Chapter 62

121 20 7
                                    


Akhirnya mereka sampai di planet Natureva.

Boboiboy terus turun dari kapal angkasa diikuti yang lain.

Turun sahaja semua penduduk menduduk hormat di depannya. Perkara seperti tidak boleh dielak.

Dengan rasa bersalah Boboiboy menunduk hormat kepada mereka juga.

"Tunjukkan tempat elemental berada."

Ali membuka langkah ke tempat elemental berada.

Eiji dan Haru mengikut Boboiboy dari belakang.

Setelah beberapa minit berjalan akhirnya mereka sampai di tasik 'Lake of Heroes' terdapat sepohon pokok besar berdekatan tasik tersebut.

Warna daunnya berwarna putih dan batang pokoknya berwarna hitam.

"Ini adalah 'Tree of Element' pohon yang tumbuh sejak kematian Boboiboy.",kata Ali dengan senyuman tipis.

Boboiboy mendekati pokok tersebut lalu dia mengambil daun yang gugur di atas tanah.

Sentuh sahaja tangannya dengan daun tersebut satu cahaya menyinari terang.

Ergh.

"Boboiboy?"

Semua memandang kearah Gempa yang muncul disebalik pokok tersebut .

"Kau...salah satu elemental?", Boboiboy memandang kearahnya.

Anggukan diberi. Dan satu persatu elemental muncul disebalik pokok tersebut kecuali elemental cahaya.

"Kami tak sangka yang kelahiran semula tuh memang wujud...kau kembali...",Gempa tersenyum.

TTM mendekati Boboiboy dan terus memeluknya erat.

"Aku tak sangka akan berjumpa kembali!",Taufan terlihat teruja.

"Hebat ah! Kau betul-betul muncul!",Blaze tersengih.

"Aku rindu kau! Hisk.."

Boboiboy mengelap air mata yang mengalir di pipi Thorn.

"Jadi korang semua elemental...apa kuasa korang?",tanya Boboiboy.

Niat dia hanya satu. Balas dendam.

"Ye...aku pemilik kuasa tanah..panggil aku Gempa."

"Aku petir...Hali."

"Kuasa air...Ice."

"Aku angin! Panggil aku Taufan!"

"Aku Blaze! Kuasa api!!"

"Hehe aku Thorn pemilik kuasa daun.."

Senyuman terukir diwajahnya Boboiboy.

"Jadi aku pemilik kuasa korang mulai sekarang kan..."

"Kau adalah kelahiran semula jadi kau pem-..

Kata-kata Gempa terhenti apabila Solar muncul.

"Apa kau nak dari kami? Kami hanya pilih pemilik yang mampu kawal kami bertujuh.",Solar membuka langkah mendekati Boboiboy.

Wajahnya terlihat dingin dan dia langsung tidak senyum atau teruja melihat Boboiboy di depannya kerana itu bukanlah Boboiboy yang dia kenal sebelum nih.

"Heh...aku pemilik kuasa korang dan aku sahaja yang boleh kawal korang... tujuan? Tujuan aku balas dendam! Esdo dah bunuh keluarga aku dan aku akan pastikan dia menyesal!",bentak Boboiboy dengan sombong.

Elemental yang lain mula berundur kebelakang apabila Solar membuka langkah kearah Boboiboy.

Dia berdiri di depan Boboiboy dengan pandangan dingin.

"Aku...takkan terima kalau kau gunakan kami untuk balas dendam."

Semua terdiam dengan kata-kata Solar. Dia bercakap dengan serius. Kalau jawapan dia tak jadi memang takkan dapat ya dari dia.

"Apa maksud kau!? Aku je yang boleh kalahkan Esdo!! Jadi aku laya-"

Kata-kata Boboiboy terus dipotong oleh Solar dengan nada suaranya yang meninggi.

"KAU NAK JADI VILLAIN!? KAU LAWAN DIA HANYA DISEBABKAN DENDAM BUKAN SEBAB NAK SELAMATKAN DUNIA NIH!",tengking Solar sehingga membuatkan awan menjadi gelap dan pokok bergoncang dengan kuat.

Eiji dan Haru memandang Ali dengan wajah risau.

"A-apa jadi nih??"

"Solar....marah."

Air tasik mula berubah jadi warna putih dan tanah yang mereka jejak mula merekah.

Tapi Boboiboy masih dengan pendirian dia. Dia...cuba menolak pernyataan Solar.

"Aku tak kesah!! Kau tak tahu apa aku rasa!!! Semuanya musnah! Aku dah takde sesiapa!!", Boboiboy mencengkam kolar baju Solar lalu dia merampas cermin mata yang dipakai Solar dan terus dihempas ke tanah sehingga hancur.

Tergamam elemental melihat tindakan Boboiboy.

"Boboiboy sebelum nih lagi teruk dari kau...DIA HILANG SEGALANYA!!! TAPI DIA MASIH BERTAHAN UNTUK SELAMATKAN DUNIA!!...haaa...dia dimaki...dihina....dibuang seperti sampah sehingga jadikan dia villain tapi dia kembali KEMBALI SEMULA MENJADI HERO YANG ORANG LAIN DAH BUANG MACAM SAMPAH!!!",jerit Solar melepaskan semua yang dia pendam.

Matanya bercahaya terang dan dia terus menolak Boboiboy jatuh ke tanah.

"S-solar...",Hali mendekati Solar tetapi langkahnya terhenti.

Solar memandang keji kearah Boboiboy yang sudah terduduk di atas tanah.

"Kau tak layak. Selamanya takkan layak selagi kau tak tukar tujuan asal kau."

Cermin mata diambil semula dan Solar terus hilang.

Hali mendekati Boboiboy.

"Esdo ingin jadikan kau villain...itu tujuan dia...kalau kau ikut apa yang dia telah rancang dunia akan hancur.",kata Hali lalu dia hilang bersama elemental yang lain.

Boboiboy terkedu dia mendiamkan diri.

"B-boboiboy kau ok?"

Belum sempat Eiji pergi kearah Boboiboy bahunya ditahan oleh Haru.

"Biarkan dia tenang dulu .."

Hmmm.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Different Paths[Complete]Where stories live. Discover now