BAB 3

944 15 0
                                    

𝗕𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗱𝗶𝗲𝗱𝗶𝘁

AKHIRNYA selepas tiga hari kejadian Julia cuba melarikan diri hari ini dia sudah sah menjadi isteri kepada Megat Ghazi Hildan.

Kini, dia hanya bersendirian di dalam Villa bila Megat Ghazi keluar selepas selesai urusan pernikahan mereka di pejabat agama.

Sangka Julia pernikahan mereka dirahsiakan tapi ternyata tidak bila keluarga lelaki itu muncul biarpun berlaku sedikit pertengkaran di antara Megat Ghazi, Megat Arash dan Megat Shah Putra. Doktor Alisa yang merawatnya tempoh hari juga turut hadir.

Mikayla, isteri Megat Arash juga ada bersama anak kecil mereka yang berusia tiga bulan.

Bila teringatkan tentang Megat Shah Putra, Julia ketap kuat bibirnya. Bukan dia mahu bersikap kurang ajar tapi dia tak dapat mengelak rasa kurang senang bila Megat Shah Putra menyentuh bahunya.

Menganggap dirinya sebagai anak. Tidak! Tak ada sesiapa pun yang ikhlas anggap dirinya sebagai anak, isteri atau wanita.

Dan dia juga tahu Megat Ghazi tak suka akan sikapnya sebentar tadi. Dia menepis kuat tangan Megat Shah Putra dan terus bersembunyi di belakang tubuh Megat Ghazi ketika itu dia masih ingat lagi yang tangannya terketar-ketar, tubuhnya rasa sedikit mengigil.

Tapi Megat Shah Putra tetap mengukirkan senyuman. Tetap memanggilnya anak seperti dia memanggil Mikayla.

Kerana itulah, dia masih diserang perasaan bersalah. Mungkin, bila dilayan sebegitu kasar oleh Megat Ghazi, traumanya muncul kembali selepas beberapa tahun.

Deringan telefon bimbit menyentakkan lamunan Julia. Lalu lekas dicapai dan dilekap ditelinga bila nombor Megat Ghazi tertera di skrin telefon bimbit berjenama Vivo itu.

"Hello." Julia mula bersuara.

"Aku tak balik malam ni. Jangan tunggu aku. Walaupun aku tak balik, jangan sesekali kau bodohkan aku, Julia. Kalau tak, nahas kau aku kejarkan!" Dari talian sana, Ghazi berderam marah sambil memeluk dua gadis seksi di sebelahnya.

Julia terus tamatkan talian bila sengugutnya mula datang.

Megat Ghazi meneguk Red Wine lalu gelas kaca dilempar ke dinding ruang peribadi di dalam pusat karaoke itu.

Berani betul Julia putuskan talian. Heh, ini Megat Ghazi lagi. Dia dah cakap, walaupun dia sudah berkahwin. Julia tak berhak menghalang apa saja yang mahu dia lakukan.

Bukan dia tak tahu mesti Julia sudah mendengar suara perempuan di sebelahnya. Merengek-rengek manja macam tak pernah jumpa jantan!

Pang!

Pang!

Bukan sekali tapi dua kali tangan kasar Megat Ghazi melekap di wajah perempuan yang berani bersuara bila dia bercakap dengan Julia sebentar tadi.

Dia paling pantang kalau perempuan tak reti duduk diam.

Hilang mood dia nak bermesra gara-gara perempuan ini.

"Sudah! Blah korang dari sini!" Megat Ghazi lempar sejumlah wang ke atas wajah kedua-dua perempuan yang menemaninya.

"Huh! Jantan berlagak! Tapi takut bini!" Cemuh seorang perempuan yang bernama Gina sebelum bingkas bangun dan pintu dihempas kuat.

Megat Ghazi ketap rahang. Takut bini your foot! Mulut busuk macam bangkai. Suka hati je cakap dia takutkan Julia.

"Kau tunggu apa lagi hah perempuan! Blah lah!" Jerkah Megat Ghazi bila seorang perempuan masih terkebil-kebil memandangnya.

Perempuan itu hanya menundukkan wajah dan terus keluar. Mujurlah malam ini dia masih terselamat dari dibaham serigala yang lapar.

"JULIA!" Masuk je dalam Villa, Megat Ghazi terus memekik nama Julia. Rasa marah dan bengang sebentar tadi masih tak hilang.

Julia terpisat-pisat bangun bila mendengar suara Megat Ghazi yang lantang. Dia baru saja mahu lena selepas setengah jam berulang alik ke tandas. Perut dan pinggangnya sakit.

Sakitkan bagaikan dia ingin saja mati. Itulah keadaan dia bila setiap kali datang bulan. . Tapi sudah dua bulan periodnya tak teratur, mujurlah kali ini datang dengan baik.

"Kau pekak ke apa hah perempuan?! Kau tak dengar ke aku panggil kau dari tadi?!" Pintu bilik dihempas kasar oleh Megat Ghazi.

"Saya dengar, Megat. Kenapa ni balik nak marah-marah? Awak cakap awak tak balik malam ni?" Lembut suara bertanya kepada Megat Ghazi. Langkah kaki diayun mendekati suaminya.

Tapi tidak bagi Megat Ghazi. Julia sengaja mencabar dia!

"Kau yang buat aku marah! Berani kau letak panggilan aku hah perempuan! Eh, suka hati aku lah nak balik bila pun." Rahang Julia dicengkam kasar sehingga Julia menyeringai kesakitan.

"Sakit, Megat. Sakit. Lepaskan saya." Air mata Julia merembas keluar bila pinggangnya pula dicengkam kuat oleh Megat Ghazi.

"Hati aku lagi sakit lah perempuan! Kau ni memang sial lah Julia. Dah cukup bagus aku jadikan kau isteri aku dari aku biarkan kau melacur di luar sana. Isteri apa kau ni hah? Tak tahu nak hormat suami? Kau ni bodoh ke bangang?!" Lepas kasar rahang Julia, dia tunjal pula kepala Julia berkali-kali sehingga Julia jatuh tersembam ke atas katil.

Julia yang sudah tak tahan sakit itu hanya diam bila kepalanya terasa pening. Pandangannya mula berbalam-balam sebelum matanya terkatup rapat.

"Kau tak payah nak berlakon lah Julia. Bangun! Aku cakap bangun!" Megat Ghazi sepak kaki Julia yang berjuntai di birai katil.

"Julia!" Megat Ghazi pegang tangan Julia tapi tangan itu tak bergerak. Masa tu juga dia baru tersedar raut wajah Julia yang pucat.

"Julia, tak kelakar lah benda ni bodoh. Jangan takutkan aku lah. Bangun, aku cakap!" Megat Ghazi mengoncang tubuh Julia tapi tetap juga tak ada respon.

Dia ramas kasar rambutnya. Ah, sudah. Apa yang patut dia buat ni?

Kenapa dengan Julia? Bukan kuat pun dia cengkam rahang isterinya. Lagipun, memang dia dah terbiasa berkasar dengan Julia.

Nombor telefon Alisa terus didail. Selepas memberitahu tahu tentang Julia, terus rasa nak pekak telinga dia bila mendengar suara Alisa yang membebel macam mak nenek.

"Kau nak datang ke tak? Cakap banyak pun tak guna lah, adik. Manalah aku tahu dia sakit sengugut. Dia tak cakap." Bidas Megat Ghazi.

"Adik datang lah. Angah ni memang lah. Kak ngah datang bulan pun tak tahu. Baru sehari kak ngah jadi isteri angah, dia dah pengsan. Tak guna betul punya suami!" Selar Alisa selamba sebelum dia putuskan talian.

Dalam telefon dia berani lah, kalau berdepan Alisa memang menyorok di belakang baba dan Megat Arash.

Bijak tak Alisa? Hihi.

Tercengang Megat Ghazi sambil melihat skrin telefon bimbitnya yang gelap. Eh, eh kecik besar kecik besar jelah si Alisa ni.

Tiga butang kemeja dibuka sebelum dia rebahkan tubuh di sebelah Julia. Perut Julia diusap. Kemudian tangannya naik mengusap rahang Julia yang dia sakiti sebentar tadi.

Dia tak nak nafikan, Julia cantik,dan kerana kecantikan itulah dia tak mahu melepaskan Julia.

Lagipun, Julia sama dengan Lisa. Perempuan mata duitan.

Perempuan yang tak cukup dengan satu jantan.

Dan Julia juga sama.




WANITA MILIK MEGAT GHAZI (E-BOOK) Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora