12| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚

1.2K 63 4
                                    

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu sepi sekali. Tiada seorang pun yang berani berbual antara satu sama lain kerana mereka telah dimaklumkan bahawa pemilik syarikat akan tiba dengan segera untuk melihat laporan rekod yang bakal merangkap "the best company sell in Malaysia" tidak lama lagi.

Para pekarja yang lain sibuk memeriksa fail yang harus mereka serahkan kepada chief executive officer nanti. Khuatir jika terdapat kesalahan kecil yang mereka lakukan, maka mereka semua bertungkus lumus menyiapkan kerja sehingga terpaksa berjaga pada malam hari. Tidak dilupakan Arif dan Rayyan selaku perkerja yang telah diberi tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan syarikat dalam keadaan yang baik.

"Boss dah sampai!" Ujar seorang pekerja dengan nada yang sedikit cemas. Tidak mengambil masa yang lama, mereka semua bangun dan memberi hormat kepada si pemilik syarikat tersebut.

"So.. how is it going?" Soal jejaka bermata helang itu seraya melabuhkan punggungnya pada kerusi empuk yang telah disediakan.

"Everything's fine. There's nothing to be worried about.. Everything has been going as usual. Our record is still the same as the previous year." Jawab Arif dengan tenang.

"How about the record of our competitors?  Are all companies successful against our record?" Soal pemilik syarikat itu yang berhasil membuat semua pekerjanya diam membisu. Semuanya seperti katak disimbah air.

Arif berdehem memberi isyarat kepada Rayyan untuk membincangkan hal tersebut. Tetapi, Rayyan hanya buat tidak endah sahaja. Arif mencebik. Nampaknya dia juga yang harus selesaikan perkara ini. Sudahlah semalam dia berjaga sepanjang malam hanya semata mata untuk menyiapkan pekerjaannya dan pekerjaan Rayyan yang sudah lama tertunggak.

Jejaka beriris biru cair itu hanya tahu berseronok dengan wanita di pusat hiburan sehingga berani membelakangkan pekerjaanya.

"Actually, there is a company whose record is almost the same as ours.  Qalisha's Holding recorded 97.5% good response from customers and from HQ. Our company has a 98.9% response and this company and their company will fight." Terang Arif.

"Syarikat mata air kau akan bersaing dengan syarikat ni." Arif berkata dengan nada separuh berbisik.

Kata kata Arif berjaya membuatkan jejaka bermata helang itu mengukirkan senyuman yang manis. Bukan dia marah, malah senyuman yang turut dilemparkan. Jejaka beriris hijau itu mengusap pelipisnya lembut. Hanya beberapa minit sahaja dia mengukirkan senyuman sebelum dia mengarahkan semua pekerjanya keluar dari bilik mesyuarat kecuali Arif dan Rayyan.

Setelah memastikan hanya mereka bertiga yang berada di dalam bilik itu, Adriel segera membuka bicara.

"About Qalisha's Holding kau orang tak payah risau. Aku okay je. As long as company kita maintenance the quality and give a big service for costumer."

Arif dan Rayyan menarik nafas lega setelah mendengar butir bicara dari Adriel. Nampaknya jejaka beriris hijau ini sangat serius mengenai gadis pujaan hatinya.

"Cuma.. aku nak fly ke Itali selama 4 hari untuk urusan syarikat di sana pula. Jadi..."

Belum sempat Adriel menghabiskan bicaranya, Rayyan terlebih dahulu memintas percakapannya.

"Don't worry, bro. Everything will be handle by me." Ujar Rayyan dengan bersemangat.

Adriel merenung tajam ke arah Rayyan. Bukan dia tidak tahu yang jejaka itu girang apabila ketiadaan dirinya di sini. Maklumlah, Adriel hanya serius dengan pekerjaannya 24 jam tanpa sebarang hiburan. Manakala Rayyan lebih peramah dan suka menghiburkan dirinya. Begitu juga dengan Enriq.

 OG| 𝐌𝐫. 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐢𝐨𝐧𝐚𝐢𝐫𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now