5: New Friend, Mybe?

332 60 3
                                    

26 October 2021
Rewrite: 8 May 2022

Hari kedua bersekolah, aku luangkan masa malam tadi dengan tak tidur. Jadi hari ni aku barai sikit. Selepas kejadian semalam yang amat menyakitkan hati buat seorang Fahra, aku diprovoke oleh Fakhrul untuk khatamkan sign language semalaman. Sebagai seorang yang pantang dicabar, aku ikut apa yang dia nak. Aku dah khatam semuanya. Sekarang aku mengantuk.

Aku gosok  mata yang terasa amat berat sambil menguap kecil, dengan longlai aku berjalan menyusuri koridor loker yang sedikit riuh pada pagi ini. Nasib masa punch card tadi tak sesak. Mungkin sebab aku awal kot. Aku fikirkan nak tidur sekejap sementara tunggu cikgu masuk nanti.

Aku buka pintu loker untuk letak beg, hari ni rasa malas betul nak buat semua benda termasuklah bernafas. Walaupun ia hari kedua aku bersekolah. Aku pasti, hari ni mesti bertambah banyak benda aku kena hadap. Harapnya aku tak terserempak dengan Hannah. Mesti perempuan tu anti gila dengan aku sekarang. Beg aku campak sekali lalu, pintu aku tutup kembali. Selepas itu aku sambung melangkah untuk masuk ke dewan matematik bersama satu tote bag kecil yang muat tablet, buku catatan dan pencil box. Beg galas besar sangat. Lagipun Fakhrul kata, dah lama gila sekolah ni tak menulis pakai kertas melainkan waktu peperiksaan.

Oh ya, lagi satu. Aku sebenarnya lompat satu tahun. Jadi aku belajar sama dengan Fakhrul dan Luthfi, untuk pelajar tingkatan 5. Semua sebab aku bijak, dan selalu terikut dua orang kembar tu belajar.  Setakat ni tak ada lagi kelas yang aku sama dengan diorang. Aku harap tak akan ada kelas yang sama sebab benda tu amat melecehkan. Aku dapat bayangkan Fakhrul angkat tangan tiap kali nak jawab soalan tapi dia sebut nama aku untuk jawabkan.

Aku menolak pintu dewan matematik dengan kedua belah tangan, pintu ni berat oi. Gaya pintu kayu jati dekat hospital kerajaan. Kaki melangkah masuk ke dalam dewan, tak ramai pelajar lagi yang masuk. Ada dalam enam orang je dalam ni. Itupun mereka tengah ulang kaji. Baru dua hari sekolah dah ulang kaji? Gila betul. Belajar apa je diorang ni?

Aku ambil keputusan duduk di bahagian belakang dewan, aku tak suka sangat duduk depan sebab muka aku kalau fokus dia nampak macam orang tengah tak faham. Tapi aku faham je, nanti cikgu akan selalu tanya aku soalan sebab fikirkan aku ni lembab.

Aku duduk di barisan yang boleh tahan belakang. Kepalaku letakkan atas meja, ada 10 minit lagi. Tidur ah, apa lagi?







_____








Aku tersentak daripada tidur yang terasa terlalu lama, jam Baby-G yang ada di tangan aku tekan untuk hidupkan lampunya. Tiba-tiba je dewan matematik ini terasa seakan gelap gelita.

Jam menunjukkan pukul sembilan pagi.

Shit, aku tertidur lebih setengah jam. Aku baru perasan, kepala aku ditutupi oleh sehelai kain. Mungkin jacket. Sebabtu gelap. Aku duduk statik. Cuba untuk kawal rasa gerun tertidur dalam kelas. Macam mana aku nak bangun ni? Lagipun siapa punya jacket pulak yang tutup kepala aku sekarang ni?

Jacket yang ada di atas kepala aku tarik ke bawah secara perlahan, jelaslah dewan yang kini telah penuh dengan pelajar. Seorang guru sedang mengajar di hadapan. Aku makin cuak, nak angkat kepala nanti takut kantoi pulak. Dewan ni senyap gila kecuali suara cikgu ajar matematik. Komfom cikgu ni garang gila.

"Shhhh..." Satu suara berbisik seperti menyuruh seseorang untuk diam kedengaran di sebelah, aku toleh kepala ke arah suara tersebut.

"Buat macam tengah salin nota." Dia menyuruh, seorang budak perempuan bersama rambut berwarna blonde duduk di sebelah aku. Matanya fokus memandang guru di hadapan sambil jari telunjuk diletakkan di bibir. Jadi, suara berbisik tadi datang daripada dia.

Dia bongkok ke hadapan, menepuk bahu seorang lelaki berbadan gempal yang duduk sebaris dengan aku. Lelaki tersebut sedikit terkejut, terhinjut kecil badan dia selepas disergah perempuan rambut blonde itu.

"Bob, niceu. Kau dah boleh gerak dah." Dia tersengih senget kepada lelaki tersebut sambil mengangkat ibu jari tanda bagus. Lelaki nama Bob itu angguk kepala secara terpaksa dan senyum kecil. Bob juga tayangkan thumb up,

"Heds! Berborak apa kau tu?!" Guru di hadapan menegur. Perempuan rambut blonde menayangkan giginya kepada guru yang sedang marah itu. Dia peluk bahu Bob dan keluarkan sign peace.

"Tak ada apa lah mama! Nak pinjam calculator je." Calculator di atas meja Bob dia capai tanpa meminta izin terlebih dahulu, dia menepuk bahu Bob sekali lagi seperti memberi isyarat. Lelaki berbadan gempal itu pula anggukkan kepala seakan terpaksa.

"Duduk betul-betul Heds. Sejak bila aku ni mama kau?" Heds mencebikkan bibirnya, justeru itu dia menjungkitkan bahu. Nampak gaya tidak rasa bersalah. Kalkulator milik Bob dicapai. Dia kembali duduk dengan betul,

"Yelah, sayakan anak yatim. Semua orang tua mak sayalah." Balasannya itu membuatkan satu dewan tertawa kecil. Guru di hadapan pula terdiam buat beberapa saat sebelum sambung mengajar.

"Thanks." Aku mengucapkan terima kasih, tahu yang dia baru cover aku tidur dari tadi. Heds kenyitkan mata sambil mengangkat ibu jari ke arah aku. Dia ni cool gila! Heds tak nampak muka melayu langsung. Mungkin dia exchange student dari luar negara ataupun anak usahawan yang melabur di negara ini.

Rambutnya berwarna blonde, light natural blonde digayakan dengan potongan wolf-cut. Hidung dia pun bentuk upturned dan mancung bersaiz kecil. Secara amnya bukan hidung orang melayu. Anak mata bewarna biru lembut dan bentuk mata downturn macam mata Aiden. Muka dia bulat dengan bibir cute cupid. Overall Heds nampak masculine dan feminine. She can be both pretty and handsome. 

Aku pulangkan balik boomber jacket yang dia guna untuk menutup kepala aku tadi. Dia terima huluran aku dengan kemas. Jacket tersebut diletakkan di atas bahunya. Dia kemudian sambung fokus mencatit nota di hadapan sambil tangan menongkat dagu.

"Aku Heds, kau?" Sambil tangan salin nota dia bertanya,

"Fahra."

"Kau budak baru eh? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Aku angguk kepala walau dia tak nampak balasan aku itu. Tangan leka bermain dengan stylus kerana bagi aku tak ada apa yang perlu disalin,

"Haah before ni aku dari Diamond."

"Ooo...cikgu ni memang leceh sikit, sebab tu aku cover kau tadi. Dia ni kaki memalukan student, asyik dia je betul." Heds bercakap dengan nada suara yang kedengaran bosan, "kau tengok lah tu, punyalah diva baju dia. Anak dia pandai, belajar dekat University of London. Dia asyik mention anak dia je, macam anak dia berpelajaran tinggi. Anak orang lain bodoh."

"Umur dia berapa? Nampak muda." Aku bertanya. Cikgu dekat depan nampak muda dan bergaya. Gayanya macam dia seorang yang mudah rapat dengan students. Heds tertawa sinis dengan soalan aku,

"50 lebih dah. Right? Kalau perangai dia elok, mesti ramai suka dia. Dia rapat dengan students lelaki je, menggatal. Budak lelaki senang lulus kalau kelas dia berbanding perempuan." Dia letakkan kepalanya di atas meja selepas kelas mula beransur perlahan. Dah tak ada apa perlu disalin lagi,

"Oh, nanti belanja aku waktu rehat. Aku lapar ah."





































--
26 October 2020
Note¦ kalau tidak keberatan, share lah story ni dengan rakan-rakanmu.

Lovedestroyer.coWhere stories live. Discover now