BAB 19

2.5K 75 7
                                    

Kini sudah nak dekat dua bulan hubungan aryan dan lia baik makin lama, makin mekar cinta di antara mereka berdua dan dekat dua bulan juga lah tiada langsung tanda-tanda yang mencurigakan.

Tetapi itu bukan lah bermaksud mereka tidak perlu berhati-hati, lia pula kemana sahaja dia mahu pergi Mesti di ikuti aryan maklumlah sayang bini katakan nyeh.

Lia yang masih dibuai mimpi itu dihampiri oleh aryan jarang lia bangun lambat dan akhir-akhir ini perangai lia selalu berubah-ubah kadang manja kadang garang, kadang aryan pun pelik dengan isterinya ada sahaja yang makanan yang Di cravingnya.

"Hey, sayang tak nak bangun lagi ke? Dah lewat ni sayang, semalam sayang kata nak ikut hubby pergi office." ujar aryan dengan lembut.

Lia yang sememangnya mudah dikejutkan dengan perlahan di mengeliat kecil, tangan yang mahu mengosok mata itu terus dihalang oleh aryan.

"Aip!!!berapa kali hubby cakap jangan gosok mata lepas bangun tido nanti sakit mata kang." larang aryan pada lia.

Lia yang mendengar larangan aryan itu sudah tersenyum lebar, dia suka dengar aryan membebel tidak tahu mengapa tapi dia suka bila aryan bebel padanya.

"Sayang orite tak orite ni." Soal aryan dengan wajah yang binggung.

Lia pula sudah blur apa yang orite tak orite ni kenapa muka aku ada air liur basi ke? Muka aku hodoh sangat ke? Eh mana ada hodoh eh muka aku lawa okey lepas bangun tidur.

"Apa yang orite tak orite ni hubby? Sayang tak faham, Cuba Terangkan?." ujar lia dengan wajah yang penuh tanda Tanya.

"tak ada lah sayang tu okey ke tak? Senyum sesorang dah macam orang gila pu....."

Pak.......

Tidak sempat aryan menghabiskan ayatnya, satu ketukan yang lia Berikan pada aryan tepat di kepala aryan.

"Aduh!!!!sakit lah sayang apa ni." runggut aryan yang mengosok kepalanya.

"Apa ni... Apa? Hubby lah ada ke cakap sayang gila, kira okey sayang senyum dekat hubby kalau sayang senyum dekat lelaki lain ha!!!menagis tak berlagu hubby nanti." ujar lia yang melepaskan geramnya.

Ada ke patut cakap orang gila kan dah mendapat. Terus sahaja lia bangun dari duduknya dan berlalu pergi untuk membersihkan diri dan meniggalkan aryan yang sedang memuncungkan mulutnya.

Adeh niatnya nak bergurau jer sekali kena marah lerr dan sekarang ni pening kepalanya mahu memikirkan bagaimana dia mahu pujuk lia, tak ada masalah sibuk cari masalah kan dah mendapat.

Kini sudah masuk 2 jam lia merajuk dengan aryan dari rumah sampai lah di office lia tetap tidak mahu bercakap dengan aryan puas sudah aryan memujuknya itu padahnya.

Aryan yang mahu buat kerjanya pun tidak senang bila memikirkan lia yang masih merajuk dengannya, kejap-kejap dia memandang ke arah lia kejap-kejap menyambung menyemak fail.

Lia yang tertidur di sofa itu aryan hanya membiarkan terlebih dahulu terus sahaja dia menyambung membincangkan sesuatu dengan hayden dan aiden.

Sedang khusuk mereka berbincang, lia yang terjaga dari lenanya terus sahaja bangun dan berlalu duduk di atas riba aryan yang membuatkan hayden dan aiden tersentak manakala aryan pula sudah terbiasa dengan perangai lia yang satu ini.

"Hey, kenapa ni?." Soal aryan sambil membetulkan kedudukan lia supaya tidak jatuh.

Bukannya menjawab malah lia menyambung semula tidur di atas riba aryan.

"woi...woi nak bersweet pun tak payah lah dekat sini." ujar aiden mendatar ke arah aryan dan lia.

Aryan pula membuat endah tidak endah sahaja dengan aiden, dah single tu single jer lah duk diam-diam dekat situ jangan banyak bunyi.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now