2: LD Members

449 72 12
                                    

24 October 2021
Rewrite: 6 May 2022

"No, aku tak nak join korang." Aku memeluk tubuh, ewah abang aku ni gila ya? Dia sendiri tahu aku tak pernah bergaul dengan lelaki sejak tiga tahun lepas. Dia boleh offer aku tawaran bengap macam ni? Also agency tu tak masuk akal langsung. Dapat upah sebagai pemusnah relationship? Sekarang ni, kita boleh consider kita sebagai watak jahat dalam cerita ni. Kan?

"Kalau kau tak nak masuk, aku bagi tahu mama kau yang patahkan pokok Bonsai dia yang dia import dari Jepun tu." Fakhrul silang kaki, dia juga memeluk tubuh seperti meniru gaya aku sekarang. Dia tak tahu dia sebenarnya dia sedang menipiskan kesabaran aku?

"Mama boleh dua kali ganda marah kalau aku bukak mulut pasal agensi ni." Luthfi tiba-tiba ketawa, tangan kanannya menutup mulut dan tangan kiri pegang perut. Dia juga provoke aku.

"Kau lupa? Mama lagi sayangkan pokok Bonsai dia dari kita? Pokok dia siap duduk dalam rumah berlian, Manis. Come on." Lutfi bersuara dengan ketawa yang masih berbaki. Aku sebenarnya dah cuak ni, memang aku yang patahkan pokok Bonsai mama yang paling mahal tu. Tapi benda tu dua tahun lepas punya cerita? Aku tak terfikir benda ni akan jadi bahan untuk aku akur kata diorang.

"Aku tak nak! Tak nak! Tak nak! Tak nak!" Aku tutup telinga, sambil ulang perkataan yang sama. Mungkin cara ni berkesan, sebab yelah, otak dua ekor tu lambat proses. Kalau aku ulang banyak kali mesti proses dia laju sikit untuk faham yang aku tak nak.

"Nak! Nak! Nak! Nak!" Fakhrul masih berdegil,

"Tak nak!"

"Nak jugak!"

"Tak nak jugak!"

"Kena nak jugak!"

Aku dan Fakhrul berlawan mulut, dua-dua dengan ego yang tinggi sama tinggi dengan gunung Everest. Mungkin sebab ini tak ada siapa yang mahukan kami. Op, bukan. Aku memang tak suka benda cheesy macam relationship. Tapi Fakhrul ya, dia single sebab perangai hodoh dia ni.

"Diam!" Serentak aku dah Fakhrul diam bila ditempik kuat dengan satu suara garau, akulah yang paling terkejut sebab aku tak kenal lagi orang dalam bilik ni.

Seorang lelaki berkulit putih dan berbadan sedikit sasa, berdiri. Matanya cantik terbentuk gaya fox eye menampakkan dirinya seorang yang berdarah cina. Rambutnya berwarna ash grey menutup dahi sebelah kiri. Lelaki tersebut berjalan mendekati aku yang ada di buaian. Alamak. Cuak der.

"Eh, cantik stokin gambar butterfly." dia menegur stokin aku, aik? Bukan mamat ni yang marah aku bising ke tadi? Lepas beberapa saat, dia geleng kepala seakan mahu kembali fokus.

"Hah, by the way. Kau masuk je lah agency kami ni." Dia duduk di atas kepala sofa berhadapan dengan swing chair, sebuah senyuman manis terukir dibibirnya yang merah bak delima itu.

Oh, aku rasa lelaki ni chinese. Sebab suara dia ada slang cina, pekat pulak tu.

"Tak susahpun buat kerja ni, itu Zaif boleh bagi kau macam-macam. Dia kaya. Kalau kau masuk, pergh...hari-hari minum Starbucks." Zaif anggukkan kepala berkali-kali, tanda dia setuju dengan apa yang budak lelaki cina itu katakan.

"Boleh ah? Tolonglah weh. Kami memang nak ahli perempuan ni. Oh, stokin butterfly ni kau beli dekat mana ah? Cantik wo." Aku garu kepala yang tidak gatal, lelaki ni ada ADHD ke macam mana? Tukar topik perbualan ni macam tukar dakwat pensil tekan.

"Beli dekat Mr. Diy." Aku membalas soalannya yang terakhir, dia cuma angguk kepala dengan jawapan aku.

"Oh, lupa kenalkan diri. Aku Zach Fen. Kau boleh panggil aku Zech je. Aku assistant untuk agency ni, kawal duit masuk dengan client." Zech kenalkan diri, jadi betullah aku teka tadi. Dia cina, nampak macam korean sikit rupanya. Manis je.

"Aku Hud, assistant for systems. Pakar IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan." Aku alihkan kepala arah lelaki yang sedang baring di sofa yang tempatnya untuk seorang. Terjulur kakinya yang nampak panjang itu keluar di kanan sofa. Tapi dia nampak selesa je baring macam tu, macam kucing.

Hud ni pula nampak melayu sikit, kulit dia tak terlalu putih dan tak terlalu gelap. Rambut hitam beralun dan tebal yang dibiarkan serabai, mata sedikit bundar tetapi ada eyebag dan dark circles yang sedikit timbul. Mungkin dia tak cukup tidur. Gaya dia nampak so musty but in good way.

"Aku Zaifar! The money machine." Zaif bersuara girang, dia ni pula nampak comel sikit rambut gaya bowl cut yang menutup sebahagian besar dahinya. Matanya berbentuk almond dan besar, sesuai untuk seorang perempuan.

"Yang tu Mior Mikael, kau boleh panggil dia Mika. The mini Izrael." Zaif tundingkan jari arah seorang lelaki yang sedang leka membaca buku, Mika pula nampak sangat masculine.

Kulit sawo matang, tidak terlalu gelap. Rambut disisir rapi, tak ada satu helaipun yang jatuh di dahi. Riak wajahnya nampak bengis, walaupun dia tak buat apa-apa. Mungkin dilahirkan dengan Resting Bitch Face (RBF)

"Maksud kau Mini Izrael?" Aku menyoal. Mamat ni membunuh orang ke? Aik, tak akan penulis kali ni tulis cerita pasal criminal?

"He can erase memories." Luthfi membalas soalan aku. Benda tu cool gila, macam mana orang cool (tak termasuk dua abang aku) boleh berkumpul macam ni? Hebat betul.

"Yeap! That's why kami boleh stay anonymous sampai sekarang." Hud menambah, aku cuba untuk hadam apa yang mereka sampaikan. Sedikit complicated.

"Jadi dik, kau nak masuk tak?" Fakhrul kembali kepada topik asalnya, terus menyedarkan aku yang lalai akibat teruja dengan mereka yang lain,

"Kau tanya macam aku ada pilihan lainkan?" Aku membidas laju soalan Fakhrul. Kalau kata tak nak, dia paksa jugak. Lepas tu dia boleh berani lagi tanya aku nak atau tak?

"Dik, kau nak jadi adik derhaka ke?" Luthfi bertanya, aku tarik nafas dalam. Cuba untuk bersabar. Bodoh abang-abang aku ni lain macam, boleh dikatakan kalau bodoh aku jumpa dengan bodoh diorang, bodoh aku boleh insecure kau tahu?

"Apa kena mengena? Kau abang aku, bukan mama!"

"Still abang Fahra, kau lupa ke siapa yang basuh berak kau dulu? Aku tau!" Fakhrul nampak yakin sekali dengan apa yang dia cakapkan,

"Kita beza setahun je, masa aku lahir kaupun minum susu lagilah!" Fakhrul tutup kedua belah telinga, kononnya tak dengar. Dan itu tabiat dia bila berbual dan bila dia merasakan andaian orang lain salah.

"Dah, ni benda first yang kau kena buat." Fakhrul berdiri daripada duduk, dia melangkah ke arah almari yang terletaknya fail-fail menimbun.

"Ni." Helaian kertas yang boleh tahan tebal dia hulurkan padaku,

"Belajar sign language."























--
24 October 2021

Lovedestroyer.coHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin