| 29 | HANNARIZ

3.9K 142 1
                                    

Sudah hampir seminggu mereka berada di negara Leorathia itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sudah hampir seminggu mereka berada di negara Leorathia itu. Semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang Hariz rancangkan. Emosi Hanna sangat stabil kerana tiada gangguan daripada orang sekeliling.

Jasmin memandang Hanna yang kusyuk menikmati sarapan pagi itu. Langsung tak toleh kiri kanan. Minuman panas yang berada di dalam cawan dicicip perlahan.

"Hanna, petang jom keluar nak?"

"Nak keluar pergi mana?"

"Mana-mana je. Kau pun tahu kan, dah masuk seminggu kita tinggal dekat sini tapi kita tak sempat lagi nak kenal-kenal dengan penduduk kampung ni."

"Erm... Boleh jugak. Aku pun bosan duduk terperuk dalam rumah ni."

"Okay nice."

"Kalau korang nak lagi seronok, malam ni pergi pasar malam. Pasar malam diorang meriah gila."

"Mana kau tahu?"

"Aku tahu lah sebab aku dah pergi beberapa hari lepas. Pasar malam dekat kampung ni seminggu dua kali. Hari selasa dengan hari jumaat." Beritahu Zafran lagi.

"Ooo kau tak bagitahu kitorang pun yang kau pergi."

"Malas lah ajak korang berdua. Nanti orang ingat aku kahwin dua, tak ada orang ngorat pulak."

"Cehh, macam lah kau pergi sorang haritu ada orang mengorat. Kau tu je perasan lebih."

"Ehh kau, baik-baik sikit eh! Siapa cakap tak ada yang ngorat aku haritu? Ada okay. Cantik pulak tu. Tapi aku tak nafikan lah, perempuan dekat kampung ni semua lawa-lawa. Tergoda saya." Zafran tersengih-sengih apabila mengingati wajah gadis-gadis kampung di Leorathia itu.

Hanna dan Jasmin serentak membuat muka. Apa lah nasib dapat kawan macam Zafran ni. Tapi entah lah, diorang pun tak berapa nak pasti macam mana boleh dapat sampai macam ni.

Hanna tersengih apabila Jasmin dan Zafran kembali bertekak. Deringan telefon pintar membuatkan Hanna terkejar-kejar hendak mendapatkannya.

"Hanna, jangan lari!" Jerit Jasmin apabila melihat Hanna sudahpun berlari-lari anak. Excited macam tu, mesti ingat hubby dia yang call.

"Hello, abang." Tanpa sempat orang di sebelah sana bercakap, Hanna terlebih dahulu bersuara.

"Seronok kau kan?"

Suara wanita yang menyapa telinganya membuatkan Hanna menjadi pucat lesi. Dengan perlahan, skrin telefon dijauhkan dari telinga lalu nama pemanggil dibaca.

Ummi Fatimah.

Telefon didekatkan kembali ke telinga. Ingin mendengari apa lagi yang mahu dikata oleh Ummi Fatimah.

"Pandai kau kan. Kau suruh Hariz bagitahu semua orang yang kau ni isteri pertama dia, lepastu senang-lenang kau pergi bercuti kan?!"

"Apa ummi cakap ni? Hanna tak faham."

HANNARIZ: THE ONLY ONEWhere stories live. Discover now