BAB 13

2K 77 3
                                    

Kini bulan sudah diganti oleh matahari,malam sudah digantikan pagi,tepat pukul empat lia sudah terjaga dari lenannya.

Dengan malas lia banggun duduk bersandar di kepala katil.selepas sahaja ia sudah tidak mamai lagi ia berasa pelik setahunya ia tidur di bawah tetapi sekarang ia berada di satu katil dengan aryan,tidak mungkin aryan menganggkatnya semalam.

'ingat lia dia layan kau sebab terpaksa jer' getus lia di dalam hatinya,ia sungguh berasa pelik.

lia yang sudah malas mahu berfikir lagi itu ia hanya membiarkan sahaja apa yang tahu sekarang ini ia mahu menatap wajah sang suaminya dengan puas sebelum aryan banggun.

Sudah hampir dua jam lia hanya duduk menatap wajah aryan tanpa beralih dari tempatnya itu,sekejap ia mengusap rambut aryan sekejap ia usap pipi putih aryan itu sahaja lah yang ia buat daritadi tanpa jemu.

kini jam yang sudah menunjukkan sudah pukul enam dengan pantas lia banngun pergi membersihkan dirinya,sebelum ia pergi membersihkan dirinya ia sempat mencium dahi aryan itu dan ia berlalu pergi untuk membersihkan dirinya.

selepas sahaja lia sudah masuk ke dalam bilik air,dengan perlahan aryan membuka matanya ia sebernarnya sudah terjaga dari tadi,pada waktu lia mengusap pipi putihnya,ia hanya membiarkan lia mengusap rambutnya dan pipinya dan sehingga lah lia mencium dahinya ia begitu terkejut tetapi ia hanya membiarkan dan meneruskan lakonan yang ia sedang tidur.

Dengar sahaja pintu tandas terbuka dengan segera aryan memejamkan matanya kembali,lia yang sudah selesai membersihkan dirinya dengan pantas ia menuju kearah aryan untuk mengejutkannya.

"abang,banggun solat." kejut lia dengan lembut,kang nanti kejut kasar nanti mengamuk pulak singa ni.

"hmm,pukul berapa dah ni." balas aryan yang buat-buat mamai,ceh dah banggun tu banggun jer lah nak pura-pura baru banggun pulak dia ni.

"em dah pukul enam dah,banggun lah nanti terlepas subuh nanti payah pula." balas lia dan berlalu pergi kearah meja solek yang terdapat di dalam bilik tersebut,semestinya itu pasti yang arwah irah punya.

"kau tak payah banyak cakap boleh tak?kau tu entah solat ke tak?." balas aryan yang berlalu pergi masuk ke dalam bilik air.

"saya cuti mana boleh solat." balas lia singkat,walaupun aryan sudah menutup pintu ia tahu aryan masih dengar.

selepas sahaja sudah memastikan dirinya sudah kemas dengan pantas lia keluar dari bilik dan menuju ke bawah.Buka sahaja pintu lia terkejut kerana hana juga membuka pintu biliknya atau dikatakan mereka dua membuka pintu dengan serentak bukan lia sahaja yang terkejut hana pun begitu.

"ya allah akak terkejut hana ingatkan siapa tadi." kata hana sambil mengurut dadanya ini mahunya ia ada penyakit jantung ni mahu mati terkejut.

"ha....ah HAHAHA dah jom hana turun sekali akak segan lah nak turun sorang-sorang." balas lia yang mengajak hana turun sekali.

Nasib sahaja ada hana kalau tidak sudah dua tiga kali ia kehulur hilir memikirkan sama ada mahu turun seorang diri atau mahu menunggu aryan,semestinya lia tidak mahu turun dengan aryan ia sudah tahu kalau turun sekali dengan aryan semetinya aryan akan membuat tidak perduli dengannya.

Sampai sahaja di bawah lia dan hana terserempak dengan tengku kayra yang mahu naik ke atas,lia sudah pasti membuat tidak tahu manakala hana pula sudah memandang tajam pada mak ngahnya itu dengan pantas lia menarik tangan hana untuk cepat-cepat meninggalkan ruang tamu itu,ini kalau tak tarik hana ni mahunya bergaduh macam semalam hana bukan boleh kira dengan dia ni semalam pun sudah bergaduh inikan sekarang ini tak pasal-pasal nanti muncul peperanggan kedua pula.

"hana apa pandang mak ngah macam tu tadi?tak baik tau." tegur lia lembut terhadap hana ia tidak suka dengan cara hana memandang mak ngah sebentar tadi.

"akak,tak kan akak tak nampak mak ngah pandang akak macam mana tadi?kalau dia tak mulakan dulu hana tak kan mula lah." balas hana yang tidak puas hati itu.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now