BAB 18 | EDF

2.9K 91 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Jam sudah menunjukkan jam 10.30 malam dan ibu kepada Fawaaz masih lagi bersemangat untuk bercerita bersama bakal menantunya itu. Fawaaz yang memandang mata itu pun faham.

" Mummy, Fawaaz hantar Sya balik dululah dah malam ni anak dara tak baik kan balik malam mummy kata." 

" Eh." Puan Adiyah menujukkan raut terkejut dan menyadari waktu.

Puan Adiyah mempunyai idea seperti ada mentol di kepalanya.

" Apa kata Sya tidur sini je boleh tidur dengan mummy." ucapnya dengan teruja.

" Sayang apa ni." Suami Puan Aidyah merungut tidak setuju dengan idea bernas isterinya itu. Kalau isterinya tidur dengan Sya, dia nak tidur dengan siapa.

Mengsad.

" Abang diam sekejap. Biarlah saya nak tidur dengan menantu saya yang abang sibuk tu kenapa." jawabnya dengan sinis sekali mata dibesarkan

Tuan Afran boleh buat apa kalau bini tercinta tak mau lagi. Bahunya merosot sedih dengan kenyataan.

Sya yang faham dengan situasi ini pun mencelah.

" Tak apa mummy Sya balik je Daddy boleh tidur dengan mummy okay."

Seketika senyuman cerah muncul di wajah Tuan Afran. Full senyum dengan gigi colgatenya itu.
Tuan Afran menaikkan dua tangan dan mununjukkan ibu jari kepada sya.

" Abang nak tidur luar ke?" Puan Adiyah tersenyum misteri kepada suaminya. Suka dia je.

Fawaaz yang hanya senyap sejak perdebatan daddy dan mummy tercinta pun mengambil peluang.

" Biar Sya tidur dengan Fawaaz." Singkat saja mampu membuat orang sekitar terkejut.

Carlen yang sedang meminum teh ya pun tersembur ke muka Rayyan sangking terkejut dengan ucapan Fawaaz.

Rayyan yang terkena semburan air tadi tidak sedar kerana mendengar penuturan Fawaaz. Kulit buah oren yang dimulutnya jatuh ke meja dengan tidak aesthetic.

Asytar yang sedang bergaduh dengan Tuan Afran merebut kuih tart pun terhenti.

Puan Adiyah tidak usah di tanya reaksi muka sangat tidak relax.

Sya yang duduk berhadapan dengan Fawaaz pun berkata.

" Encik Edward apa yang encik cakap ni."

" Tidur sini." Jawab Fawaaz. " Kat bilik aku bukan dengan aku tidur sekali."

Semua orang di situ menghela nafas lega. Jarang-jarang si Fawaaz nak bagi orang masuk bilik apatah lagi tidur.

Ekstrem sikit anak-anak Fawaaz ni tak tahulah apa Mummy mengidam time mengandung si Fawaaz ni.

TAMAT | EDWARD DRANZ FAWAAZWhere stories live. Discover now