ini sebelum tarikh bertukar lain sedikit masa lagi.

"Cik Sal perangkap saya?" Mishal menduga. Antara percaya atau tidak.

Bila Puan Salbiah menarik kerusi duduk di hadapannya, mata Mishal terbeliak.

Sahlah! Ini angkaranya.

"Kenapa?"

Puan Salbiah nampak goyah bila Mishal mendesak.

"Bukan ibu yang hubungi papa Mishal. Dia agak saja Mishal ke mari setelah Mishal tak pulang malam tadi."

Mishal kebam bibir.

Kelmarin, Lawyer Man berikan dia alamat runah ini. Semalam pagi dia dan papa bertelagah tentang tanah bendang dan beberapa lot tanah kebun yang dibeli melalui urus niaga syarikat. Tetapi satu sen hasilnya tidak masuk ke dalam akaun.

Jadi tak mustahil papa boleh tiba di sini tepat pada masanya.

Namun, Mishal tetap tak puas hati kenapa papa mudah sekali lepaskan mereka anak beranak. Terang-terang mereka patut diragui.

"Cik Sal belum tak tahu hajat saya ke mari." Mishal terus mendesak.

"Tak salahkan ibu nak meraikan tetamu. Lagipun Mishal bukannya orang lain. Anak Tuan Darul. Kita dah lama tak jumpa."

Mishal merengus.

Silap dia juga menerima pelawaan wanita ini untuk makan tengah hari dan dijanjikan melawat kebun selepas itu.

"Raikan tetamu dengan aniaya saya? Beri saya dadah? Begitu?"

Tiada bantahan dari Puan Salbiah. Berlagak seolah-olah kejadian anaknya tertangkap dengan tetamu yang lama tidak ketemu cumalah kebetulan.

"Kenapa kusutkan keadaan? Tak cukup ke susah papa sampaikan kalian malukan dia dengan buat saya begini?" Mishal terus mendesak. Berang dengan permainan Puan Salbiah. Diam itu tanda segala tohmahan adalah benar belaka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SILAT TARI CINTA (akan terbit)Where stories live. Discover now