TEASER

943 8 0
                                    

𝙏𝙀𝘼𝙎𝙀𝙍
𝙒𝘼𝙉𝙄𝙏𝘼 𝙈𝙄𝙇𝙄𝙆 𝙈𝙀𝙂𝘼𝙏 𝙂𝙃𝘼𝙕𝙄

"Gugurkan, Julia! Aku cakap gugurkan!" Tempik Megat Ghazi benar-benar diamuk amarah.

"Ju tak nak abang. Abang, ni anak kita. Tanda cinta kita." Julia cuba berlembut.

Hujung bibir Megat Ghazi terjungkit sinis. "Tanda cinta kita? Hebat mimpi kau, Julia. Hebat!" Megat Ghazi tepuk tangan dengan kuat.

"Abang, sampai hati abang. Abang kejam. Ju tak akan gugurkan kandungan ini abang. Walaupun apa pun yang terjadi!" Deram Julia berapi.

Meledak tawa Megat Ghazi. Pregnancy test itu terus dilempar ke dinding.

Dia terus mendekati Julia, rahang Julia terus dicengkam kuat.

"You choose Julia, aku atau anak kau?" Pilihan diberikan.

Deras air mata Julia menitis bila mendengar kata Megat Ghazi. Hatinya pedih seperti ditusuk belati yang tajam.

Julia tak sangka dia telah mencintai seorang lelaki yang kejam.

Sungguh Julia tak sangka yang Megat Ghazi boleh berubah menjadi seorang suami dan bakal ayah yang sangat kejam.

"I choose my baby." Jeda. Julia memandang wajah suaminya dengan air mata yang mengalir.

"Ju tak sangka yang Ju boleh mencintai lelaki yang pentingkan diri sendiri seperti abang. Abang kejam! Ju benci abang!" Hambur Julia sepenuh hati. Tangan Megat Ghazi segera ditepis.

"Kalau itu pilihan kau, kau boleh berambus Julia dan aku benci kau Julia. Aku sangat-sangat bencikan kau." Megat Ghazi tolak tubuh Julia menjauh.

Dalam kabur air mata, sekilas nafas bagai terhenti. Julia segera sapu air mata yang kian membanjiri.

Lalu, Julia menatap sepasang mata Megat Ghazi dan dia paksa diri untuk senyum.

"Baik. Terima kasih abang. Ju tak akan sesekali lupa saat ini. Selepas Ju lahirkan anak Ju, tolong ceraikan Ju dan biarkan Ju bahagia dengan orang yang sayangkan Ju dan tahu menghargai Ju dan anak Ju." Tangan Megat Ghazi terus diraih lalu dikucup dengan titisan air mata yang jatuh pada tangan lelaki itu.

"Terima kasih buat segalanya Megat Ghazi."

WANITA MILIK MEGAT GHAZI (E-BOOK) Where stories live. Discover now