21| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

205 18 5
                                    

Seminggu sudah berlalu setelah kejadian dirinya di lamar oleh seorang jejaka yang tidak dia sukai. Berita hangat itu sudah tersebar luas dan menyebabkan dirinya buntu untuk menjawab pertanyaan yang disoal oleh khalayak ramai.

Pelbagai pandangan yang telah dilontarkan kepada dirinya. Ada yang mengatakan dirinya seorang yang tamak kerana sanggup menggoda jejaka tampan untuk kepentingan diri sendiri.

Qalisha hanya mampu mengabaikan pandangan mereka terhadap dirinya. Lebih baik dia menumpukan perhatian terhadap kerjaya yang bakal menentukan masa depannya.

Sudah seminggu berlalu, berakhirlah sudah 'selection' yang bakal menentukan kedudukan syarikatnya.

"Esok aku kena nampak cantik sepanjang hari"

"Tak. tak. bukan cantik je tapi menawan." Ujar gadis itu sambil tersenyum.

Qalisha memutuskan untuk mengunjugi salon yang berdekatan bagi mempercantikan dirinya pada esok hari.

Tepat jam 6 petang dia tiba di sebuah kedai salon yang biasa dia kunjungi.

"Hi, miss Arabella. Good to see you again." Sapa salah seorang pekerja itu.

"Hi. it's a pleasure if you can make me look extra gorgeous for tomorrow." Ujar Qalisha.

"Sure. please have a seat."

Qalisha menghabiskan masa selama 2 jam di salon itu. Dia mengukir senyuman yang lebar apabila melihat dirinya di hadapan cermin.

Cantik!

Langkah diatur menuju pada keretanya yang terletak tidak jauh di kedai salon itu. Suasana yang sunyi serta suram membuatkan dirinya bernyanyi perlahan untuk menceriakan susanan.

Gadis itu berasa sedikit pelik apabila menyedari seperti seseorang yang sedang mengekori dirinya. Buat seketika gadis itu berhenti untuk memeriksa keadaan sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa melainkan hanya dirinya sendiri.

Ting!

Bunyi notifikasi dari telefon bimbit Qalisha memperlahankan langkahnya.

Alangkah terkejut dirinya apabila mendapat message dari seseorang yang tidak dia kenali.

"I miss you."  - unknown

Terdapat juga sekeping gambar yang dihantar memaparkan dirinya yang sedang berjalan seorang diri pada saat ini.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling gadis itu berlari anak untuk meninggalkan tempat itu. Hatinya berdebar memikirkan nasib yang bakal menimpa dirinya.

Tanpa amaran lengan gadis itu di tarik ke belakang. Lalu menyebabkan kepalanya terhantuk pada dada seseorang.

"Hi sayang." Sapa suara garau itu.

"Sayang?" Gadis itu mengerutkan keningnya.

Qalisha memandang wajah jejaka di hadapannya. Si jejaka memakai face mask yang bewarna hitam dan hanya memperlihatkan matanya. Gadis itu merenung dengan dalam. Macam kenal.

"Tak kan--"

"It's me."

Si jejaka melurutkan face mask yang dipakai dan memperlihatkan wajahnya.

"Alex?"

Qalisha tergamam. Matanya membulat apabila melihat Alex kini berdiri di hadapannya.

"After 5 years. You tak rindu I ke sayang? Hmm?" Soal Alex seraya tangannya menyentuh lembut helaian rambut Qalisha.

Qalisha menepis kasar tangan Alex. Dia melangkah setapak ke belakang. Wajah gadis itu yang ceria kini berubah menjadi marah.

"You nak apa?" Dingin si gadis bersuara.

"I nak you sayang. I miss you so much. My heart always says your name. Don't you miss me?" Jawab Alex dengan tenang.

"Gila! sikit pun tak de perasaan tu dalam hati ni. I dah buang perasaan tu jauh - jauh. Yang ada dalam hati I sekarang ialah benci." Ujar Qalisha geram.

"Jangan tipu. I've known you for so long. This isn't you." Kata Alex.

"It is me! Don't you see? My life is much better after we broke up!" Ujar Qalisha.

"That's a lie."

Qalisha menjeling tajam. Langkahnya laju meninggalkan Alex sendirian. Jejaka itu hanya mengikuti langkah Qalisha. Semakin pantas gadis itu berjalan, semakin pantas juga Alex mengejar dirinya.

Sampai sahaja di kereta Qalisha. Gadis itu dengan pantas memasuki perut kereta tetapi lengannya disambar kasar oleh Alex dan menyebabkan dirinya di tarik keluar.

"Apa ni?! Lepaslah!" Ujar Qalisha geram.

Alex menolak kasar dirinya di tepi kereta. Dengan perlahan tangan kekar jejaka itu menyentuh lembut rambut perang Qalisha. Gadis itu meronta agar dirinya terlepas dari sentuhan Alex.

"Tak payah sentuh I la! You dah gila ke?!" Tengking Qalisha.

"Yes, sayang. I memang dah gila. Gila kan you." Jawab Alex sambil tersenyum sinis.

"Bodoh! Wakktu kita bercinta dulu apa yang kau buat?! Kau khianat aku. Aku percayakan kau tapi kau sanggup bunuh papa dengan kakak aku." Lantang Qalisha bersuara.

"Perlu ke you nak ungkit kisah lama? The past is past sayang. Just forget it." Ujar Alex.

Dengan pantas satu tamparan sampai pada pipi Alex. Wajah jejaka itu kelihatan sedikit merah. Barangkali sedang menahan amarahnya. Alex merenung tajam ke arah Qalisha.

"Kenapa? Marah? Nak bunuh I pula? Bunuh la! I dare you to kill me now!!"

Gadis itu cukup kenal dengan Alex. Pantang dicabar. Pasti akan ditentang habis - habisan. Begitulah sikap buruk Alex yang tidak dapat diubah dari dulu lagi.

Alex mengetap rahangnya. Tangannya kini mengengam penumbuk. Bila - bila masa saja penumbuk itu akan singgah pada wajah mulus Qalisha.

"Don't provoke me, sayang.." Ujar Alex.

"I won't kill the most precious person like you. I datang jumpa you because I want to wish all the best for tomorrow. It's going to be your big day." Sambungnya lagi.

"Gila." Ujar Qalisha.

Gadis itu berjalan meninggalkan Alex.

"Be careful with Adriel Qarl." Ujar Alex.

Langkah Qalisha terhenti. Gadis itu berusaha menunjukkan riak wajah yang biasa.

How did he know about Adriel Qarl?

"I tahu yang I ni jahat. Tapi you kena tahu juga yang dia berpuluh kali ganda jahat dari I. His actions are more dangerous than what you think." Ujar Alex tanpa ragu.

Jejaka itu melangkah setapak ke hadapan. Badannya dibongkokkan. Bibirnya dirapatkan pada cuping telinga Qalisha. Berbisik sesuatu.

"What if I say he kills innocent people for money? Everyone knows he is an intelligent person but they didn't know his bad side. Jangan mudah tertipu dengan lakonan dia, sayang."

Jejaka itu mengukir senyuman sinis. Lalu meninggalkan Qalisha sendirian. Gadis itu terpaku buat seketika. Dia teringatkan kejadian di mana dirinya di culik oleh jejaka bermata helang itu.

Benarkah apa yang dikatakan oleh Alex?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now