Bab 6

72 12 1
                                    

Atiya bersiap ringkas dengan baju T-shirt lengan panjang bersama seluar trek. Ada rancangan yang perlu Atiya sudahkan hari ini. Semoga dia dapat bertemu dengan Darwisy nanti.

"Tiya nak pergi mana?" Soal Puan Saleha.

"Nak jumpa kawan kejap."

"Lelaki ke perempuan?" Tak dan apa-apa, Encik Hasnuzi sudah mencelah.

"Perempuan." Tipu Atiya terpaksa.

"Balik awal." Satu ayat Encik Hasnuzi bagi ayat sebelum langkah dihayun keluar dari rumah.

"Tiya betul-betul keluar dengan kawan perempuan ke?"

Atiya serba salah menggeleng. Bila dengan Puan Saleha, Atiya tak takut sangat nak cakap jujur. Lainlah Encik Hasnuzi, takut kena pukul macam semalam.

"Tiya nak keluar dengan lelaki ke?"

"Tiya cuma nak berterima kasih sebab lelaki tu banyak tolong Tiya. Lepas dah settle, Tiya janji akan balik."

"Tiya janji nak balik awal?" Yakin Atiya angguk.

"Tiya janji."

Tangan Puan Saleha disalami sebelum Tiya keluar mencari kereta Grab yang telah sedia ditempahnya. Tatkala anak mata menangkap logo Grab, sepantas kilat Atiya masuk ke dalam kereta Proton Saga itu.

"Saya nak pergi pasar."

"Baik Cik."

Ting!

Tiya kau tak masuk class ke Harini?-Alya

Atiya is typing....

Aku nak jumpa Mr Bean aku-Atiya

Terkekeh Atiya ketawa.

Mr Bean mana pulak kau ni? Pelik-pelik lah kau ni.-Alya

Darwisy-Atiya

Asal pulak kau nak ikut jejak dia? Dia tak datang pun kau nak buat benda yang sama? Seriuslah kau ni?"

"Cik dah sampai."

"Baki simpan."

"Cik! Cik!" Si pemandu teksi menggeleng.

'Alhamdulilah rezeki.' Not dua puluh ringgit ditatap bahagia.

Atiya meliar mata mencari sang jejaka idaman. Ukiran senyum terpahat tatkala anak mata menangkap raut wajah kacak itu. Baru setapak kaki melangkah, sesuatu yang tidak menyenangkan terpamer di depan mata.

"Abang handsome, harga ikan selayang ni berapa?"

"Lapan ringgit sekilo."

Tergedik-gedik perempuan itu pusing tubuh siap pakej gelak manja. Darwisy buat tak tahu aje. Malas nak layan.

"Kenapa murah sangat abang handsome? Sebab saya cantik eh? Nak mengorat ke?" Mata dikenyit menggoda. Aum!

Tali handbag digenggam. Ikut hati, sudah dilempar handbag pada perempuan itu.

"Sabar Tiya....sabar...." pujuk Atiya lembut.

Sabarkan hati, Atiya lakar senyum. Selamba, lengan Darwisy dipaut manja. Sengajalah tunjuk mesra agar perempuan itu tidak lagi menganggu Darwisy.

"Abang handsome, siapa ni?" Mahu dicucuk aje kedua anak mata perempuan gedik itu. Sesuka hati aje jeling-jeling orang.

"I am his girl." Tak malu, Atiya mengakui itu.

"Betul ke abang handsome?" Nada itu dilantun kecewa. Siapa aje tak kecewa bila lelaki handsome dah berpunya?

Atiya ketap bibir, berdebar menanti jawapan dari Darwisy. Peroleh anggukan, tubuh automatik nak melompat keriangan. Bahagia dengar jawapan positif dari hero pujaan.

Let Me Be Your HeroOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz