BAB 24

1.8K 69 2
                                    

Bayangan Lia yang sedang tersenyum ke arahnya makin lama makin mula menghilang dari pandangannya, Dengan perlahan mata Aryan terbuka dan setitis demi setitis air matanya mengalir.

"Lia sayangkan hubby, maafkan Lia hubby."

Terngiang-ngiang ayat itu didalam kepalanya, sungguh dia takut perkara buruk terjadi pada anak dan isterinya.

Dengan perlahan Aryan bangun dari baringnya dan terus dia berlalu pergi membersihkan dirinya, tepat pada pukul 9.00 pagi nanti dia mahu bertolak ke hospital.

Alhamdullilah, tokmanya masih diberi peluang untuk hidup dia bersyukur sangat-sangat bila tokmanya sudah sedar kembali.

Jam menunjukkan sudah pukul 10.30, dia terlambat sedikit sampai di hospital kerana akibat jalan yang terlalu sesak dia pun tidak tahu mengapa hari ini kereta banyak sangat.

"Assalamualikum, ma...pa." sapa Aryan yang memberi Salam terlebih dahulu.

"Waalaikummusalam." Jawab Tengku Adam dan Tengku Amalin serentak dan menyambut huluran tangan Aryan pada mereka.

Tengku syafinas yang melihat kedatangan cucunya itu terus sahaja air matanya mengalir membasahi pipinya, dia tahu Aryan sedang risau Tentang Lia sekarang.

"Tokma!!! Tokma okey? Ada sakit dekat mana-mana tak?." Soal Aryan penuh risau pada Tengku Syafinas.

Tengku Syafinas yang melihat kehadiran Aryan itu tersenyum hambar, Hatinya tidak senang apabila mengetahui Lia masih tidak dijumpai oleh Aryan, sungguh dia risau dengan cucu menantunya itu.

"Ar... Lia mana Ar? Ar tak jumpa Lia lagi ke Ar? Tokma tak sedap hati Ar..." Bertubi-tubi soalan di beri pada Aryan.

Aryan sudah menundukkan pandangannya, dia tahu orang yang pertama Tengku Syafinas mahu jumpa ialah Lia, sebegitu sayang Tengku Syafinas pada Lia bukan hanya Tengku Syafinas malah satu keluarganya begitu sayang pada Lia.

"Ar..."

"Tokma takut Ar...Tokma tak sedap hati, Tokma mimpi... Tokma mimpi jumpa Lia dengan seorang budak perempuan... Comel budak tu Tokma yakin itu anak kamu dan Lia." ujar Tengku Syafinas yang bercerita sambil melakar senyuman yang begitu bahagia.

Tersenyum Aryan mendengar cerita Tengku Syafinas, sedikit sebanyak dia membuatkan dia gembira mendengar cerita Tengku Syafinas itu.

"Tapi... Tokma takut Lia tinggalkan kita Ar... Tokma takut kita kehilangan wanita sebaik Lia... Sungguh kuat penggorbananya selama ni Ar... Tokma takut... Tolong lah Ar bawak balik Lia ke pangkuan kita semula...." kata Tengku Syafinas yang sudah terisak.

Terkedu... Terkesima... Terkejut, semua sekali bergabung membuatkan Aryan menjadi resah, Hayden dan yang lain yang baru sahaja sampai di wad Tengku Syafinas itu memandang serious ke arah Aryan yang sedang berada di alamnya sendiri.

"Ar... Kita kena gerak sekarang." ujar Ariana dingin.

Tengku Syafinas yang mendengar suara dingin Ariana itu membuatkan dia berasa sedikit takut.

Aryan yang baru sedar dari dunianya itu di tarik paksa oleh Aiden, bukannya marah malah Aryan memasang wajah yang bingung kerana di tarik paksa oleh Aiden.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now