| 22 | HANNARIZ

4.1K 148 1
                                    

Hariz duduk melutut di hadapan Hanna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hariz duduk melutut di hadapan Hanna. Tangan isterinya itu dicapai lalu kekura tangannya dielus lembut.

"I'm sorry. Tak sangka diorang buat kacau sampai ke rumah." Ujar Hariz memohon maaf. Riak wajah kosong milik Hanna dipandang lama. Cuba untuk mencari apa yang tersirat di sebalik wajah kosong itu. Namun hampa, tiada apa yang dapat dibacanya.

"Tak apa. Memang patut diorang marah. Sebab Hanna yang bunuh Marsha." Hanna mengertap giginya rapat setelah menuturkan kata itu. Sakit, namun itu yang dia terpaksa hadap.

"No. It's not your fault, sayang. Stop salahkan diri sendiri. Okay?" Pujuk Hariz sambil mengusap lembut rambut Hanna.

Hanna tersenyum pahit. Bagaimana dia mahu berhenti menyalahkan diri sendiri sedangkan masih ramai yang menuding jari kepadanya?

 Bagaimana dia mahu berhenti menyalahkan diri sendiri sedangkan masih ramai yang menuding jari kepadanya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pintu bilik ditolak perlahan. Susuk tubuh Hariz yang sedang berdiri membelakanginya itu dipandang lalu didekati.

Suaminya itu kelihatan sedang memegang sesuatu di tangan. Hanna menjengketkan kakinya sedikit untuk mengintai apa yang sedang dipegang oleh Hariz.

Dan zapp!!!

Hariz sedang memegang dua keping gambar iaitu gambar Marsha dan juga gambar ultrasound. Kaki Hanna terundur selangkah ke belakang. Mulutnya diketup menahan esakan sebelum tubuhnya dibawa keluar dari bilik.

Hanna duduk terhenyak di atas sofa. Setitis air mata gugur di pipi lembutnya dikesat. Dia sudah agak, Hariz hanya berpura-pura kuat didepannya. Hakikatnya, Hariz begitu terpukul dengan pemergian Marsha dan anaknya.

Hanna tidak sukakan perkara itu. Dia tidak mahu melihat Hariz berpura-pura bahagia sedangkan hati lelaki itu merintih akan pemergian Marsha. Mukanya ditekup dengan bahu yang terhinggut akibat esakan yang menggila.

Apa yang dia dah buat? Dia dah buat Marsha mati. Dan semua orang sedang terseksa kerana pemergian mengejut wanita itu.

"Baby... Mummy nak buat macam mana ni?" Rintih Hanna perlahan.

"Macam mana dengan Hanna? Dah okay ke?" Tanya Zafran usai duduk di hadapan Jasmin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Macam mana dengan Hanna? Dah okay ke?" Tanya Zafran usai duduk di hadapan Jasmin.

"Hmm dah kot. Tadi Hariz dah bawak dia balik rumah." Jawab Jasmin sambil mengacau bosan air di dalam gelasnya.

"Ohh baguslah."

"Erm aku ada benda nak tanya kau ni." Jasmin membetulkan duduknya. Gelas ditolak ke tepi lalu wajah Zafran ditatap serius.

"Apa?" Kening Zafran terangkat sedikit. Pelik apabila gadis itu tiba-tiba sahaja bertukar serius. Dah tu, tenung muka dia macam nak makan pula tu.

"Kau... Betul-betul suka Hanna ke?"

Zafran yang mulanya tersentak dengan soalan Jasmin perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Err... Senyuman yang agak mengerikan di mata Jasmin.

"Kalau aku kata ya, apa kau nak buat?"

"Jangan harap nak keluar lepak dengan aku dan Hanna lagi." Jasmin memandang Zafran dengan tajam. Dasar Zafran gila! Isteri orang pun dia nak!

"Why? Lagipun aku tengok Hanna tu macam tak bahagia je dengan Hariz. So, tak salah kalau aku masuk jarum kan?"

"Zafran! Don't you dare!" Ternaik seoktaf suara Jasmin. Jangan harap dia akan biarkan Zafran meruntuhkan rumah tangga sahabatnya itu.

Tawa Zafran terus terhambur sebaik sahaja melihat wajah menyinga Jasmin. Adoi, bersungguh-sungguh betul nak jaga hubungan sahabat baiknya itu.

"Aku gurau je lah. Tak kan lah aku nak suka dekat isteri orang. Aku masih tahu halal haram."

Wajah tegang Jasmin mula mengendur. Tangannya dikepal geram. Tak guna punya Zafran! Berani di main-mainkan seorang Jasmin ni? Memang nak kena betul lah!

"Kau ni kan, memang nak mampus dengan aku!" Jasmin merengus kasar. Kecik besar je Zafran dekat mata dia sekarang ni.

"Relaks lah. Aku gurau je kot." Kata Zafran dengan sisa tawanya.

"Apa-apa je lah. Asalkan kau tak suka dekat Hanna."

"Jangan risau. Aku tahu Hanna tu isteri orang. Berdosa sukakan isteri orang. Tapi tak berdosa kalau sukakan kawan baik isteri orang tu kan?" Usai menyudahkan ayatnya, Zafran mengenyit matanya nakal.

Memerah wajah Jasmin menahan malu. Eeii... Geramnya dia dengan Zafran ni!

"Siapa kawan baik isteri orang tu?"

"Kira-kura dalam perahu, dah tahu buat-buat tanya pulak. Siapa lagi, kau lah!"

"Kau main-mainkan aku lagi Zafran, memang aku kerjakan kau!" Tangan yang digenggam penumbuk ditunjuk di hadapan muka Zafran. Ini kalau kena betul-betul ni, paling kurang biru pipi kau, Zafran.

"Kerjakan macam mana tu?" Soal Zafran sambil tersenyum nakal.

Jasmin menghirup airnya pantas. Wajahnya terasa semakin berbahang. Otak kotor betullah Zafran ni!

 Otak kotor betullah Zafran ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HANNARIZ: THE ONLY ONEWhere stories live. Discover now