Ustaz Zafari meminta Ustaz Yazin untuk menjelaskan segalanya tentang apa kaitannya dengan A'ma dan apa maksud surat yang dibacainya. Ustaz Yazin terdiam seketika dan meminta Ustaz Zafari untuk bertenang seketika. Ustaz Yazin pun mengambil nafas untuk bersedia menceritakan segalanya.
" Baiklah, aku akan jelaskan semuanya. Pada mulanya aku hanya nak tuntut bela atas kematian anak aku saja. Tak lebih daripada tu." - jelas Ustaz Yazin.
" Balas dendam? Apa maksud ustaz balas dendam? Kejap... Tak mungkin?" - kata Ustaz Zafari.
" Betul. Aku yang bunuh Ustaz Asrul dan isterinya. Aku... yang... bunuh ibu bapa Reduan." - jelas Ustaz Yazin.
" Ustaz, tergamak ustaz buat macam dekat Rezuan. Rezuan tu budak lagi." - kata Ustaz Zafari.
" Anak aku pun budak lagi. Sanggup Rezuan biarkan anak aku terbakar seorang diri dekat dalam bilik tu. Kalau Reduan bagitahu pihak bomba, anak aku akan masih hidup dan aku takkan buat sampai ke tahap ni." - kata Ustaz Yazin dengan tegas.
" Ini semua ketentuan Allah. Ajal, maut dan jodoh tu semua ketentuan Dia. Ustaz harus terima semua ini. Ustaz tahu tak, nyawa tak bersalah pun jadi korban. Ibu Ustaz Kamarul mati gara-gara apa yang ustaz buat." - jelas Ustaz Zafari.
" Aku tak minta semua ni jadi. Aku tak suruh di sampai ke tahap tu. Aku tahu apa yang aku buat salah, tapi aku tak sangka sampai ke tahap ni." - jawab Ustaz Yazin.
" Apa maksud ustaz?" - tanya Ustaz Zafari.
Ustaz Yazin pun memperjelaskan segalanya. Sebenarnya, A'ma bertindak di luar kawalnya. A'ma mula menganggu pelajar Al-Mukmim dengan mempertuankan Ustaz Yazin. Ustaz Yazin cuba untuk membatalkan perjanjian yang dibuatnya dengan A'ma tapi malangnya perjanjian itu sulit untuk diputuskan. A'ma boleh melakukan apa sahaja dia mahukan dengan bertuankan Ustaz Yazin. Satu-satunya cara untuk hentikan A'ma daripada bebas melakukan apa sahaja, Ustaz Yazin harus berhenti menjadi tuan kepada A'ma.
*****
Reduan pergi mengikuti Ustaz Kamarul pulang. Sampai ke rumah Ustaz Kamarul, dia menyediakan tempat tidur untuk Reduan. Malangnya, rumah Ustaz Kamarul tidak mempunyai bilik yang cukup dan Reduan terpaksa tidur di ruang tamu. Ustaz Kamarul mengambil tilam dan membentangkan di ruang tamu. Ustaz Kamarul akan tidur bersama Reduan untuk menemani Reduan di ruang tamu.
Malam pun bermula. Ruang tamu gelap dan hanya disuluhi dengan lampu dari kaca televisyen. Dalam sambil-sambil Ustaz Kamarul dan Reduan menonton televisyen, Reduan bila membuka cerita.
" Ustaz, boleh tak saya tanya satu soalan?" - tanya Reduan.
" Nak tanya apa tu? Tanya je lah." - jawab Ustaz Kamarul.
" Sepanjang ustaz hidup, pernah tak ustaz rasa penat dengan dunia?" - tanya Reduan.
" Penat eh? Dah semestinya ustaz pernah je rasa penat dengan dunia ni. Kalau kita tak ada perasaan macam tu, maknanya kita bukan manusia lah tu." - jelas Ustaz Kamarul.
" Kenapa eh, manusia perlu ada perasaan macam tu?" - tanya Reduan lagi.
" Sebab dunia ni bukan tempat kita berehat." - jawab Ustaz Kamarul.
" Sebab dunia?" - tertanya Reduan.
" Ya, dunia. Dunia ni bukannya tempat untuk kita berehat. Dunia ni tempat kita diuji dan juga dinilai. Tempat kita berehat ialah selepas ni. Di syurga nanti, inshaAllah." - jelas Ustaz Kamarul.
" Kalau boleh, saya nak Allah jemput saya cepat-cepatlah." - kata Reduan.
" Kenapa kamu cakap macam tu?" - tanya Ustaz Kamarul yang khawatir.
YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...