Bab 4

80 10 0
                                    

Atiya melabuh duduk di atas kerusi batu. Suasana kampung dihayati sepenuhnya, mata terpejam saat deruan angin mengena kedua pipi mulusnya.

"Tiya suka suasana kampung?" soal Nenek yang kini mengambil tempat di sebelah Atiya.

"Suka! Tenang dan begitu mendamaikan, tak macam...." Atiya senyum sikit.

"Macam?"

"Takde apa, Tiya fikirkan masalah yang ada aje." Nenek tepuk beberapa kali bahu Atiya.

"Masalah yang datang, kadang-kadang ia mematangkan kita. Ambil setiap masalah Tiya dalam cara yang positive tanpa menyalahkan sesiapa?"

'Bagaimana jika mereka bergaduh sebab Tiya? Cara positive apa yang patut Tiya lakukan? Fikir positive bahawa pergaduhan papa dan mama akan hilang?' Atiya menangis dalam hati.

"Tiya cuba." Perlahan aje suara dilontarnya. Tak sanggup mencuba setiap hari perkara yang sama.

"Ada masa datang sini, mungkin nenek boleh jadi tempat sandaran Tiya untuk meluah perasaan."

"Tapi Nek...." Atiya gigit bibir.

"Tiya malu nak datang sini, nek." jujur Atiya.

"Kenapa nak malu? Nenek dah anggap Tiya macam anak perempuan nenek sendiri. Tak payah malu-malu, okay?"

Anak mata Atiya menangkap sebuah kereta Mercedez Benz yang diparking di bawah pokok. Sejak tadi mahu ditanya, tapi baru sekarang Atiya ingat akan itu.

"Kereta siapa tu nek?" soal Atiya membuak-buak ingin tahu.

"Kereta atuk." Terbuntang mata. Atiya tak salah dengar kan?

"Nenek tak tipu Tiya kan?"

"Tiya tak percaya?"

"Bukan tak percaya...." Kepala tak gatal digaru.

"Kereta macam...."

"Brand sangat untuk orang setua atuk?" potong Nenek laju.

"Sorry nenek...." ucap Atiya dengar tak dengar aje. Mukanya berona warna mendengar gelak dari Nenek. Malu!

"Tak salah lelaki tua cuba untuk naik kereta mahal macam orang muda-muda kan?"

"Tak tahulah salah ke tak nek." Untuk sekali lagi tawa itu kedengaran. Makin kuat.

"Saya tak faham...."

Dari jauh, anak matanya bersambung dengan anak mata Darwisy.

"Kenapa Awis mesti kerja jual ikan dekat pasar? Kenapa Awis tak belajar aje macam orang lain?" Nenek senyum.

"Awis lelaki yang luar biasa." Atiya kalih pandang Nenek.

"Awis tak pernah mengeluh dengan kehidupannya. Awis berdikari hidup demi dirinya sendiri. Bukan itu saja, Awis buktikan pada nenek bahawa masih wujud seorang lelaki sehebat dia. Banyak benda yang nenek tak puas hati dengan apa yang terjadi, tapi Awis...." Mata Nenek berkaca.

"Awis tak pernah salahkan takdir, malah Awis menerima dengan hati yang lapang." Muka Atiya berkerut seribu.

"Apa yang nenek cuba sampaikan sebenarnya? Tiya tak faham...." Atiya garu kepala tidak gatal.

"Banyak cerita yang nenek nak bagitahu Tiya tapi belum masanya lagi."

"Kenapa tak cakap sekarang? Nenek tak percayakan Tiya?" Tangan Atiya dicapai lalu digenggam kemas.

"Nenek percayakan Tiya tapi untuk cerita semua yang pernah dilalui Awis agak sukar bagi nenek." Nenek hulur senyum terluka.

"Nenek sarankan Tiya untuk tanya Awis sendiri, boleh?" Atiya sengih tak berapa lawa.

Let Me Be Your HeroWhere stories live. Discover now