Part 2

173 9 0
                                    


PERGINYA Wafiy mendapatkan si ibu, Mishal melepaskan keluhan kasar. Rancangan sebenar sudah tersasar jauh.

Bertandang ke kampung ini bukan untuk bernikah.

Larangan papa tak diendahkan, jangan usik mereka. Mishal tetap berdegil. Inilah balasannya.

Papa.

Terdetik nama itu, Mishal meluru keluar dari bilik. Nak mencari papa.

Mata menyoroti kelibat orang tua itu di ruang tamu.

Duduk bersandar melepaskan lelah. Mungkin sedang menghadam apa yang baru sahaja terjadi terhadap anak perempuannya.

Mishal dihimpit rasa bersalah. Tenang papa hanya zahir sahaja. Tetapi dia tahu dalam hati tua itu sedang ribut dengan sikapnya.

Mishal datang mendekat. Di hujung kaki papa, Mishal melutut.

Tangan naik menyentuh lutut papa dan kepala tunduk.

"Papa, ampunkan Mishal."

Helaan nafas berat dilepaskan oleh si ayah.

"You shouldn't be here, young lady. Dan tak sepatutnya Mishal pulang. Kenapa tak dengar kata?" Nak marahkan si anak pun tidak berguna. Dah ditegah. Anak sulung ini tak makan saman.

Nak dia salahkan Lawyer Man kerana menghubungi Mishal jauh nun di bumi kangaroo. Pun dah terlewat.

Anak ini tiba-tiba muncul di hadapan rumah tanpa memaklumkan kepulangannya beberapa hari lepas.

"I'm trying to help. Papa dalam masalah tapi langsung tak beritahu Mishal." Mishal angkat wajahnya. Bersedia seandainya papa hendak menjerkah dan memarahinya. Meski pun dia tahu itu bukan cara papa. Berbanding dengan arwah mama, papa lebih berdiplomasi.

"Are you helping now, Mishal?"

Mishal berkeluh berat. Kepala kembali menunduk.

Tak. Langsung tak membantu. Makin bertambah rumit jadinya. Tak berani Mishal nak mengaku. Degilnya mengundang beban papa.

"Apa kita nak buat, papa?" Jemari menarik hujung seluar papa.

"Jadi isteri yang solehah. Patuh pada suami." Bersahaja papa membalas.

Mishal angkat kepala. Bertemu mata dengan papa yang mempamir riak senyum nipis.

"Kita balik, papa."

Kali ini papanya pula gelengkan kepala. Ada hikmah yang berlaku. Sekurang-kurangnya ada yang akan menjaga si anak andai terjadi apa-apa padanya.

Time is running out. Dia masih ingat amaran Lawyer Man apabila dia langsung tak berbuat apa.

Jika tujuan ke mari tidak membuahkan hasil, dia dah terfikir untuk bawa papa tinggalkan Malaysia. Ikutlah dengan apa cara sekalipun.

"Adik pula."

Laju Mishal gelengkan kepala dan tegak duduknya. Cukup dia jadi mangsa keadaan. Jangan adik terbabit sama.

"Papa tak jual kami, bukan?"

Seraya itu dahinya dijentik.

"Papa..." Mishal merengek sambil tangan mengusap dahi yang berbekas sengal.

"Dia yang terhegeh-hegeh ke mari. Papa pula yang disalahkan."

Mishal menjuih bibir.

Seketika mereka berjeda sebelum, papa meraih tangan Mishal. Diusap lembut.

Bukan cara ini dia nak melepaskan anak gadisnya. Dia angankan sebuah majlis perkahwinan yang indah dan gilang gemilang untuk si anak kenang sepanjang hayat. Seperti mana majlis pernikahan dia dengan ibu mereka.

SILAT TARI CINTA (akan terbit)Where stories live. Discover now