Bab 11 : Bertemu Kembali

235 30 5
                                    

Merata-rata Pak Hamad dan Ustaz Kamarul mencari Arif, malangnya tidak mendatangkan sebarang hasil. Usaha Ustaz Yazin dan tenaga pengajar lain juga tidak mendatangkan sebarang hasil. Tiada siapa tahu dimana Arif berada.

Hari sudah semakin lewat, tapi Arif masih tidak ditemui. Ustaz Yazin, ibu bapa Arif dan tenaga pengajar yang lain pulang dan berkumpul di dewan terbuka Al-Mukmim. Ustaz Yazin meminta semua orang berehat seketika untuk mencari Arif. Ustaz Yazin juga turut meminta ibu bapa Arif untuk membuat laporan polis pada esok pagi. Setelah Ustaz Yazin menjelaskan semua perkara, perbincangan pun selesai dan semua bersurai.

******

Hari sudah pun malam. Ustaz Kamarul terbaring di dalam biliknya sambil fikir tentang apa yang terjadi pada Arif. Tiba-tiba, fikiran Ustaz Kamarul beralih kepada perkara lain iaitu tentang Ustaz Yazin dan anaknya.

Ustaz Kamarul pergi mengambil telefonnya yang berada di atas meja kerjanya. Ustaz Kamarul membuat panggilan telefon untuk menelefon Ustaz Zafari. Ustaz Zafari pun menjawab panggilan telefon tersebut.

" Assalamualaikum, tuan." - kata Ustaz Kamarul.

" Waalaikumussalam. Jangan panggil saya tuan. Saya bukannya pengetua Al-Mukmim lagi." - jawab Ustaz Zafari.

" Maafkan saya, ustaz. Saya sudah terbiasa. Sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan ustaz." - jelas Ustaz Kamarul.

" Benda apa yang kamu nak cakap dengan saya?" - tanya Ustaz Zafari.

" Boleh tak izinkan saya datang ke Al-Mukmim esok?" - tanya Ustaz Kamarul pula.

" Kenapa kamu nak datang? Ustaz Yazin kan tak benarkan kamu datang ke Al-Mukmim. Segala keputusan di tangan dia bukan saya" - jelas Ustaz Zafari atas pertanyaan Ustaz Kamarul.

" Saya ada urusan sedikit yang mahu diselesaikan di sana. Lagipun, saya mahu datang sekejap saja. Tidak lama. Boleh ustaz mintakan izin saya dekat Ustaz Yazin." - jelas Ustaz Kamarul.

" Saya tak boleh janji tapi saya akan cuba berbincang dengan Ustaz Yazin pasal perkara ni." - jawab Ustaz Yazin.

" Terima kasih banyak-banyak, ustaz." - kata Ustaz Kamarul.

" Sama-sama. Apa-apa nanti saya akan telefon kamu." - kata Ustaz Zafari pula.

" Baiklah, ustaz." - kata Ustaz Kamarul.

Panggilan telefon pun berakhir. Ustaz Kamarul betul-betul berharap dapat datang ke Al-Mukmim esok untuk melakukan urusannya di sana. Semoga Ustaz Yazin memberikan kebenaran kepada Ustaz Kamarul.

******

Keesokan paginya, ibu bapa Arif pergi ke balai polis untuk membuat laporan kehilangan anak mereka, Arif. Polis meminta beberapa maklumat terperinci tentang Arif untuk membantu gerak kerja polis. Salahuddin pun pergi dan memberikan keterangan pada pihak polis.

Polis memberitahu kepada ibu bapa Arif untuk kekal bertenang. Sekiranya ada apa-apa terjadi atau petunjuk berkaitan Arif, segera laporkan kepada pihak polis. Pihak polis juga akan mewarwarkan kehilangan Arif kepada masyarakat setempat untuk memudahkan lagi pencarian Arif.

Setelah urusan dengan pihak polis selesai, Salahuddin pun pergi ke penjuru ruang balai polis untuk membuat panggilan telefon. Salahuddin pun menelefon Ustaz Yazin untuk memberitahu pihak Al-Mukmim bahawa dia sudah pun membuat laporan polis.

******

Ustaz Yazin pun menamatkan panggilan telefon tersebut. Tiba-tiba pintu bilik Ustaz Yazin diketuk. Ustaz Yazin pun menyuruh orang diluar untuk masuk. Rupa-rupanya, itu adalah Ustaz Zafari. Ustaz Yazin pun bertanya tentang hasrat Ustaz Zafari datang ke biliknya. Ustaz Zafari menerangkan bahawa Ustaz Kamarul memohon izin Ustaz Yazin untuk membenarkan Ustaz Kamarul datang melawat seketika hari ini. 

A'ma 2 (Buta)Where stories live. Discover now