BAB 26

2.8K 55 1
                                    

1 Tahun kemudian

Laut yang terdampar dihadapan matanya di pandang dengan penuh teruja,terlakar satu senyuman bahagia diwajah putih mulus miliknya.Awal pagi lagi dia sudah keluar dari bilik untuk melihat kecantikan laut di awal pagi.

Aryan yang dari tadi mencari keberadaan sang isteri terhenti langkahnya apabila melihat sosok tubuh yang amat dikenali sedang duduk di atas batu tepi laut itu,tersenyum kecil dia melihat sang isteri yang sedang tersenyum bahagia.

Tanpa melengahkan masa dengan cepat dia melangkahkan kakinya menuju ke arah Lia yang sedang duduk diatas batu besar.

"Patut hubby cari sayang tak jumpa rupanya ada dekat sini hmm." Ujar Aryan yang menyentakkan lia yang sedang ralit melihat laut dihadapan matanya.

Dengan perlahan Lia mengusap dadanya akibat terkejut sebentar tadi,pandangan tajam diberikan pada Aryan.Sehari kalau tak buat orang terkejut memang tak boleh ke? Ni ada sahaja yang nak buat orang terkejut.

Mata helang milik sang isteri dihiraukan matanya terus melekat pada pemandangan dihadapan matanya kini.Cantik,tenang itu yang dirasai olehnya sekarang ini pula duduk bersama orang yang tersayang memang syok lah.

Berdecit kecil apabila diri dihiraukan oleh sang suami dan terus sahaja dia menoleh melihat pemandangan yang tertangguh tadi kepala terus sahaja diletakkan di bahu sang suami.

Dengan perlahan tangan memeluk pingang sang isteri dari tepi.

"Sayang..." panggil Aryan lembut.

"Hmm...kenapa?" Sahut Lia semula.

Tersenyum Aryan melihat gelagat sang isterinya bukan mudah untuk lihat Lia sebahagia ini,Dia akui yang dulu dia bodoh dan terlalu ikutkan Egonya dan akhirnya dia sendiri yang termakan dengan ego yang dia ciptakan sendiri.

Dan kini dia akui yang Lia seorang wanita yang hebat, walau macam mana yang dia sudah buat pada Lia tetapi Lia masih sahaja setia bersamanya. Kalau tidak disebabkan wasiat arwah Irah pasti dia tidak pernah tahu siapa Lia sebenarnya.

Kalau dulu dia sangka Lia adalah seorang perempuan yang tidak baik dan talam dua muka tetapi sangkaannya tidak tepat malah Lia lah seorang perempuan yang kuat dan baik.

"Hubby, nak tahu tak?" Soal Lia yang mata masih memandang kehadapan.

Terangkat kening Aryan ketika ini, mata yang masih menatap wajah putih mulus sang isteri tidak dialih.

"Kalau hubby nak tahukan, mula sayang nampak hubby dekat sini lah." Cerita Lia dengan semangat.

Terdiam Aryan apabila Lia membuka cerita itu, dia pula masih mencuba ingat semula tempat ini.

Wajah binggung Aryan Lia tatap dengan senyuman yang tawar dia tahu pasti Aryan tidak ingat iyalah masa tu mereka tidak kenal macam mana lah Aryan mahu ingat dia.

"Masa tu hubby datang dengan Hayden and Haider. Dan masa tu sayang duduk dekat sana sorang-sorang." Ujar Lia sambil menunjukkan tempat yang dimaksudkan olehnya.

Terlakar senyuman tawar di wajahnya apabila teringat akan kenapa dia datang kesini dahulu.Andai boleh diundur mahu sahaja dia hilangkan dirinya dahulu dari semua orang.

"Jadinya...sayang lah perempuan yang terkena bola masa tu?" Soal Aryan dengan yakin.

Dia harap sangat jawapannya betul. Tersenyum Lia ketika itu jadi Aryan masih ingat dia tak sangka pula dia, apabila ingat balik kelakar betul.

"Hubby masih ingat? Sayang ingat hubby dah lupa tak sangka hubby masih ingat." Ujar Lia dengan ketawa kecil.

Terangguk perlahan Aryan tanda mengiakan soalan Lia sebentar tadi. Dia juga baru sahaja teringat akan perempuan yang terkena bola yang di tampar olehnya dan tak sangka itu isterinya sendiri.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now