Chapter 37

8 3 0
                                    

"Woahhh~ Kita baru je 2 jam kat dungeon, semua dah jadi huru-hara."

Seluruh Stesen B-72 menjadi huru-hara di mana para penghuni ketakutan di dalam zon hijau. Ada yang bergaduh berebut zon hijau dan ada bersiap sedia untuk membunuh jika ada yang mengambil zon hijau miliknya.

Di sisi lain,Jinguji senang duduk di kawasan hijaunya yang belum terpenuh. Zon dia yang paling besar yang boleh memuatkan 70 orang.

Sayang sekali, Kalau kau ingin duduk di sana, kau perlu membayar tinggi.

"Apa kita perlukan Zon Hijau?"Okito bertanya di sebelah Kallen.

"Tak perlu sebab kita hanya perlu bantai je."

"Apa itu monster yang akan di lepaskan?"Tanya Junko membuatkan semua ahli yang lain memandang ke arahnya.

Landasan kereta api ditutupi sebuah skrin merah yang terdapat berbagai bunyi monster disebalik skrin itu.

"Ikutkan dari bunyi monster tu, jumlahnya sekitar 200. Ada 150 Monster C, 45 Monster B dan 5 Monster A."Jelas Hanako.

"Terima kasih dan Kerja yang Bagus, Hanako."

Kepala Hanako diusapkan dengan lembut.

Dengan adanya skill 'Identity Monster', Hanako boleh tahu segala jenis bahkan kelemahan serta bilangan sesuatu monster.

Justice Flag muncul di tangan Kallen.

"Lousie!"

Lousie menoleh dan dengan spontan, menyambut sebuah batang bendera yang diikat. Gadis itu memandang ke arah kawan baiknya dengan wajah kebingungan.

"Itu hadiah dari aku."

Walaupun Kallen berkata begitu,Lousie tetap berasa aneh.

"Justice Flag hanya boleh digunakan sepenuh kekuatan oleh pemiliknya, Hakim Uriel,Iaitu kau. Kalau aku gunakan pun, Ia hanya akan jadi senjata biasa tetapi tidak pada kau. Dengan adanya senjata tu,Kau boleh menghukum atas undang-undang. Kau akan menjadi kuat dengan senjata yang paling sesuai untuk kau."

Mendengar perjelasan Kallen membuatkan Lousie makin faham tetapi masih ragu-ragu untuk menerimanya.

"Apa takpe berikan pada aku?"

"Takpe. Lagipun, Itu hadiah dari aku. Lebih baik kau jaga baik-baik,Harganya mencecah 10 juta koin tahu tak?"

Mata Lousie terbeliak, terkejut serta menjadi gelabah apabila mengetahui harga senjata tersebut ialah 10 juta koin.

"Se-Se-Sepuluh Juta Koin!!?"

"Kejap!! Penulis!! Mane penulis dapat 10 juta koin!!? Kenapa Penulis tak belikan senjata untuk aku!!?"Celah Isaac.

"Sponsor kau tu kaya! Dia selalu bagi aku banyak koin! Mintalah kat dia!!" Marah Kallen.

Sementara Kallen dan Isaac bergaduh pasal senjata,Okito,Hanako,Junko dan Yoshida memerhatikan senjata baru Lousie.

"Ia sesuai sebagai senjata tombak. Kalau kau pandai menggunakan tombak, ia mungkin membantu." Cadang Yoshida.

"Ba-baiklah....Tapi aku tak pandai gunakan tombak."

"Takpe, Lousie!! Aku boleh ajarkan!"Kata Okito dengan bangga.

"Betul tu ni!?"

"Sudah tentu,Aku ni kan pengguna tombak!!"

"Terima Kasih, Okito-san!!"

Pakk!! Pakk!! Pakk!!

Bunyi tepukan tangan menarik perhatian mereka.

Life As Writer : Book 1Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora