BAB 2 | EDF

4.5K 129 1
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam yang damai dipenuhi dengan cahaya bulan dan bintang di Rusia. Tidak terasa sudah lima tahun dia meninggalkan Malaysia kerana kerja yang mencabar di Rusia, tetapi dia merindui Malaysia kerana sudah lama tidak pulang. Fawaaz dilahirkan di Rusia tetapi dibesarkan di Malaysia .Negara itu adalah bukti dan telah melihat pertumbuhannya di tanah itu selama 20 tahun kehidupan Fawaaz. Bukan itu sahaja, ada sebab lain mengapa dia berpindah ke Rusia ianya disebabkan mama dan papa ya juga mahu anak-anak mereka berada di Rusia dan mahu melihat mereka membesar di depan mata mereka.

 Seawal usia sembilan belas tahun, Papa ya sudah mengajar dan memberikan pendedahan awal kepada Fawaaz. Dia seorang yang berdikari, mampu menjaga dirinya mahupun adiknya dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi kepribadian Fawaaz itu yang telah menjadikannya aset berharga kepada keluarga Tuan Afran. Fawaaz mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif EDF Holding pada usia muda kerana papa ya itu tidak sabar-sabar untuk memberikan anak sulungnya pemahaman yang lebih baik tentang syarikat dan cara kerjanya.

Terdengar hembusan nafas lega kerana dirinya dapat pulang ke negara kelahiran mama tercinta

" Emmm tenang hati aku akhirnya penantian aku untuk balik Malaysia telah tercapai jua Alhamdulilah "

ucapan suci itu di sebut sebagai tanda bersyukur hasrat dirinya tercapai walaupun harus menunggu beberapa tahun untuk meminta restu dan persetujuan kedua orang tua ya.

" Wah happy nampak abang aku seorang ni untunglah dapat balik Malaysia ni mesti kes nak cari bini orang sana " terdengar bunyi kekehan halus seorang Asyraf.

" Aik Acap bukan kau balik sekali ke dengan aku untuk handle syarikat kat Malaysia ke? " soal Fawaaz pada adiknya

" Eh aha lah sorry abang ku terchenta ampunkanlah adikmu ini ana terlupa. Aku tak sabar lah bang nak balik nak tengok awek Malaysia yang cun pula asyik awek Rusia je boring hari-hari aku tengok sampai nak muntah jadinya " dengan gaya ingin muntah untuk menunjukkan dirinya sudah bosan duduk disini.

"Yelah acap bukan aku tak tahu kau tu perempuan entah itulah entah inilah yang kau tak suka " dengan nada suara sindiran dan senyum sinis seperti kebiasaanya

Terdengar ketawa yang besar dari Asyraf tentang pandangan abangnya untuk dipungkiri tetapi benar tak boleh dibuat apa abang ya sangat mengetahui tentang dirinya.

" Kau ni macam tahu-tahu je lah bang ini yang aku sayang kau ni love aku bagi kau  " dengan jari terlunjuk dan jari tengah disilangkan menunjuk mini love kepada abang sulung ya

Fawaaz hanya memandang adiknya dan tersenyum nipis kerana terhibur dengan ucapan cinta dari acap 

Seketika seketika yang terdengar hanya bunyi angin  yang menyapa kulit dan bunyi serangga di waktu malam. Namun, salah seorag dari dua orang jejaka itu memecahkan hening itu dengan bertanya

TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZWhere stories live. Discover now