1: Kelab Pencinta Bunga Raya

109 13 1
                                    


Hampir 30 minit aku berpusing-pusing. Kalau nama aku Syamel, mesti dah sesuai digunakan perbahasa 'kau ni kenapa Syamel, terpusing-pusing' nasib nama aku Fahra. Aku mula mahu berputus asa. Rasanya tak ada lah teruk sangat kalau aku ponteng perjumpaan kelab buat kali pertama. Nanti perjumpaan seterusnya, aku katalah aku sesat tak tahu jalan.

Also, kenapa kelab yang aku dapat ni pelik betul? Seumur hidup aku, tak pernah aku jumpa kelab Pencinta Bunga Raya ni. Dahlah bunganya betul-betul spesifik. Kalau kelab Pencinta Bunga je aku bolehlah terima. Nampaknya aku kena cari juga kelab tu supaya aku boleh tarik diri dan cari kelab yang lagi menarik. Nama kelab pun boring, sama boring macam nama kelab catur.

Aku sambung pusing satu blok bahagian kelab dan persatuan ini. Aku sure, tak ada pintu yang bertulis kelab bunga raya sebab ini kali kelima aku pusing bangunan ni. Jadi aku ambil keputusan untuk keluar dari bangunan kelab dan persatuan ikut bahagian belakang bangunan. Mana tahu dekat situ terletaknya kelab pelik tu. Mana tahu belakang ni ada taman bunga raya dan ditakdirkan kelab tu tak ada bilik sendiri?

Aku ambil pilihan untuk tidak bertanya, ketepikan peribahasa malu bertanya sesat jalan tu. Aku tak kesah! Aku tak nak orang tahu aku ahli kelab yang namanya kelakar tu dan aku tak nak minta tolong dua orang monyet tu bantuan. Diorang akan layan aku macam bayi kalau aku cuba untuk mintak diorang tolong aku hari pertama ni.

"Adoi!" Aku hampir jatuh ciun tanah pada hari pertama persekolahan. Semua punca beg aku tersangkut pada papan kenyataan lusuh yang diperbuat daripada batang penyapu dan kertas A4 berwarna putih. Aku sandang beg guna dua tali, risau karang tersadung mana-mana sign board lagi.

Perkataan yang tertulis di kertas A4 itu menarik perhatian aku. Aku ambil masa beberapa saat untuk baca tulisan hodoh yang ditulis guna pen marker berwarna hitam tersebut,

↑↑
Kelab Pencinta Bunga Raya

Kepala mengikut arah anak panah tersebut. Terus ke depan, aku mula mengorak langkah bersama soalan kenapa sign board kelab ni hodoh nak mati. Apa kelab yang aku dapat ni kelab low budget? Menyedihkan betullah kalau macam ni. Beberapa meter di hadapan, ada lagi satu sign board yang sama. Kali ini kertas A4 itu melekat pada pokok bunga hiasan sahaja.

←←
Kelab Pencinta Bunga Raya

Aku sampai di sign board tersebut, sekali lagi kepala mengikut arah anak panah itu. Mata aku terbuntang bila nampak satu bangunan yang agak hodoh atau boleh aku kelaskan sebagai stor terbiar. Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah stor tersebut, mahu mencari sign board yang lain.

Tiba di pintu stor, aku hampa. Dekat pintu tersebut ada bertulis 'Kelab Pencinta Bunga Raya' bersama lukisan bunga raya setaraf kanak-kanak tadika melukis dengan kertas A4 juga. Jadi, stor hodoh ni tempat perjumpaannya? Nampak macam nak roboh aje gayanya?

"Ahli Kelab Pencinta Bunga Raya ke?" Pantas aku pusingkan kepala. Jantung aku seperti mahu terkeluar bila ada orang tegur aku dekat tempat tersembunyi macam ni. Mata aku disapa dengan kelibat budak sangkar kucing tadi. Keluhan lega dilepaskan sambil aku mengusap dada beberapa kali. Fuh, nyaris aje aku nak bagi penampar dekat muka dia ni.

"Haah...ini tempatnya?" Kening aku terjungkit spontan. Betul tak betul aje kelabnya begini?

"Oh, ni lah bilik perjumpaan dia. Jom masuk." Aku melangkah ke tepi, beri laluan untuk dia masuk terlebih dahulu,

"Kenapa tersorok bilik perjumpaan ni?" Aku perhatikan pintu yang nampak seperti stor ini lama. Dah lah bilik ni hujung dunia, bila sampai je nampak macam ni? Betul-betul belakang sekolah pulak tu.

Lovedestroyer.coWhere stories live. Discover now