Chapter 59

156 23 19
                                    


Mereka bertiga sekarang berada di stesen kapal angkasa menunggu kapal angkasa yang akan membawa mereka pulang ke bumi.

"Boboiboy...mungkin kau perlu pertimbangkan perkara nih dulu?"

Dengan pandangan sinis Boboiboy menoleh kearah Eiji.

"Aku dah kata...aku taknak lakukannya...kenapa korang berdua sesuka hati je terima semua tuh??",wajah Boboiboy kelihatan marah.

Dia tak faham kenapa kawannya sanggup nak terima takdir tuh.

"Boboiboy...jika benar kau adalah kelahiran semula mungkin kau perlu terima takdirnya...mungkin takdir nih dah tertulis untuk kau...kau tak rasa camtu?",dengan wajah sayu Eiji berkata.

Haru menepuk bahu Boboiboy lembut.

"Kalau betul ini takdir kau...kau larilah kemana sahaja kau pilihlah apa sahaja jalan kau nak akhirnya kau akan jalan kearah takdir yang sama...",kata Haru.

Kata-kata tersebut membuatkan Boboiboy menunduk.

"Tapi...aku taknak takdir nih...aku taknak...kenapa bukan orang lain kenapa aku?", Boboiboy memandang kearah kedua-dua kawannya dengan air mata yang mula mengalir di pipi.

Ini adalah kali pertama mereka melihat Boboiboy menangis sebelum nih terlihat kuat dan tidak suka menangis tapi harini...dia lain.

Mereka berdua memeluk erat Boboiboy.

"Baiklah...kita akan balik ke bumi...selagi kau tak sedia selagi tuh kami takkan paksa kau..."

"T-terima kasih korang..."

Kapal angkasa mula tiba di stesen.

Sebelum sempat mereka bertiga masuk ke dalam kapal angkasa,Ali terus menjerit.

"Nanti!!"

Boboiboy menoleh kearah Ali.

"Korang tak boleh pergi...musuh sudah hantar seseorang untuk intip kau Boboiboy...bahaya kalau kau balik ke bumi sekarang...jika kau balik mereka akan tahu lebih banyak pasal kau...",larang Ali dengan wajah risau.

"Ini keputusan aku...aku tetap akan balik."

Larangan Ali diabaikan dan Boboiboy terus masuk ke dalam kapal angkasa.

"Jangan risau kami berdua akan lindungi Boboiboy!",jerit Eiji dan Haru serentak.

Ali hanya mampu melihat kapal angkasa berlepas.

"K-korang tak faham...dia cuba buatkan kau jadi...villain seperti dulu...",bisik Ali.

Satu bayangan muncul di sebelahnya.

"Adakah dia akan buat kesilapan yang sama seperti aku dahulu?"

"Itu boleh terjadi... Boboiboy."

"T-tak....Tak!!!!!!!"

.

.

.

.

Di bumi...

Senyuman sinis terukir di wajahnya. Alat komunikasi yang berada di telinga kirinya ditekan.

"Aku sudah jumpa dia...wajah dan namanya tidak berubah sama sekali...ini adalah kelahiran semula..Tuan Esdo..."

Selesai sahaja dia terus hilang dibawa angin.

Boboiboy memandang sekeliling dengan wajah yang sukar ditafsir.

"Kau kenapa? Dah sampai bumi takkan tak happy kot?",soal Haru dalam masa yang sama dia memerli Boboiboy.

"Takde apa...aku balik dulu..."

"Baik hati-hati!"

Mereka berdua hanya melihat Boboiboy berlalu pergi.

"So apa kita nak buat sekarang?"

Eiji memandang Haru selepas ditanyakan soalan begitu.

"Ermm jom tengok apa yang Iris dan kuasa kau boleh buat...lagipun diorang dah bagi buku panduan tentang Iris dan kuasa bayang~"

Haru tersenyum sinis dan mereka berdua terus pergi ke tempat rahsia yang hanya mereka bertiga sahaja tahu.

...

Di rumah...

Kelihatan Boboiboy sedang duduk di sofa sambil menonton movie di kaca tv.

Mood dia kelihatan baik dan makanan ringan yang berada di atas meja diambil dan dimakan.

Tok..Tok..Tok...

Pandangannya beralih kearah pintu apabila ibu bapanya membuka pintu rumah.

"Kami dah balik..."

Mereka berdua agak terkejut melihat Boboiboy.

"Aik bukan kamu pergi ke planet Natureva ke?",tanya Dian iaitu ayah kepada Boboiboy.

"Ouh...balik awal ada masalah sikit..",jawab Boboiboy lalu menoleh menonton tv semula.

"Masalah? Kenapa nih Boi?",Ria iaitu ibu kepada Boboiboy memandang sayu kearah anaknya.

Ibu bapa nya duduk di sofa bersebelahan anak mereka.

"Cuba bagitahu apa dah jadi? Wajah kamu menunjukkan sesuatu terjadi...",kata Ria sambil memegang erat tangan anaknya.

Dian menunggu anaknya untuk bersuara.

"Sebenarnya..."

Boboiboy mula menceritakan apa yang terjadi kepada ibu bapanya.

Selepas sejam ibu bapanya tersenyum tipis.

"Ibu tak pernah ceritakan lagi pasal mimpi ibu kan...tentang nama kamu...",Ria memandang kearah anaknya.

"Maksud ibu?"

Dian mengangguk kearah Ria.

"Sewaktu ibu mengandungkan Boi...ibu mimpi seorang remaja lelaki wajahnya sebijik macam Boi...dia juga pakai topi yang sama...dia memandang ibu dengan pandangan sayu...tapi suatu hari ibu dan ayah mimpikan dia lagi pada masa yang sama...kami berdua berjumpa dia dan layan dia seperti anak kami sendiri...dia ceritakan kisah hidup dia dan dia juga bagitahu namanya...nama dia Boboiboy...sejak dari haritu ibu nekad untuk namakan kamu dengan namanya Boboiboy...",dengan senyuman Ria menceritakan kepada anaknya.

Dian mengambil topi Boboiboy yang berada di atas meja.

"Waktu Boi 5 tahun kita pergi camping...malam tuh Boi hilang kami cari di merata tempat dan tiba-tiba Boi keluar dari hutan tebal bersama topi nih...topi yang sama dia pakai...bila ditanya Boi kata ada orang bagi...sejak dari haritu Boi sentiasa bawa topi nih kemana sahaja...",jelas Dian sambil memakaikan topi tersebut pada kepala anaknya.

Boboiboy terdiam mendengar cerita dari ibu bapanya.

"Ini mungkin takdir kamu Boi...kalau benar...ibu dan ayah terimanya dengan hati terbuka...",kata Ria dengan senyuman.

Boboiboy terus memeluk ibu bapanya erat.

"Boi takut...macam mana kalau Boi gagal?"

Dian mengusap bahu anaknya lembut.

"Boi...dia pun dalam ketakutan tapi dia berjaya lakukannya...jadi Boi juga mesti boleh..percayakan diri Boi.."

"Ibu...ayah..."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Different Paths[Complete]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora