Chapter 58

155 25 22
                                    


Ali dan Fang berpandangan antara satu sama lain.

"A-adakah kau menolak takdir nih?"

Persoalan Fang membuatkan Boboiboy mengeluh berat.

"Ye. Aku taknak jadi seperti dia...dan aku taknak takdir aku adalah mati demi keselamatan orang lain.",dengan dingin Boboiboy menjawab.

Bilik tersebut menjadi sunyi seketika sebelum Eiji memecahkan suasana.

"Jadi apa patut kami buat?"

Pertanyaan yang diberikan oleh Eiji membuatkan Boboiboy memandang kearahnya.

"Apa kau cuba lakukan nih Eiji!?"

Haru menepuk bahu Boboiboy perlahan.

"Jika ini takdir kau...apa kata kita laluinya bersama?"

"Jangan harap! Aku takkan terima takdir bodoh nih!"

Bentak Boboiboy lalu menepis kasar tangan Haru yang berada di bahunya.

"Boboiboy! Takdir tak dapat diubah!"

Kolar baju Eiji ditarik kasar.

"Aku yang tentukan takdir aku sendiri!! Jangan kau nak sibuk pasal takdir aku!",tengking Boboiboy sehingga dia menolak Eiji jatuh ke lantai.

Ali yang melihat terus menumbuk wajah Boboiboy sehinggakan dia terundur ke belakang.

"Apa masalah kau ha!!? Kenapa korang nak sangat aku ikut jalan bodoh yang dia pilih dulu! Dia mati disebabkan salah dia sendiri!",tanpa berfikir Boboiboy melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Meja dihentak kuat membuatkan yang lain terkejut.

Pakk!

"Jangan kau hina dia! Dunia nih selamat disebabkan dia! Kau ingat kalau dia tak pilih takdir dia adakah dunia kita semua akan kekal sampai sekarang?",dengan pandangan tajam Fang berkata.

Boboiboy menunduk memandang lantai sambil mengengam tangannya erat.

"Jom balik bumi semula. Sekarang."

Haru dan Eiji terus memandang kearah Boboiboy yang sudah membuka langkah ke arah pintu keluar.

"Kau dah tak selamat Boboiboy...musuh sudah tahu kewujudan kau sejak kau keluar dari bumi dan datang kesini."

Boboiboy menoleh kearah Fang.

"Apa maksud kau?"

"60 tahun yang lalu.. Boboiboy berjaya mengalahkan musuh bernama Ares iaitu pemusnah alam semester...kami tidak sedar waktu tuh tapi dia telah mengalirkan darahnya ke dalam sebuah Kristal yang tertanam sekian lamanya...
2 tahun yang lalu seorang alien telah menemui Kristal tersebut dan serta merta dia menjadi keturunan Ares...iaitu pemusnah alam semester yang seterusnya....kami sangat risau apabila tahu tentang Berita tersebut...",jelas Fang lalu dia memandang keluar tingkap dengan wajah sayu.

Eiji mendekatinya lalu bersuara.

"Korang mesti tahu cara untuk kalahkan dia kan?"

Keluhan berat dilepaskan.

"Hanya satu cara...iaitu dengan menggunakan kuasa elemental...tetapi tiada siapa yang berjaya kawal ketujuh kuasa elemental...Ali sudah cuba tapi dia gagal...aku sudah tidak mampu untuk bertarung...jadi kami ingatkan alam semester tidak dapat diselamatkan lagi...tapi tiba-tiba harini kau muncul Boboiboy...aku mula percaya kelahiran semula itu memang wujud...kau sebagai buktinya.",Fang terus memandang kearah Boboiboy yang masih diam di tempatnya.

Ali berjalan kearah laci yang tidak jauh dari situ lalu dia mengambil Iris dari dalam laci tersebut.

"Ini adalah Iris...Infinity Retinal Intelligence System..."

Haru mengangkat tangan dan Ali terus memandang kearahnya.

Ye?

"Bahasa English aku takat lulus je erk boleh translate sikit?",dengan sengihan Haru bertanya.

Eiji sudah ketawa melihat kebodohan kawannya itu.

"Boleh...Sistem Kepintaran Retina Infiniti...Iris dapat membaca gerakan musuh,memberi amaran,mengesan persekitaran,mengawal sekitarnya dan banyak lagi kegunaannya...",terang Ali lalu dia menghulurkan Iris kepada Eiji.

Ha?

"Kenapa kau bagi aku?"

Senyuman terukir di wajah Ali.

"Jika kau ingin lalui takdir nih bersama Boboiboy...jadi kau perlukan sesuatu untuk bantu dia...kau akan menjadi pengguna baru Iris selepas aku...Iris sudah dipisahkan dari aku kerana aku sudah tidak mampu menggunakannya lagi...jadi adakah kau akan terima?"

Eiji memandang Iris yang berada di tangan Ali lalu dia menoleh kearah Boboiboy yang hanya mendiam diri.

"Kalau ini dapat membantu Boboiboy untuk selamatkan alam semester aku akan terimanya."

Iris diambil dan terus disimpan di dalam beg Eiji.

Fang mendekati Haru lalu jam kuasa yang dipakainya ditanggalkan.

"Aku adalah pemilik kuasa bayang...aku juga dah tak mampu untuk berlawan jadi sudikah kau menjadi pengguna kuasa bayang seterusnya?",tanya Fang lalu menghulurkan jam kuasa tersebut kepada Haru.

"Heh ini tanggungjawab yang besar...baiklah aku terima.",jawab Haru dan dia terus memakai jam kuasa tersebut di tangan kanannya.

Mereka berempat memandang kearah Boboiboy.

"Keputusan aku muktamad...aku takkan terima takdir nih."

Boboiboy terus keluar dari bilik tersebut.

Boboiboy!

Eiji dan Haru terus mengejarnya dari belakang.

Ali dan Fang mengeluh berat.

"Apa patut kita buat..."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

(Setelah sekian lama akhirnya story ini kembali lagi~atas permintaan Readers...Ries tunaikan 🤭)

Different Paths[Complete]Where stories live. Discover now