8| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

1.5K 80 4
                                    

"Ini ubat tahan sakit, ini pula ubat sapu dan ini ubat untuk baik pulih kaki, Miss." Ujar seorang jejaka bermata helang itu. Qalisha menggaguk faham. Sekarang, kaki kananya sudah terseliuh akibat ulahnya sendiri. Bangun sahaja dari tidurnya yang nyenyak dia sudah berada ditempat yang sangat asing bagi dirinya. Jadi, dia memutuskan untuk melarikan diri. Apabila dia cuba untuk membuka pintu bilik ditempat dia berada. Pintu itu dikunci dari luar. Lalu dia cuba mencari jalan lain. Hanya satu sahaja tempat yang boleh dia melarikan diri dari bilik itu. Iaitu diluar balkoni.

Tanpa berfikir panjang dia memutuskan untuk terjun keluar dari balkoni bilik itu. Satin duvet dijadikan tali untuk membolehkan dia turun perlahan lahan ke bawah. Di saat kakinya cuba untuk melangkah ke bawah. Tiba tiba sahaja dia hilang keseimbangan badan. Lalu, tubuhnya jatuh ke tingkat bawah. Nasib menyebelahi dirinya apabila tubuh kecilnya jatuh diatas tubuh tegap seorang jejaka beriris hijau. Pengsan terus dirinya apabila melihat wajah jejaka tampan itu berada sangat dekat dengan wajahnya.

Sekarang, apabila dia sedar sahaja kornea matanya dihiasi dengan wajah seorang jejaka yang sedang merawat kakinya. Dibalut kakinya dengan penuh berhati hati. Namun, apa yang pelik ialah bukan jejaka ini yang menyambut dirinya disaat dia jatuh sebentar tadi. Jadi siapa jejaka ini? Banyak persoalan yang timbul di dalam fikirannya saat ini.

"Miss? Miss!" Panggil jejaka beriris hazel itu kepada Qalisha. Suara serak basah si jejaka berjaya membuatkan Qalisha tersedar dari lamunannya.

"Yes." Jawab Qalisha ringkas. Matanya menatap wajah jejaka yang sedang ketawa kecil dihadapannya. Apa yang kelakar sangat? Bisik Qalisha didalam hati.

"What's so funny?" Soal Qalisha kepada jejaka itu. Jejaka itu menggelengkan kepalanya.

"Nothing. Just cute. No wonder he fall in love with you." Ucap jejaka itu sambil mengemaskan balutan di kaki Qalisha. Qalisha mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang disampaikan oleh si jejaka. Jejaka itu berdehem sebelum dia bangkit dari duduknya.

"Okay. Don't forget to eat your medicine, miss." Pesan si jejaka kepada Qalisha yang masih lagi terpinga pinga itu.

" Pesan si jejaka kepada Qalisha yang masih lagi terpinga pinga itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bro, belakang kau okay tak." Soal jejaka itu kepada Adriel yang sedang bersandar pada sofa. Adriel hanya menggangukan kepalanya sebagai jawapan.

"Kau patut bersyukur lah sebab yang hempap badan kau tu kecil sahaja orangnya. Kalau badan besar macam gajah tu, sekarang ni aku dah tolak kau masuk ward tau." Ujar jejaka itu dalam nada jenaka.

Adriel hanya menjelingkan anak matanya. Malas mahu melayan perangai adiknya itu. Jejaka beriris hazel ini merupakan adik kepada Adriel. Dia seorang doktor yang sangat berfalsafah. Sijil degree, master dan phd sudah lama digulung olehnya begitu juga dengan Adriel. Kerjaya sebagai seorang doktor dipilih kerana minatnya sendiri. Dia menjaga hospital besar milik keluarganya. Tingkah lakunya sangat berbeza berbanding dengan abangnya.

Dia seorang yang lemah lembut, mudah mendengar kata dan dia juga murah dengan senyuman yang manis diwajahnya. Oleh sebab itu, ramai para gadis diluar sana menggilai akan jejaka bermata hazel ini. Namun, rata rata mereka lebih tertarik dengan Adriel kerana kekacakan wajahnya yang mencuit hati para gadis itu. Jejaka bermata hazel ini tidak mahu mengikut jejak langkah abangnya yang menguruskan perniagaan bapanya diluar negara dan juga di Malaysia. Jejaka ini berusia 28 tahun. Hanya muda 3 tahun dari abang sulungnya. Nama diberi Doktor Ardiel Qarl.

Sudah lama Ardiel mengetahui tentang kewujudan Qalisha. Sejak pertama kali abangnya memutuskan untuk lebih menumpukan perniagaan di luar negara berbanding di Malaysia. Dia tahu bahawa hati abangnya sudah terluka apabila melihat gadis pujaannya bermesraan dengan lelaki lain. Jadi, jejaka berdarah itali itu membawa diri keluar negara.

"Kau nak aku bagitahu mummy dengan daddy tak?" Tanya Ardiel yang kini melabuhkan punggugnya disebelah Adriel.

"Nope. Jangan lagi. Tunggu masa yang sesuai dulu." Kata Adriel sambil belakang badan disandarkan disofa, matanya turut dipejamkan. Hembusan nafas Adriel kedengaran panjang pada gegendang telinga Ardiel. Penat sangat ni.

"Apa apa pun congrats bro sebab kau dah dapat dia. So apa pelan kau selepas ini?" Tutur Ardiel lembut. Bahu abangnya turut ditepuk perlahan.

"Aku tak tahu. Lagipun semua ni berlaku kebetulan. Semalam aku dapat tahu yang Alex nak culik Qalisha, jadi aku cuma selamatkan dia. Itu sahaja, tak lebih pun." Kata Adriel mendatar. Ardiel yang mendengar bicara abangnya itu hanya menggelengkan kepalanya. Dari dahulu sehinggalah sekarang, perangai abangnya yang seorang ini masih lagi sama. Ego. Tidak habis mahu menjunjung egonya itu. Sedangkan jejaka itu tahu bahawa egonya sendiri akan memakan dirinya.

"Kau kata tak lebih pun?! Habis yang kau beria sangat suruh aku datang rumah kau pukul 3 pagi ni untuk apa? Main tepuk amai amai? Sudah sudah la dengan ego kau tu. Jangan tipu diri sendiri bro. Aku tahu kau sayangkan dia. Kalau kau tak nak hilang dia sekali lagi, buang ego kau jauh jauh. Jadi lelaki sejati." Bebel Ardiel kepada Adriel. Adriel mencebik. Dia hampir terlupa bahawa perangai adiknya yang satu ini tidak jauh beza dengan ibunya. Kerja membebel sahaja dua puluh empat jam. Kadang kala dia pun tidak faham dengan bebelan mereka berdua. Rambut coklat yang seakan akan keperangan itu diraup kasar oleh Adriel. Kusut. Serabut. Itulah yang ada difikirannya saat ini.

Setelah memberi ceramah yang panjang lebar kepada Adriel. Ardiel memutuskan untuk pulang kerumahnya kerana dia tahu jika lama lagi dia berada disitu dan menggagu fikiran abangnya, ia hanya akan mengundang api kemarahan jejaka bermata helang itu. Sudah diberi nasihat tidak mahu mendengar pula tu. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Malas dia mahu menegur tingkah laku abangnya yang ego dan keras kepala itu.

Adriel mengambil keputusan untuk menjaga serta memerhatikan Qalisha yang sedang lena di buai mimpi itu. Jujur dia sangat takut jikalau gadis itu melarikan diri sekali lagi, kerana dia tahu bahawa gadis itu dalam keadaan yang sangat bahaya. Semua perancangan dan tindakan Alex susah untuk dia jangka. Jejaka beriris kelabu itu sangat bijak dalam mengatur setiap langkahnya. Akan tetapi, kali ini dia tidak membiarkan Alex menguasai dirinya. Peluang yang sudah lama dia tunggu akhirnya datang tepat pada waktunya.

Dia juga sudah mengatur strategi supaya Qalisha mengikut setiap kehendaknya. Mungkin pada awal gadis itu akan memberontak kerana tidak mempercayai dirinya. Tetapi, dia tahu bagaimana cara supaya gadis itu patuh pada setiap arahannya. Menghalalkan seorang gadis yang bernama Arabella Qalisha sangat diidamkan olehnya. Gadis yang ceria serta lemah lembut, tidak dilupakan dia seorang gadis yang berpelajaran tinggi dan wajah cantiknya menyempurnakan lagi aura si gadis. Tetapi, dia sedar memiliki Qalisha hanyalah fatamorgana semata mata. Tujuan utamanya adalah untuk melindungi gadis itu. Bukan untuk memiliki.

Adriel meraupkan wajahnya kasar. Dia melabuhkan duduknya pada sofa yang berada di dalam bilik tetamu itu. Sangat sukar untuk dirinya membuat keputusan sekarang. Pada awalnya dia mempunyai banyak masa dan ruang untuk berfikir sama ada dia harus menghalalkan Qalisha ataupun tidak.

"Tak, tak. Aku tak boleh. Aku tak boleh kahwin dengan Qalisha. Aku hanya akan membahayakan nyawa dia sahaja." Ucap Adriel perlahan. Dia memerhatikan Qalisha yang sedang lena di buai mimpi itu. Nyenyak sekali gadis itu tidur. Cantik dan comel itulah yang di ungkapkan oleh Adriel didalam hatinya. Namun, apakan daya, dia hanya mampu melihat sahaja. Tidak mampu menyentuh dan membelai gadis itu.

"Aku akan sentiasa melindungi kau, my love. Walaupun ia hanya dari jauh. Tetapi, aku akan pastikan kau selamat. Jika perlu aku gantikan nyawa aku untuk melindungi kau, aku sanggup." Kata Adriel sebelum dia memejamkan matanya dan dibuai dengan mimpi.


-The deeper the love, the greater willingness and the ability to make sacrifices.

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now