LUMF (1)

37 1 0
                                    

Malam itu

Selepas menunaikan solat maghrib, Ayra mula bersiapkan diri kerana sebentar lagi Hurin akan menjemputnya. Dia tidak mahu membuat kawan baiknya itu menunggunya untuk bersiap. Ayra mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian yang simple sahaja pada malam itu.

Dia hanya mengenakan baju tshirt lengan panjang berwarna merah dan dipadankan dengan seluar jeans dan shawl berwarna hitam berserta dengan topi.

"Hmm.. aku rasa dah okay kot. Aku malas nak bersiap sangat. Lagipun tengok bola sahaja."kata Ayra dalam hati sambil melihat penampilannya di pantulan cermin.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran. Ayra mula melangkah untuk membuka pintu. Dia fikir itu mesti mamanya Puan Sri Mariam yang mengetuk pintu. Lalu pintu dibukanya dan terlihat wajah mamanya di depan pintu.

"Mama, kenapa ye?" soal Ayra kepada mamanya.

"Mama nak panggil kamu untuk turun makan. Tapi mama lihat kamu pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?" balas Puan Sri Mariam sambil itu dia memandang Ayra kerana setahunya Ayra jarang sekali ingin keluar pada waktu malam.

"Ohh.. Rara sebenarnya nak keluar ngan Hurin. Dia ajak Rara tengok bola malam ni. Tapi sebelum tu kitaorg nak gi keluar makan." jawab Ayra kepada soalan yg diajukan oleh mamanya.

Panggilan Rara biasa dipanggil dalam ahli keluarga terdekat sahaja tapi jika di luar Ayra lebih suka orang panggil dia menggunakan nama sebenar dia.

"Sejak bila pula kamu ni minat tengok bola ni Rara."soal Puan Sri Mariam dengan peliknya.

"Rara tak minat sebenarnya tapi tulah dah Hurin ajak tengok. Tak sampai hati pula nak tolak permintaan dia." jawab Ayra lagi dengan nada bersahaja.

"Ohh.. Kenapa tak ajak dia makan kat rumah kita je?"soal Puan Sri Mariam lagi.

"Takpelah mama kitaorg makan kat kedai je. Kitaorg takut jalan jem nanti." balas Ayra kepada mamanya.

"Okay lah kalau macam tu." balas mamanya.

PON! PON! PON!!

"Haa.. Tepat pada masa. Okay lah mama Rara pergi dulu. Tak baik buat Hurin tunggu lama." kata Ayra selepas mendengar hon kereta Hurin.

"Hmm okay. Jangan balik lambat sangat kalau tak nak papa marah dan kena kunci pintu." balas Puan Sri Mariam dengan nada bergurau.

"Ishh mama ni Rara takkan balik lambat punya. Lepas habis nanti Rara suruh Hurin hantar balik terus."jawab Ayra kerana dia tahu yang mamanya memang suka bergurau.

"Dah pergi cepat. Nanti lama Hurin tunggu." balas Puan Sri Mariam kerana dia tak mahu kawan baik anaknya itu menunggu Ayra lama.

Ayra lantas mencapai beg tangannya berserta stokin yang berada di atas katil. Lalu Ayra terus keluar dari bilik selepas bersalaman dengan mamanya.Sampai pintu depan Ayra menyarung kasut Nike berwarna purplenya itu.

Setibanya Ayra di kereta Hurin dia lantas membuka pintu hadapan dan masuk ke dalam kereta berjenama Bezza milik Hurin itu.

"Kau ni Ayra kalau boleh lambat lagi pun takpe."balas Hurin dengan geram.

"Lah kau ni tadi aku tengah borak ngan mama kejap. Tu yang lambat sikit tu.Sorrylah Hurin."balas Ayra. Ayra berasa serba salah.

"Hmm.. Yelah dah jom kita gerak. Kita dah lambat ni. Takut tak sempat nak makan nanti."balas Hurin klau meneruskan perjalanan mereka ke kedai makan sebelum mereka ke stadium.

Skip makan

Setibanya mereka di kawasan stadium. Hurin terus mencari tempat parking kereta.

"Hurin situ ade kosong. Cepat masuk nanti ade kereta lain amik."kata Ayra sambil menunjuk tempat parking yang kosong itu.

"Iye sabarlah. Macam kau pula yang tak sabar nak tengok bola."balas Hurin sambil memarking di tempat Ayra tunjuk sebentar tadi.

Setelah mematikan enjin kereta,mereka berdua keluar dari kereta dan menuju ke pintu gate utama stadium untuk masuk ke dalam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LOVE YOU MR FOOTBALLERWhere stories live. Discover now