Chapter 13

13 4 0
                                    

"Tiada. Aku dah buang sejak awal lagi."

"Kallen-san,Anda perlu tahu. Tentang tersiksanya berada di bawah ini."

Semua penghuni yang berada di bawah memandang ke arah Kallen.

[Player 'Gekko....' mengaktifkan Skill 'Rumor King']

"Jika anda tidak memberikan mereka makanan,semua penghuni di sini kelaparan...apa Kallen-san tiada hati murni? Bukan ke sepatutnya seorang perempuan perlu berbaik hati berkongsi makanan?"

Kerana Skill 'Rumor King' Gekko, Semua penghuni terpengaruh akan perasaan marah kerana tidak mendapat makanan.

"Betul tu!! Bukan ke kau memiliki banyak makanan!!?"

"Berikan kami sedikit!!"

"Anak kecil ini sudah tidak makan beberapa hari!!! Berikan mereka makanan!!"

"Jangan jadi kedekut!! Berikan kami makanan."

Para Penghuni mula memaki Kallen.

"Kalian semua tidak boleh berkata begitu pada Kallen!!"Marah Lousie.

Kallen terkejut akan Lousie yang meninggikan suada tiba-tiba.

"Kallen belum mempercayai sesiapa lagi!! Dia mungkin tidak memberikan Kalian makanan kerana dia belum mempercayai kalian!!"

"Apa kau tahu,Perempuan!!?"

Salah satu tengkingan membuatkan Lousie tersentak ketakutan.

"Kami terperangkap di sini kerana kelaparan tahu tak!!?"

"Kenapa dia perlu berikan makanan jika dia tidak percaya yang kami kelaparan!!?"

"Dasar bodoh!! Kami ingin makanan!! Kami tidak perlu kepercayaan korang!!"

"Tak payah berlagak baik!! Kitorang perlukan makanan untuk anak-anak kami!!!"

"Kau bukannya cantik sangat nak tegur kami!! Pergi tengok cerminlah perempuan!!"

Sesat mendengar komen negatif itu,Lousie terdiam ketakutan. Hatinya begitu sangat terasa sakit. Kallen boleh melihat Tangannya menggigil.

Mata Hijaunya yang tiada cahaya memandang tajam ke arah orang yang memaki Lousie. Pedang sudah bersedia untuk ditarik.

Okito juga marah kerana Waniat dicintai dimaki tetapi kemarahannya terhenti seketika apabila melihat Wajah Kallen yang menyeramkan serta pedangnya yang sudah bersedia untuk bermandi darah.

"Berikan Kami makanan!! Berikan Kami makanan!! Berikan Kami makanan!! "

Para penghuni mengulangi ayat yang sama. Itu menyebabkan Ketakutan Lousie bertambah seakan-akan dia ingin menutup telinganya.

Di sisi lain,Gekko tersenyum sinis dengan adanya ramai orang yang menjadi pedukungnya. Serangan mental boleh dilakukan dengan serangan dari spesies yang sama.

Manusia boleh menyebabkan mental manusia hancur dengan beberapa perkataan.

Itulah dinamakan kritikan atau komen negatif.

Life As Writer : Book 1Where stories live. Discover now