Bab 18

11.7K 1.4K 323
                                    

KACA yang berada bersebelahannya dicampak kasar ke arah dinding. Wajahnya membahang, marah tatkala mendengar apa yang meniti dari bibir jejaka yang sedang tertunduk di hadapannya itu.

"What do you mean?" soal Demirez dengan mata yang mencerlung tajam.

Dia memandang Jaden yang sedang tertunduk di hadapannya itu dengan perasaan tidak percaya.

"How?" soal Demirez dengan nafas yang semakin laju.

"How?!" Kolar baju Jaden direnggut kasar oleh Demirez.

"Tiga range rover ikut kami, uncle. I can't do anything. I have no weapon with me," kata Jaden. Percayalah, dia juga turut kesal.

Madelaine hanya duduk di atas sofa, gayanya agak tenang. Manakala Annaise pula daripada tadi langsung tidak boleh bertenang setelah menerima berita daripada Jaden bahawa kereta mereka diekor sekaligus menyebabkan Ivy diculik.

Dan sejujurnya, inilah kali pertama dia melihat papanya mengamuk sebegini rupa.

Demirez yang dikenalinya selama ini bukanlah seseorang yang suka menunjukkan emosi. Lelaki itu jarang menunjukkan emosi dan perasaannya namun kali ini apabila berita tentang kehilangan Ivy diterima olehnya, Demirez menjadi orang yang sangat pemarah.

Emosinya bercampur baur.

Takut, marah dan risau. Itu apa yang mampu dilihat oleh Annaise.

"Kau tak boleh jaga anak aku, dan sekarang kau mahu berkahwin dengan dia?" Kolar Jaden langsung tidak dilepaskan malah genggamannya semakin kuat.

"Je suis désolé, (I'm sorry)," kata Jaden dengan suara yang mengendur. Dia bersalah..

Dia sepatutnya lebih bersedia dengan segala kemungkinan.

Demirez mendengus kasar mendengar perkataan maaf yang keluar dari bibir Jaden. Tubuh Jaden ditolak oleh Demirez. Dadanya berombak kasar.

Grace hilang.

"Cari Grace! Cari anak aku sampai jumpa!" amuk Demirez tanpa menghiraukan yang lain, mengarahkan Jaden supaya mencari Ivy sehingga jumpa.

Jaden langsung tidak mampu menjaga keselamatan Ivy, dan sekarang Madelaine ingin menjodohkan anaknya dengan lelaki itu?

Jaden menganggukkan kepalanya.

Sejak dia dan Ivy ditimpa kemalangan.. Dia telah mengarahkan beberapa anak buahnya untuk mencari beberapa jejak yang mungkin ditinggalkan oleh si penculik di tempat kejadian.

Dengusan kasar sekali lagi kedengaran. Langkah Demirez terus diatur ke arah bilik peribadinya, diikuti  oleh Liam di belakang.

Madelaine pula terus memegang tangan Annaise, "Jangan risau. Kakak tak akan apa-apa."

Annaise mengangukkan kepalanya, dia cuba untuk bertenang. Dia takut apa-apa yang buruk terjadi kepada kakaknya.

Madelaine juga turut sama mengatur langkah ke arah bilik peribadi suaminya.

Prangg!!

Bunyi kaca yang berderai pecah itu membuatkan Madelaine serta-merta masuk ke dalam sana. Gelas kaca yang sudah berderai di atas lantai itu dipandang kemudian dia memang Demirez yang bagaikan disampuk hantu itu secara bergilir.

"Calm down, Demirez. She's going to be okay," kata Madelaine tenang. Seolah-olah langsung tidak risau akan keadaan Ivy diluar sana.

His Clarity : The Cursed HeiressWhere stories live. Discover now