[ COMPLETE ] Isteri pertama sebagai isteri simpanan? Hehh! Itulah kesan yang perlu ditanggung oleh Hanna Khayla kerana berkahwin secara rahsia. Perkahwinan bersama Hariz Eiman yang disangka akan bahagia selama-lamanya, tidak menjadi kenyataan. Ummi Fatimah iaitu ibu kepada Hariz Eiman mula menjadi tipikal ibu mithali kerana telah mencarikan jodoh buat anak lelaki yang disangka bujang. Keadaan Hanna yang masih tidak mengandung walaupun sudah 2 tahun berkahwin, semakin merudumkan jiwa Hanna. Satu keputusan telah dibuat. Hariz perlu berkahwin dengan pilihan ibunya demi kebaikan semua pihak. Namun Hanna sekali lagi tersilap percaturan. Pilihan yang dibuat semakin menyesakkan dadanya. Hati yang perit harus ditahan apabila melihat kebahagian suami sendiri bersama perempuan lain.
51 parts