TEASER

915 7 0
                                    

𝙏𝙀𝘼𝙎𝙀𝙍 
𝙒𝘼𝙉𝙄𝙏𝘼 𝙈𝙄𝙇𝙄𝙆 𝙈𝙀𝙂𝘼𝙏 𝙂𝙃𝘼𝙕𝙄

"Kau ni kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke hah? Jalan lah, apa yang kau tunggu lagi!" Dengan nada yang tertahan rasa amarah, dia memeluk bahu Julia dengan mesra.

Julia anggukkan kepala. Lengan Megat Ghazi dicengkam kuat.

"Kau kenapa ni?" Langkah kaki Megat Ghazi terhenti bila melihat air mata yang bertakung di kelopak mata Julia.

Bibir Julia diketap kuat. Tubuhnya rasa sedikit menggeletar.

"Takut." Julia terus hamburkan tangisan di dada tegap suaminya.

Tercengang Megat Ghazi bila tiba-tiba Julia memeluk tubuhnya sambil menangis. Apa yang ditakutkan oleh Julia?

Tapi dalam rasa hairan tetap juga dia memeluk tubuh Julia.

"Kau takut apa?"

Baju Megat Ghazi semakin kuat dicengkam oleh Julia bila Megat Shah Putra mendekati mereka.

"Julia, anak perempuan baba. Kenapa ni?" Tangan Megat Shah cuba menyentuh tapi ditepis laju oleh Julia. Dia semakin menyembunyikan diri di sebalik tubuh tegap suaminya.

Hanya ini yang buat dia selamat.

"Julia. Kenapa kurang ajar sangat ni dengan baba? Cakap dengan aku, kau takutkan siapa?" Pegang pipi Julia, matanya mencerlung tajam pada isterinya yang sekali lagi bersikap kurang ajar dengan baba.

Julia mesti hormatkan baba sepertimana Julia hormatkan dia sebagai suami.

Bibirnya bergetar, air mata semakin laju membasahi pipi.

"Takut baba. Takut baba." Ucap Julia akhirnya.

Tercengang Megat Ghazi, jatuh kedua-dua bahunya. Wajah babanya juga turut berubah.

Megat Shah berikan isyarat mata pada anaknya yang dia akan masuk ke dalam rumah dulu.

Mungkin ada sesuatu yang terjadi yang membuatkan Julia merasa takut dan tak selesa dengannya sejak berkahwin dengan anaknya.

"Kenapa Julia, jawab aku?" Diseka pipi Julia yang basah dengan air mata.

Julia menggeleng-gelang. Megat Ghazi tak boleh tahu apa yang terjadi pada dirinya sebelum ini.

Urusan antara mereka sudah lama selesai. Dia tak mahu Megat Ghazi meggali derita yang sengaja dia tanam sejak dulu.

"Siapa aku, Ivy Julia? Tell me!" Rahang Julia dicengkam sedikit kasar tapi Julia tetap tak mahu dedahkan semuanya.

"Awak suami saya, Megat. Saya milik awak. Tapi Megat, ada sesuatu yang tak boleh diungkap, saya tak sanggup Megat. Kalau awak masih nak paksa saya, awak akan hilang saya." Ucap Julia sambil merangkul tubuh Megat Ghazi.

Terlepas cengkaman di rahang Julia bila mendengar kata-kata isterinya.

"Kau ugut aku?" Soal Megat Ghazi seolah tak percaya.

"Saya tak ugut awak tapi tolong Megat, tolong saya. Saya tak nak cakap tentang hal ini lagi." Leher Megat Ghazi dirangkul erat sebelum bibirnya bersatu dengan bibir suaminya.

Air matanya semakin laju mengalir. Rasa yang dia elak sebulan yang lepas, kembali hadir.




WANITA MILIK MEGAT GHAZI (E-BOOK) Where stories live. Discover now