1| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

4.7K 159 1
                                    

Bunyi raungan dan rintihan yang terbit dari bibir si jejaka itu hanya dihiraukan oleh Adriel. Dia tersenyum sinis apabila melihat jejaka yang berada dihadapan matanya meraung kesakitan apabila pisau yang berada ditangannya di tusuk dibahagian peha jejaka itu. Dia menekan pisau itu dengan lebih dalam.

"ARGH!" Jejaka itu menjerit kesakitan. Dia hanya pasrah. Rasanya sudah lebih seminggu dia diseksa oleh Adriel. Lebam yang terdapat di sekitar wajahnya dan juga badannya menunjukkan yang dia sudah lama diseksa di gudang jejaka itu.

"Aku takkan lepaskan kau hidup hidup la,bodoh!" Ujar Adriel tegas. Dia mahu menyeksa jejaka itu lagi. Dia belum merasa puas menyeksa jejaka yang hampir hancurkan business nya. Kerana tamak si jejaka sanggup mengkhianati dirinya.

Sekali lagi pisau itu ditusuk dibahagian peha si jejaka. Tetapi kali ini sebelah kiri pula. Dia menarik pisau itu lalu dihalakan pula pisau itu diwajah si jejaka. Kemudian dia menghiris wajah si jejaka. Darah membuak buak keluar dari wajah si jejaka hanya dihiraukan oleh Adriel, kemudian dia menikam pisau itu dibahagian mata si jejaka itu. Si jejaka meraung kesakitan. Kesakitan yang pertama kali dia rasa sepanjang hidupnya. Adriel mengeluarkan biji mata jejaka itu kemudian dia memijak mata itu.

Dia mengeluarkan glock 17 dari belakang seluarnya lalu dihalakan glock itu di kepala si jejaka.

"Fahim, fahim aku tak faham kenapa kau tiba tiba ubah fikiran dan buat keputusan untuk tikam belakang aku. Apa yang dah hasut fikiran kau ni?" Adriel menekan glock itu dikepala si jejaka. Sungguh dia tidak faham dengan lelaki ini.

"Sudah. Daripada kau seksa aku macam ni. Lebih baik kau bunuh je aku" ujar Fahim. Dia sudah tidak tahan diseksa oleh Adriel. Adriel ketawa. Is not easy for him. Dia akan seksa dahulu kemudian setelah dia puas baru dia akan membunuh mangsanya.

"No! A big no! Aku akan seksa kau sampai aku puas. You know me fahim. Aku tak suka kalau terus bunuh mangsa aku. Aku akan main dulu." Adriel tersenyum sinis. Dia memang ingin jejaka itu terseksa.

"Kau takkan dapat apa apa faedah pun kalau kau buat aku macam ni" Tegas Fahim. Adriel mendengus kasar. Dia tahu bahawa jejaka ini sedang memancing emosinya.

"Kau tunggu, nanti bila sampai masa aku sendiri yang akan ambil nyawa kau" nadanya kedengaran tegas.

Dia kemudian menyimpan semula glock itu lalu dia mengatur langkah untuk keluar dari gudang itu. Dua orang pengawai yang turut menyaksikan kejadian itu hanya mampu melihat tanpa melakukan apa pun. Mereka berpandangan silih berganti sebelum kedua duanya menggelengkan kepala perlahan. Tiada siapa boleh jangka dengan tindakan seorang Adriel Qarl.


Fail yang berselerak di atas mejanya disusun kemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fail yang berselerak di atas mejanya disusun kemas. Rambutnya yang sedikit kusut itu dibetulkan dihadapan cermin lalu si gadis melangkah keluar dari pejabat miliknya dan menuju ke bilik meeting. Pintu itu ditolak perlahan.

"So, as I consider--" terhenti percakapan si jejaka apabila melihat susuk tubuh seorang gadis yang cukup dia kenali. "Arabella Qalisha" bisik hati jejaka itu perlahan. Kesemua pekerja yang berada disitu turut berpaling ke arah si gadis.

Si gadis hanya menunjukkan riak wajahnya yang datar lalu dia berjalan ke tempat duduk nya.

"You may continue, Sir" nada gadis itu kedengaran sedikit tegas. Si jejaka menyambung semula percakapan dirinya yang terbantut sebentar tadi.

"So, that's all from me. Any questions? Anyone?" Ujar si jejaka ringkas apabila dia selesai memberikan keterangan daripada perbincangan mereka sebentar tadi. Apabila tiada seorang pun yang bertanya soalan pada dirinya. Dia hanya menggaguk dan memberikan senyuman yang nipis.

"Thank you" tutur si jejaka.

Perbincangan yang sudah selesai satu jam lalu membuatkan Qalisha termenung. Dia sedang memikirkan bagaimana cara untuk melarikan diri daripada bekas kekasih hatinya. Di mana sahaja dia berada, jejaka itu akan cuba untuk menonjolkan dirinya. Akan tetapi dia tidak pernah mengambil peduli dan hanya membiarkan perkara itu sahaja.

Dia mengurut pelipisnya perlahan. Dahinya sedikit berkerut apabila merasakan kepalanya berdenyut. Dia megeluh. Sudah 5 tahun berlalu akan tetapi peristiwa gelap itu masih segar di ingatannya. Dia tidak akan lupakan peristiwa dimana kekasih hatinya iaitu Alex telah membunuh bapanya juga kakak kembarnya.

"Let me handle this" Kata suara dari dalam fikiran Qalisha.

"No no, you just need to stay--" bicara Qalisha terhenti apabila dia merasakan kepalanya yang berdenyut hebat. Rasa seperti kepalanya ingin pecah sekarang. Mata dipejam perlahan dan apabila kelopak mata itu dicelik semula iris yang bewarna coklat itu bertukar kepada warna biru. Si gadis tersenyum sinis.

"I'm back."

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now