Chapter 57

276 44 42
                                    


Mereka bertiga dah berkumpul di stesen kapal angkasa.

Beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam kapal angkasa.

"Kapal angkasa ke planet Natureva akan bergerak."

Boboiboy melihat keluar tingkap kapal angkasa.

Adakah pilihan mereka untuk ke planet tersebut betul?

...

Selepas 10 jam perjalanan akhirnya mereka sampai di planet tersebut.

"Lama gila nak sampai...penat aku..",bisik Haru.

"Itulah tuh tak sangka pulak sejauh nih...rasa macam bontot aku hilang..",kata Eiji.

Boboiboy hanya menggeleng kepala mendengar keluhan kawannya.

Hanya mereka bertiga yang melancong ke planet Natureva kebanyakkan pelancong lain pergi ke planet Rimbara.

Mereka bertiga hanya melihat kapal angkasa berlalu pergi.

Diorang pun pergi ke bandar utama untuk mencari hotel. Nasib dah tempah awal-awal.

Di bandar...

Terpengun mereka melihat keindahan bandar tersebut.

"Tumpang tanya dekat mana Hotel Element?",tegur Boboiboy kepada seorang pakcik tua.

Tanpa menjawab pakcik tersebut terus menunduk hormat pada Boboiboy.

"Raja kita masih hidup!!!!"

Eh!?

Jeritnya kuat sehingga penduduk lain terus menunduk hormat.

"Kelahiran semula!!!!"

Beberapa pengawal datang kearah mereka bertiga.

"Weh apa jadi nih!???",soal Eiji pelik.

"Ikut kami ke istana..."

Tanpa membantah mereka pun mengikut pengawal tersebut.

.

.

.

.

Akhirnya mereka tiba di istana. Terlihat seorang jejaka sedang duduk di atas tahtanya. Mungkin itu adalah raja planet Natureva.

"Ah..selamat datang ke Kingdom Of Justice."

Boboiboy dan kawannya menunduk hormat di depan Raja tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Boboiboy dan kawannya menunduk hormat di depan Raja tersebut.

Senyuman manis terserlah di wajah jejaka itu.

Dia mula membuka langkah menuju kearah Boboiboy.

"Aku Ali...tak sangka selepas 60 tahun aku akan berjumpa kau semula...",ucapnya dengan nada lembut.

"A-ali?"

"Mari aku bawa korang jumpa seseorang..."

Mereka terus mengikut Ali dari belakang.

Mata Boboiboy melilau melihat sekeliling. Matanya tertangkap satu gambar seorang jejaka. Wajahnya sebijik macam dia.

"Gambar tuh.."

Langkah Ali terhenti lalu memandang kearah Boboiboy yang sedang berdiri di depan satu gambar yang digantung kemas di dinding.

"Itu Raja pertama kami...",ujar Ali.

"Eh muka dia sama macam kau lah..",bisik Haru.

"Itulah tuh..."

Mereka pun mengikut semula Ali.

Lepas beberapa minit akhirnya mereka sampai di depan pintu bilik.

Tok..Tok..Tok..

"Masuklah."

Pintu dibuka perlahan dari luar dan mereka semua masuk ke dalam bilik tersebut.

Terlihat seorang lelaki tua sedang duduk di kerusi sambil membaca buku.

"Fang...aku ada bawa seseorang...rindu kau akan hilang...",kata Ali.

Fang melihat orang yang berada di belakang Ali. Terus tergamam dia apabila Boboiboy tersenyum kekok kearahnya.

Buku yang dibaca terus diletak ke tepi dan Fang berjalan perlahan kearah Boboiboy.

Badan Boboiboy dipeluk erat. Agak terkejut dengan perbuatan Fang.

"Aku tak sangka kau muncul semula selepas 60 tahun..."

"A-apa maksud pakcik?"

"Panggil je aku Fang...walaupun aku tua kau tak perlu hormat aku...",kata Fang.

"Jadi korang kenal aku ke?",tanya Boboiboy.

Ali dan Fang berpandangan antara satu sama lain.

"60 tahun yang lalu Raja kami iaitu Boboiboy mati dalam pertarungan bersama Ares. Dia pemilik kuasa elemental...wajah dan namanya serupa seperti kamu...jadi kau adalah kelahiran semula baginya..",jelas Fang.

"Kelahiran semula?"

"Kami jangka kelahiran semula ini mungkin malam petaka akan terjadi lagi sekali..",terang Ali.

"Jadi Boboiboy ada kuasa? Tapi kawan kami nih hanya seketul kentang je..",perli Eiji.

Haru hanya menggangguk laju setuju dengan kata-kata Eiji.

"Ey kau nih karang ada yang kena sebat dengan aku..",ugut Boboiboy.

Hehehehe

Mereka berdua hanya tersengih.

Fang tersenyum melihat mereka bertiga. Seperti dia dahulu.

"Maaf tapi aku hanya manusia biasa.",kata Boboiboy.

"Tapi takdir kau untuk memiliki kuasa nih..",balas Fang agak terkejut dengan kata-kata Boboiboy.

"Aku yang tentukan takdir aku...kami datang kesini hanya untuk melancong bukannya jadi superhero.",tegas Boboiboy berkata.

Bahu Boboiboy dipukul oleh Eiji.

"Eh dah orang nak bagi ambik jelah...bukan senang tau nak dapat kuasa nih...",bisik Eiji.

"Betul tuh betul..",sokong Haru.

Keluhan berat dilepaskan. Boboiboy memicit dahinya.

"Boboiboy yang dulu pun memilih untuk berkorban demi semua...jadi dia terima takdirnya...kau j-

Kata-kata Ali terus dipotong keras oleh Boboiboy.

"Kenapa aku perlu sia-sia kan nyawa aku untuk selamatkan orang lain? Itu pilihan dia bukan pilihan aku."

Tergamam Ali dan Fang dengan jawapan Boboiboy.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Different Paths[Complete]Where stories live. Discover now