LUMF

90 1 0
                                    

Kacamata hitam dilepaskan oleh gadis yang sedang duduk dikerumuni orang ramai di stadium. Perlawanan bola sepak yang ditontonnya itu telah pun berakhir.Gadis itu mengambil keputusan untuk bangun dari tempat duduknya dan ingin menuju ke kawasan tepi padang bola itu untuk bertemu seseorang yang baru sahaja habis diwawancarai akan tetapi kakinya berhenti melangkah apabila melihat sesuatu yang tidak diingini.

Tangannya digempal geram apabila melihat seorang perempuan berjalan menghampiri dan memeluk lengan orang tersebut.Hati siapa sahaja yang tidak panas jika melihat perempuan lain memeluk lengan tunangnya sendiri? Apatah lagi yang memeluk lengan tunangnya itu merupakan model dan bekas kawan baik sendiri, Erni Amanda. Apa yang menaikkan lagi kemarahan Na Yun Ayra apabila melihat tunang sendiri, Hyun Sun Lim berbual mesra dengan Erni Amanda.

"Ayra! Ayra!! Na Yun Ayra!!! panggil Hurin sehingga membuatkan Ayra tersentak.

"Aku panggil kau banyak kali. Kau fikir pasal apa ni Na Yun Ayra." soal Hurin kerana dia melihat kawan baik merangkap bossnya ini asyik termenung sejak masuk kerja pagi tadi.

"Hmm... Takde apalah aku cuma terfikir nak makan apa waktu lunch nanti?" jawab Ayra. Jawapan yang diberikan oleh Ayra tidak memuaskan hati Hurin tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak lagi menanyakan soalan.

"Serius Ayra kau cuma pikir benda tu sampai aku panggil kau pun tak dengar tapi tkpelah sebagai kawan baik kau aku malas nak besarkan masalah. Sebenarnya aku masuk bilik kau ni nak ajak kau keluar malam ni" jawab Hurin. Ayra memandang pelik Hurin.

"Mana pula Hurin nak ajak aku keluar malam ni." monolog Ayra.

"Tiba-tiba je kau ajak aku keluar pergi mana malam ni. Setahu aku malam ni kita takde plan yang nak pergi mana-mana." jawab Ayra dengan rasa pelik.

"Sebenarnya aku nak ajak kau pergi tengok perlawanan bola sepak ni. Tengok ni aku dah beli dua tiket. Satu untuk kau satu untuk aku."balas Hurin dengan nada yang gembira.

"Aduhh malas aku nak ikut. Aku ingat malam ni nak rehat kat rumah je.Kau pun tahu sejak kebelakangan kita selalu busy dengan tempahan kita. So aku rasa ni lah time untuk kita berehat."balas Ayra

Memang betul mereka terlalu sibuk akibat daripada tempahan yang banyak di butik sehingga mereka terpaksa bermalam di butik bagi menyiapkan semua tempahan tersebut.

"Alahhh jomlah Ayra malam ni je aku ajak kau keluar.Esok kau rehat lah puas-puas.Takkan kau nak aku pergi sorang-sorang.Mana tahu tetiba aku kena culik ke.Please Ayra kali ni je. Ayra please!"rayu Hurin kepada Ayra memintanya untuk menemani malam ini.

"Lagipun aku dah beli tiket ni takkan nak membazir macam tu je.Kau jangan sesiakan usaha aku.Aku sanggup beratur panjang untuk beli tiket ni."sambung Hurin lagi.

Melihat Hurin bersungguh-sungguh memujuknya untuk meminta menemaninya malam ni. Dia tidak sampai hati mahu menolak permintaan Hurin tersebut.

"Hmm.. Yelah aku ikut kau tapi dengan satu syarat."balas Ayra sambil mengangkat kening.

"Apa syarat kau tu? Kau jangan minta macam-macam sangat. Aku gaji tak keluar lagi ni."jawab Hurin sambil memandang tepat wajah Na Yun Ayra.

"Syarat dia kau kena belanja aku makan malam."jawab Ayra sambil tergelak.

"Lahhh tu je aku ingat apalah yang kau nak tadi. Okey boleh. Malam ni kita pergi makan dulu baru pergi stadium sebab perlawanan start pukul 9 malam."balas Hurin yang ingin berlalu pergi.

"Oraite and lagi satu kita pergi pakai kereta kau sebab kereta aku hantar bengkel."balas Ayra kepada Hurin.

"Hmm... Yelah yelah kita pergi pakai kereta aku. Kau jangan lambat pulak."jawab Hurin.

"Iye aku takkan lambat punya."balas Ayra lagi.

"Okay kita jumpa malam nanti."balas Hurin sambil berlalu meninggalkan pejabat yang Ayra duduki.

So how guys my first chapter today. I mintak maaf kalau ade terkurang dalam chapter ni. You guys can comment if guys have any idea yang u guys nak i masukkan dalam citer ni. Hope u guys can wait for next chapter.

LOVE YOU MR FOOTBALLERWhere stories live. Discover now