20| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

660 28 3
                                    

Puan Ava kini sedang membelai rambut anak gadisnya. Hampir luruh jantungnya sebentar tadi. Mujur juga Adriel sudi membantu Puan Ava untuk menggendong Qalisha ke dalam bilik gadis itu.

"Terima kasih, Adriel. Tolong aunty angkat budak bertuah ni. Kalau nak harapkan aunty ni.. dah tak larat." Ujar Puan Ava sambil tersenyum manis.

"Tak pe, aunty. Small matter je. Kalau tak ada apa - apa lagi, saya minta diri dulu." Pinta Adriel.

"Biar aunty hantar ke depan ye."

Puan Ava berjalan beriringan dengan Adriel. Terbit satu perasaan gembira di dalam hati seorang ibu apabila anak gadisnya ditemukan dengan seorang jejaka yang baik serta sopan santun tingkah lakunya.

"Adriel." Panggil Puan Ava.

Adriel memalingkan wajahnya. Iris kehijauan jejaka itu memandang tepat ke dalam mata Puan Ava.

"Aunty restukan hubungan korang berdua."

Sebaris ayat itu berjaya membuatkan Adriel tersenyum lebar.

"Terima kasih banyak - banyak, aunty. Kalau aunty dah restukan hubungan kami.. saya harap aunty boleh terima hadiah ni."

Satu kotak kecil bewarna merah dikeluarkan. Adriel membuka kotak yang berisikan cincin permata yang dibeli khas untuk gadis pujaannya.

Di beri cincin itu kepada Puan Ava dengan harapan bahawa gadis berusia itu menerima hadiah yang kecil daripada dirinya. Puan Ava tersenyum manis kepada Adriel.

"Cantik. Sesuai dengan Lisha." Ujar Puan Ava.

"Saya nak minta maaf juga kalau kedatangan saya ni mengejut. Tapi, niat saya ikhlas." Kata Adriel dengan jujur.

"Aunty faham."

"Insya - Allah next week saya hantar rombongan meminang.. tu pun kalau aunty tak kisah lah." Ujar Adriel lagi.

"Tak pe, aunty okay je."

"Saya balik dulu. Terima kasih, aunty."

"Ye, sama - sama."


"Lisha tak nak kahwin dengan lelaki tu mama!" Lantang suara Qalisha bersuara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lisha tak nak kahwin dengan lelaki tu mama!" Lantang suara Qalisha bersuara.

Usai sahaja gadis itu membersihkan diri selepas tersedar dari pengsan. Puan Ava menghulurkan cincin yang diberi oleh Adriel kepada Qalisha.

Malangnya, gadis itu menolak pemberian cincin dari Adriel.

"Lisha.." Panggil Puan Ava dengan lembut.

Ditepuk perlahan bahu Qalisha yang kini membelakangkan diri daripada dirinya. Jelas kelihatan diwajah gadis itu yang dia tidak suka apabila ingin disatukan dengan Adriel.

"What? I hate him. Mama tahu tak syarikat kita orang ni akan dipilih untuk selection next week?" Ujar Qalisha.

"Then? What's the problem?" Soal Puan Ava.

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now