| 15 | HANNARIZ

3.8K 125 1
                                    

Papp!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Papp!!!

Hanna tersandar ke dinding. Mata terkebil-kebil memandang dada bidang Hariz sebelum naik memandang wajah serius suaminya itu. Liurnya ditelan kesat.

"Seronok dapat bos baru?"

"Abang. Err... Boleh tahan lah." Hanna menekup mulutnya. Alamak! Macam mana boleh terlepas cakap ni.

Hariz yang mendengar jawapan Hanna kembesarkan matanya sedikit. Dah pandai dah Hanna sekarang ni. Dia mendekatkan wajah dengan wajah Hanna.

"Abang, Hanna gurau je lah." Ditepuk-tepuk dada Hariz supaya melepaskanmya. Nampak dek Marsha kang, tak ke huru-hara.

"Ye ke gurau? Habis kenapa Hanna tak bagitahu abang pasal Zafran?" Kening Hariz terangkat sedikit.

"Hanna bukan tak nak bagi tahu. Kalau Hanna bagitahu, hahh macam ni lah reaksi abang." Satu sengihan tidak bersalah diberikan kepada suaminya itu.

"Hmm reason accepted. Tapi dia ada kacau Hanna? Ada dia menggatal dengan Hanna?"

"Buat masa ni tak ada lagi. Tapi kedepan nanti Hanna tak tahu lah."

"Bagitahu abang kalau dia kacau sayang."

"Abang nak buat apa kalau Hanna bagitahu? Abang nak ajar dia ke?"

"Tak lah. Abang nak ajar Hanna."

"Dah kenapa nak ajar Hanna pulak?"

"Abang ajar Hanna supaya Hanna mengelak daripada dia. Nak tahu abang ajar macam mana? Macam ni." Hariz mencium dahi Hanna, perlahan-lahan bibirnya turun terhenti pada hidung Hanna. Pipi isterinya itu dicium sekilas sebelum lama terhenti pada dua ulas bibir merah milik Hanna.

Ciuman mereka masih bertaut erat. Hanna mengeratkan lingkaran tangannya pada leher Hariz. Sesekali, rambut suaminya itu diramas perlahan.

"Ini baru sikit, sayang. Nanti dekat rumah abang ajar lebih lagi, okay?" Kata Hariz lalu mengenyitkan sebelah matanya. Satu senyuman nakal dilemparkan kepada Hanna.

Hanna tergamam di tempatnya berdiri. Gila! Hariz memang gila! Bibirnya digigit perlahan apabila mengingatkan ciuman hangat mereka tadi.

Pap! Dia menampar pipinya sendiri. Tak boleh jadi ni, boleh gila dia nanti kalau dibiarkan terkena penangan aura suami sendiri.

 Tak boleh jadi ni, boleh gila dia nanti kalau dibiarkan terkena penangan aura suami sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hanna cepat-cepat pergi membuka pintu apabila pintu diketuk. Tersenyum lebar dia apabila melihat Jasmin sudah pun ada di depan mata. Sahabatnya itu dipeluk erat.

"Peluk aku dah macam setahun tak jumpa." Perli Jasmin sebaik sahaja Hanna melepaskan pelukan.

"Biarlah. Baru dua hari aku duduk sini, tapi aku dah rasa macam dua tahun kau tahu tak?" Ujar Hanna lalu mencebik.

Jasmin tergelak kuat. Itu lah, nak sangat kahwin sorok-sorok. Sofa di ruang tamu didudukinya sebelum Ummi Fatimah datang membawa sedulang air.

"Minum dulu Jasmin. Kuih nanti ummi datang hantar lain."

"Eh, tak apa ummi. Tak payah laju-laju. Lagipun Jasmin ada bawak makanan jugak."

"Ye ke? Tak ada pun kau bawak apa-apa aku tengok." Hanna mengerling kiri dan kanan Jasmin. Hanya ada beg tangan sahaja di samping gadis itu.

"Kejap lagi sampai la tu. Ada orang tolong bawakan."

"Kau bawak siapa datang? Kau tak bagitahu aku pun nak bawak orang lain?" Dahi Hanna berkerut hairan. Siapa lah yang si Jasmin ni bawak.

"Aku lupa lah. Alahh... Tak apa, alang-alang tu dia boleh jadi tukang bawak makanan."

Deheman seseorang di muka pintu membuatkan mereka bertiga memandang ke arah itu. Kerutan di dahi Hanna hilang apabila Zafran yang sedang membawa bungkusan plastik itu.

"Ada ke tukang bawak makanan handsome macam ni?" Seloroh Zafran lalu meletakkan bungkusan plastik ke atas meja.

"Zafran. Kenapa nak datang tak bagitahu ummi dulu?" Seronok Ummi Fatimah bila nampak muka si Zafran ni.

"Saja je, ummi. Tadi saya terserempak dengan Jasmin, tengok dia bawak banyak sangat makanan, jadi saya tolong lah dia. Tak sangka pulak dia nak datang sini." Jelas Zafran lalu menjeling Jasmin. Kurang asam punya perempuan.

Dia punyalah struggle nak bawak makanan banyak-banyak dari luar tadi, Jasmin boleh pulak sedap duduk melepak sambil minum air. Haihh...

Hanna menggelengkan kepalanya perlahan. Habislah. Harap-harap lah angin Hariz baik hari ni. Makanan di atas meja dipandang.

"Banyaknya makanan kau bawak, Jas."

"Alahh, bukan selalu pun. Ajak je semua datang makan. Ummi, kita makan dekat laman lah eh? Boleh lah sedut udara segar sikit." Seronok jugak kalau makan dekat laman rumah itu. Luas dan hijau pemandangan.

"Boleh je, Jasmin. Korang pergi lah keluar dulu, ummi nak pergi panggil Marsha dengan Hariz as atas."

Jasmin menoleh ke arah Hanna dengan perlahan-lahan. Erkk... Mana lah dia tahu Hariz dengan Marsha pun ada sekali. Ingat ada Hanna dengan Ummi Fatimah je.

'Sorry.' Ujar Jasmin tanpa suara kepada Hanna. Tak pasal-pasal kena hadap muka Marsha yang acah-acah solehah tu sambil makan. Hempp!

 Hempp!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HANNARIZ: THE ONLY ONEWhere stories live. Discover now