BAB 14

2K 57 5
                                    

Tepat pada pukul dua pagi aryan terjaga dari lenanya dan terus sahaja ia berlalu pergi cekout,selepas sahaja selesai cekout dengan pantas ia memandu keretanya balik ke rumah Tengku syafinas.

Lia yang terjaga dari lenanya dengan malas ia bangun dan turun ke bawah untuk membasahkan sedikit tekaknya sungguh tekaknya berasa sangat sakit,mungkin sebelum tidur tadi ia lupa mahu minum air sedikit.

Aryan yang sudah sampai di perkarangan rumah Tengku syafinas dengan pantas ia memakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta Tengku Adam.

Lia yang mendengar bunyi enjen kereta itu dengan perlahan ia mengendap di tingkap hadapan,apabila ia melihat aryan yang keluar dari kereta dengan perlahan ia menghembuskan nafas lega, ingat Siapa tadi mahu tidak terkejut pukul dua pagi dengar bunyi kereta.

Lia yang melihat aryan yang sudah mahu masuk dalam rumah dengan pantas lia berlari naik ke atas,fuh memang idok ler dia mahu tunggu aryan masuk tak pasai-pasai sat gi perang mulut.

Masuk sahaja didalam rumah dengan perlahan aryan melangkah naik ke atas, ia tidak lah mahu menganggu tidur lena semua orang yang berada didalam rumah itu, kalau mak long dan pak longnya sahaja yang bangun masih okey lagi mahunya Tengku syafinas yang terjaga sudah ia tidak tahu mahu menjawab apa.

Buka sahaja pintu ia melihat lia yang sedang tidur membelakanginya, dengan perlahan aryan menutup pintu bilik dan dengan segera ia melangkah naik membaringkan tubuhnya bersebelahan dengan lia.

Tepat sahaja pada pukul lima lia sudah terjaga dari lenanya, ia terkejut kerana buka sahaja matanya wajah aryan lah yang pertama ia lihat.

Dengan perlahan lia bangun dan berlalu pergi membersihkan dirinya mujur sahaja hari ini ia tidak boleh solat. Selesai sahaja ia membersihkan dirinya ia hanya duduk termenung sambil menunggu pukul enam lebih baru ia mahu turun ke bawah.

Aryan yang mendengar orang menangis itu dengan perlahan ia membuka matanya mahu melihat apakah lia masih menangis didalam tidurnya sememangnya semalam aryan baru sahaja mahu melelapkan matanya dengan tiba sahaja lia meraung dan menangis didalam lenanya.

Lia yang melihat aryan sudah bangun itu dengan cepat-cepat ia mengelap air matanya dan terus sahaja ia bangun dari duduknya dan berlalu turun ke bawah apabila ia melihat jam sudah menunjukkan sudah pukul 6.30.

Manakala aryan pula dengan pantas ia bangun dan berlalu pergi membersihkan dirinya dan menunaikan solat.

Kini tepat pada pukul lapan selesai sahaja sarapan bersama, Tengku syafinas dan keluarga Tengku Adam menghantar pemergian Tengku aina dan suaminya kerana hari ini ialah hari terakhir Tengku aina dan suaminya berada di kampung Manakala aryan pula mahu balik esok alasannya kerja banyak yang sudah tertangguh.

Selepas sahaja menghantar pemergian Tengku aina dan suaminya, lia hanya duduk termenung di halaman rumah Tengku syafinas itu manakala aryan pula hanya duduk termenung di ruang tamu mengigati kejadian semalam.

Flash back

Aryan yang sudah hampir mahu melelapkan matanya itu tergendala kerana dengan secara tiba sahaja lia meraung dan menangis di dalam lenanya.

"hiks...lia minta maaf, lia tak dapat bahagiakan ar.lia penat irah ar tak percayakan lia, ar bencikan lia, ar tak bahagia dengan lia." kata lia dalam tangisannya.

Aryan yang mendengar percakapan lia itu tersentak lia sudah penat dengannya, sampai sebegitu sekali lia memikir yang ia tidak bahagia bersama dengan lia tapi Hakikatnya ia terlalu bahagia dengan lia tapi apakan daya ego lagi menguasai dalam diri aryan.

"kenapa irah pergi? Irah jangan lah pergi hiks....irah no!!! Jangan pergi tolong jangan pergi lia perlukan irah." jerit lia dengan Kuat.

Aryan yang melihat lia sudah di luar kawalan itu dengan segera ia menenangkan lia.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now