01

50 52 0
                                    

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Jam tangan yang dipakai masih lagi menunjukkan pukul 5:20 pagi. Tetapi, seorang pelajar perempuan bernama Ana sudah pun berada di sekolah.

Ana yang sedang duduk di bangku perhentian bas itu terus melihat ke kiri dan juga ke kanannya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ' Nak pergi ke kelas atau tunggu dekat sini ? ' Ana menyoalkan dirinya di dalam hatinya.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎Setelah berfikir, Ana memutuskan untuk pergi ke kelas. " Okay, pergi kelas ! " ujar Ana lalu bangun dari bangku yang didudukinya. Dia terus berjalan ke arah tangga yang menuju ke tempat letak kereta guru.

Ana membuka pintu pagar tangga tersebut lalu memasukinya. Tangga tersebut dinaikinya sehingga sampai ke tempat letak kereta guru.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setibanya di tempat letak kereta guru, dia meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke kelas.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Setelah berjalan selama tiga minit, Ana tiba di hadapan kelasnya. Tombol pintu kelas dipulasnya sehingga terbuka. Perkara pertama yang dia lakukan adalah membuka kesemua lampu kelas.

Jam besar berbentuk bulat dan berwarna putih yang tergantung di dinding kelasnya masih lagi menunjukkan pukul 5:31 pagi.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ' Ish. Lama lagi ni nak tunggu pukul 6, ' rungutnya di dalam hati.

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Krekk.. Krekk...

‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ ‎ Saat sedang berada di dalam kelas dan menunggu pukul 6 pagi, tiba-tiba Ana terdengar bunyi cakaran yang datang dari kelas sebelah.

Disitu, terdapat enam buah kelas tingkatan 3 yang disusun secara berjajar. Semakin lama, bunyi itu semakin kuat.

Ana mula berasa panik. Dia terus menutup kesemua lampu kelasnya lalu mengambil begnya dan menyorok dibawah meja guru. Setelah itu, kelihatan bayang-bayang seseorang di tingkap kelasnya.

Bersambung...

Maafkan saya kalau ada typo kerana ini pertama kali saya menulis cerita.

Terima kasih telah membaca ! ✨✨
Tolong vote ye.. thank you ✨

[C] Kehadirannya, Mengubah Segalanya Where stories live. Discover now