BAB 2

1K 16 0
                                    

𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗲𝗱𝗶𝘁

JULIA berdekah ketawa bila mendengar kata Megat Ghazi. Hilang akal agaknya lelaki ini.

Mahu jadikan dia isteri? Cukuplah dulu dia dikhianati. Perjalanan hidupnya bukan mudah. Mujurlah Puan Salmah menemuinya di dalam keadaan yang sangat mengaibkan.

Kata orang, cinta pertama seorang anak perempuan iaitu ayahnya kan? Tapi bagi Julia, seorang ayahnya tak dilayak menjadi cinta pertamanya.

Kata orang juga, seorang ibu sanggup korbankan nyawanya untuk anaknya kan? Tapi bukan ibunya. Ibunya lebih memilih cinta kepada suami dari cinta kepada seorang anak perempuan.

Sakit yang paling pedih adalah kecewa yang kamu dapatkan dari orang yang paling kamu percaya.

Dan kerana itu, Julia sangat menderita. Menderita bila dia dianggap tiada nilai di mata ayah dan ibu kandungnya.

Sangka Julia, penderitaannya akan berakhir di situ tapi ternyata tidak bila dia dicurangi dalam diam oleh Idrus.

Dia pernah khilaf dan masih cuba berubah tapi kenapa lelaki yang bernama Megat Ghazi mengingatkannya kembali tentang derita yang lalu?

Apakah dia tak layak untuk bahagia?

Isteri hanya di atas kertas sedangkan Megat Ghazi hanya ingin menakluki tubuhnya sahaja. Jadi apa bezanya dia dengan pelacur di luar sana?

Megat Ghazi mamah rahang bila mendengar ketawa palsu Julia. Sudah cukup bagus dia sudi menikahi janda anak dua seperti wanita itu. Daripada dia terus membuat Julia seperti perempuan simpanannya.

Tapi walaupun dia berkahwin dengan Julia, itu semua tak akan menghalang dirinya dari mencari hiburan luar. Dia cuma mahu mengikat Julia dari terus melarikan diri.

Tubuh Julia terlalu sexy untuk dia lepaskan.

"Saya rasa awak ni dah gila, Megat. Saya tak nak!" Julia peluk tubuh lalu kakinya melangkah ke arah balkoni.

"Memang aku gila. Gilakan tubuh kau." Megat Ghazi berterus terang tanpa memikirkan hati Julia.

"Awak boleh langgan pelacur Megat kalau itu yang awak nak. Saya yakin ramai perempuan tak akan menolak." Julia cengkam kuat palang besi. Adakah dia akan selamanya dilayan seperti ini?

Dia juga ada hati dan perasaan. Dia juga ingin dicintai. Tapi kenapa Megat Ghazi terus kejam melukainya seperti Idrus?

Megat Ghazi bingkas bangun dan mendekati Julia, tubuh langsing itu ditarik kasar supaya menghadapnya.

"Kenapa susah sangat kau nak kahwin dengan aku ni hah? Dah cukup bagus aku sudi ambil kau jadi isteri aku daripada aku biarkan aku melacur di luar sana! Sedar sikit diri tu Julia, kau tu janda anak dua. Tak ada siapa nakkan kau melainkan aku!" Rambut panjang Julia dicengkam kasar.

"Sakit Megat, Sakit." Julia meronta-ronta.

"Kalau kau tak nak sakit, dengar cakap aku dan jangan menyusahkan aku lah perempuan!" Megat Ghazi lepas kasar rambut Julia.

"Bagi saya masa untuk saya fikirkan dulu, Megat." Julia mahu lengahkan masa sebelum dia mencari cara untuk lepaskan diri dari cengkaman Megat Ghazi.

Terletus tawa sinis di bibir Megat Ghazi. Julia silap kalau dia fikir dia mampu memperbodohkannya.

Tapi takpe. Dia akan mengikut rentak permainan Julia.

"Okay, tapi cuma dalam masa 24jam saja, Julia." Megat Ghazi kucup dahi Julia sebelum berlalu pergi.

Manakala Julia mengepal penumbuk. Hanya 24jam masa diberi?

Tak dapat disangkal lagi Megat Ghazi memang gila!

BILA mendengar pintu bilik ditutup, Julia bingkas bangun dan terus menukar pakaian.

Leggings hitam dan striped V-neck knitted sweater menjadi pilihan untuk dia melarikan diri malam ini.

Sejak petang tadi memang dia sudah merangka rancangannya.. Harapnya Megat Ghazi yang berada di dalam bilik bacaan tidak menyedari semua itu kerana semenjak dia mengenali lelaki itu memang dia mengetahui lelaki itu seorang yang sangat gilakan kerja.

Dia juga mendengar setiap bicara lelaki itu dengan Megat Arash, lelaki yang pernah datang menyerang Megat Ghazi tempoh hari.

Ada satu projek di Johor Bharu memerlukan perhatian lelaki itu. Dan kerana itu, Julia menarik nafas lega.

Perlahan-lahan pintu bilik dibuka sebelum dia keluar dari situ. Biliknya berada hampir dengan tangga manakala bilik bacaan berada di hujung sekali.

Dia yakin lelaki itu tak akan menyedari tentang kegiatan dia malam ini.

Dia akan terus menjumpai Puan Salmah dan akan memujuk wanita itu supaya ikut bersamanya. Tak betah di meninggalkan wanita tua yang banyak menolongnya seorang diri di kampung.

Berbekalkan dengan cahaya lampu dari telefon bimbit, ayunan kaki Julia sedikit laju turun ke tangga dan terus menuju ke dapur. Kunci yang disembunyikan itu dimasukkan ke dalam tombol pintu dapur.

Tersungging senyuman manis di bibir bila pintu terbuka. Lalu dia terus keluar.

Tapi terhenti langakahnya bila sesuatu melintas di dalam benak fikiran. Kejap, kenapa begitu mudah untuk dia melepaskan diri malam ni? Mustahil Megat Ghazi tak meletakkan sistem keselamatan di dalam Villa mewah di atas bukit ini?

Dengan tiba-tiba Julia mula diserang dengan perasaan kurang enak. Tapi itu tak lama bila dia mendengar satu tepukan kuat di belakangnya.

Julia pejamkan mata bila dirinya sudah tertangkap oleh Megat Ghazi.

'Bodoh, Julia. Kau memang bodoh!' Gumam Julia perlahan.

"Well done, darling. Bagus kerja kau tapi satu je kau lupa yang aku tak akan sesekali percayakan perempuan macam kau!"

Pang!

Rebah Julia menghempap rumput hijau bila tangan kasar Megat Ghazi singgah di pipinya. Terasa darah mengalir di hujung bibirnya.

Julia pasrah bila sekali lagi rambutnya dicengkam kuat sehingga terdongak wajahnya bila dia begitu berani mengundang kemarahan lelaki itu.

"Aku dah cakap Julia. You can run, but you can't hide, darling. Sebab aku tak janji yang aku boleh bersabar kalau kau terus menerus buat aku marah. Sekarang, apa jawapan kau Julia. Aku nak jawapan sekarang sebelum aku belasah kau dekat sini!" Ghazi menjerkah bersama wajah menyinga garang.

"Baik Megat. Saya akan jadi isteri awak." Terus jawapan diberikan bila Julia tak dapat menahan sakit bila rambutnya dicengkam dengan begitu kuat sekali.

"Bagus! Ini yang aku nak. Dan aku tak nak kau menyusahkan aku. Kau milik aku, Julia tapi aku bukan milik kau darling. Put this on your mind. Aku nak tubuh kau tapi aku tak nak kau mengandung. Remember that, Julia." Rambut Julia dilepas kasar sebelum dia memaut pinggang ramping wanita itu.
            
        

WANITA MILIK MEGAT GHAZI (E-BOOK) Where stories live. Discover now