Part 33

6.6K 177 1
                                    

Selesai sahaja urusanku. Aku mengambil masa sedikit untuk bertenang. Semaksima boleh aku tenang kan minda aku yang serabut ni. Dalam beberapa minit, baru aku keluar dari tandas. Dan ye, seperti yang dijanjikan. Dia masih setia menungguku di depan pintu tandas ni!

"Lamanya...Tengah fikir cara nak lari dari abang lagi ke?" Soalan pertama setelah dia nampak aku keluar dari tandas. Tengok, sengaja betul pancing amarahku.

"Hah, nak bincang apa?"
Tanyaku.

"Not here!"Lantas pergelangan tanganku segera dia gapai dan tarik supaya aku mengikuti langkahnya.

Ouh! Tahu pula sini bukan tempat yang sesuai nak berbincang. Habis, tadi dia main masuk sampai ke dalam tandas, kenapa?

"Awak nak bawa saya pergi mana ni Daniel..? Lepaslah, orang tengok ni!"Ada beberapa pasang mata melihat keadaan kami begini. Bukan semua tahu kami sudah berkahwin. Tentulah, ada pandangan kurang senang.

"Ikut je abang.."Dia tarik aku sampailah ke depan kereta. Memandangkan, mamat ni takda kereta di sini, jadi dia jadikan kereta aku macam kereta dia..Eeee...! Sakit hati betul!

"Masuk!"Dia mengarahku apabila pintu dibuka.

"Takkan nak balik macam tu je? Saya kena bagitahu Kie dulu.." Alang-alang tu boleh aku menyorok dalam bilik Kie sampai mamat ni mengalah, mungkin?

Sekali lagi tanganku dipegang.

"Abang dah bagitahu Kierah tadi...Now, takda alasan apa-apa lagi..Masuk abang cakap!"Ye..ye je dah bagitahu Kie...Boleh percaya ke mamat ni?

"Masuk Arwa sementara abang tengah waras ni!"Ujarnya lagi memaksa.

Apa dia ingat dia punya waras je? Waras aku ni dia taknak tahu ke?

"Janganlah paksa-paksa! Saya tak suka!"Matanya aku pandang garang!

"I have no choice....Arwa yang paksa abang..!"Setelah itu, dia lantas mencepung ku lalu mendudukkan aku di kerusi kereta.

"Nak tengok abang gila? Cuba la lari.." Amaran itu sangat gerun di pendengaran ku. Aku baru nak buka balik pintu terus tak jadi. Selepas itu, tempat duduk pemandu berpenghuni. Dia menekan pedal minyak, dan kami meninggalkan kawasan rumah Kierah.

Sampai dalam rumah, baru dia lepaskan pergelangan tanganku. Aku usap tangan ku itu. Hish! Takboleh ke lembut sikit. Ganas betul! Sakit tahu tak? Panas pula hati ni, baik aku pergi minum air.

Baru nak melangkah, bahu aku pula dipegang.

"Where are you going?"Dia tolak aku sampai belakang badanku bersandar dengan dinding.

"Saya nak minum. Haus!"Aku tenung mata garang itu.

"Kenapa tukar? Tadi elok je bahasakan diri Arwa!"Tadi tu sebab nak berlembut dengan kau! Hish!

"Lepaslah! Saya nak minum air ni Daniel...Awak ni kenapa buat perangai gila awak ni?"

"Kita kena berbincang!"

"Habis, awak nak kita berbincang macam ni?"

"Abang tak kisah...Arwa mesti akan cari seribu satu akal nak lari dari abang lagi lepas ni!...Dengan cara ni je, Arwa tak boleh lari dari abang.." Dia semakin rapatkan jarak antara kami. Bau maskulin dari badannya hampir buat aku terbuai.

"Apa yang awak nak bincang sangat tu? Make it faster!" Sebab aku tak jamin yang aku akan bertahan dengan keadaan kami begini. Aku menunduk.

"Pandang abang bila abang bercakap, Arwa!"Perlahan-lahan aku memandang wajahnya. Terbias riak bersalah di raut wajah itu.

"Abang minta maaf pasal petang tadi...Abang tak maksudkan pun apa yang abang cakap dekat Arwa tu..Abang just.." Dia berjeda sebentar. Cuba melawan rasa dalam dirinya.

"Just what? Awak memang suka anggap saya macam tu kan? Awak memang suka pijak maruah saya ni, betul tak?"

"Tak Arwa...Sumpah tak.."

"Jangan bermain dengan sumpah Daniel....Takut nanti, awak binasa!"

"Sayang percayalah...Abang memang menyesal dengan hal sebelum ni...Petang tadi abang...abang terlalu cemburu...!"Katanya lagi.

"Cemburu of what Daniel?"Aku menengkingnya.

"Abang cemburu dengan budak tu....Arwa nampak mesra dengan dia....Abang tak suka!"Terluah juga apa yang terbuku di dalam hatinya pada Arwa. Penangan Arwa buat dia hilang kawalan.

"Astaghfirullah Daniel...Ahmad tu saya anggap macam adik saya dah...Macam Faiz....Gila ke saya nak ada apa-apa dengan dia? Saya masih ingat yang saya ni isteri orang! Sampai macam tu sekali awak judge saya?"Terkilan juga aku.

"Abang tahu abang melampau...
Abang minta maaf....Abang tak patut pikir Arwa sampai macam tu...Abang minta maaf Arwa..."Tangannya yang tadi di bahu, jatuh ke tangan ku. Lantas dia genggam kuat tangan ku itu.

"Abang minta maaf Arwa..!!"Ada bening di mata suamiku itu. Aku taktahu nak rasa apa sekarang ni. Marah, kecewa dan sedih bercampur aduk.

"Habis dah? Kalau dah habis, saya nak masuk bilik....Jangan kacau saya!" Aku melepaskan genggaman tangannya, lalu berlalu masuk ke bilik.

"Arwa.."Panggilnya lagi, namun ku biarkan tanpa berjawab.

****
Morning 😘
****
TBC

Under Mission : [Seduce Him]Where stories live. Discover now