3: Roomate and Drama

370 68 6
                                    

24 October 2021
Rewrite: 6 May 2022





"Hah! Ni blok seni, aku ada kelas ni. Sampai sini je aku boleh tunjukkan kau jalan, depan tu pejabat." Zaif menundingkan jari arah satu pintu kaca yang lut cahaya,

"Nanti waktu rehat, kau pergi cafe. Senang je cari aku." Sambil tangannya membetulkan sedikit tali beg sandang yang senget dia memesan, Zaif kemudiannya melangkah pergi. Fakhrul arahkan dia untuk tolong aku. Lagipun aku yang nak, aku rasa macam lagi senang nak get a long dengan Zaifar berbanding yang lain.

Aku mula beredar dan pergi ke pejabat yang dia tunjukkan tadi untuk melapor diri bagi kursus kesenian. Lawa betul blok seni ni. Kalau nak dibandingkan dengan blok yang lain. Penuh dengan mural yang pelbagai jenis dan berwarna-warni. Ye lah dah nama pun seni, tak mungkin bloknya suram.

Selesai urusan aku di pejabat, kerani lelaki itu bagi aku segugus kunci dan kad pelajar. Katanya kad tu untuk kunci pintu dan kunci tadi untuk loker di dalam bilik nanti.

Perkakas seni pula ada dalam bilik. Abang tu kata lagi, bilik seni kongsi dua orang. Merangkap teammate aku nanti, harap dia perempuanlah. Sebab aku dah lama sangat tak bergaul dengan lelaki.

Cerita dia macam ni, dulu masa sekolah rendah. Aku dengan abang-abang aku semua satu sekolah, tapi disebabkan kami bertiga tak boleh bersama. Ada je masalah sampai mama kami setiap minggu kena pergi sekolah jumpa guru displin disebabkan kami je. Mamapun pisahkan aku dan kembar. Aku dimasukkan ke sekolah elite perempuan sahaja — Diamonds High. Abang-abang aku pula masuk Achiever Highschool ni.

Dekat Diamond sana, tak ada kursus macam ni. Achiver High terkenal sebab pelajar yang keluar sini automatic akan dapat A-level. Jadi akupun pindah lah ke sini, untuk ambil subjek seni.

Luthfi pula ambil bahagian kulinari dan Fakhrul di bawah kejuruteraan.

Aku akhirnya jumpa juga nombor bilik aku. Ada sepasang kasut kulit yang khas untuk lelaki di rak bersebelahan pintu. Maknanya aku patut ketuk pintu ni kan? Tak beradab kalau aku masuk pakai kunci.  Lagipun aku budak baru, dekat dalam ni mesti orang yang terlebih dahulu dah duduk dalam bilik ni.

Aku ketuk pintu bilik itu beberapa kali, pintu bilikni warna hitam. Berbeza dengan pintu bilik yang lain. Walaupum dinding bangunan ini penuh dengan lukisan yang pelbagai, tapi pintu semuanya bersih tanpa sebarang lukisan. Rasanya itu peraturan di sini kot. Tapi, kenapa pintu aku warna hitam?

"Kenapa awak ketuk pintu bilik tu?" Orang bilik sebelah pula yang keluar. Seorang perempuan berpakaian soft goth dan bertudung selendang hitam,

"Er...ni bilik saya? Tak ada orang ke dekat dalam?" Muka pelajar perempuan itu nampak terkejut, dia berlari masuk dalam biliknya kembali. Beberapa saat kemudian, keluar seorang lagi perempuan berpakaian putih dari atas ke bawah. Berbeza dengan perempuan pertama tadi dia lebih kepada soft girl style. Tapi...muka dia sama dengan perempuan gothic tu...

Dia intai sikit dari muka pintu biliknya. Aku lambai tangan kepada dia, menyatakan yang aku nampak dia tinjau aku. Lepastu keluar kepala perempuan gothic awal tadi, perempuan soft pun ikut keluarkan kepalanya di atas rakannya itu,

Oh...diorang kembar.

"Perempuan! Aiden pair dengan perempuan!" Yang berpakaian gothic bersuara,

"Omg...kesiannya, mesti awak kena buli nanti." Kini yang berpakaian soft pula menyambung,

"Em. Kenapa? Saya tak faham." Mereka berdua berjalan mendekati aku. Comel kedua-duanya berjalan senyap-senyap, tidak mahu keluarkan sebarang bunyi.

Lovedestroyer.coWhere stories live. Discover now