04 : eye contact

71 8 0
                                    

yeonsu

"sikit lagi, yeonsu kim jangan putus asa lagi ingat sikit siapa yang berusaha dia akan berjaya!" tidak henti henti aku menyalurkan secebis motivasi kepada diri sendiri. yelah, nak suruh siapa lagi kalau bukan aku? aku ini pakar motivasi berjaya kut walaupun tak berlesen.

"SIAP PUN!" aku mengangkat tinggi tinggi buku latihanku. letih buat ulangkaji tak boleh ke tiba tiba jadi bijak dalam satu malam? penat gila hidup jadi average ini, nak kata bodoh macam tak sebab majoriti subjek aku lulus, tapi nak kata bijak pun macam jauh sangat kot. cukup cukup makan je weh itu pun tak cukup lagi untuk dibanggakan.

"okey mari kita tidur!" aku naik ke atas kerusi belajarku dan mula melompat ke katil yang berada tidak jauh dari meja belajar. kalaulah aku melompat seperti ini masa sukantara tahun lepas mesti dah dapat point tinggi. kau ini masa sukan suka sangat main main, bangga ke jadi beban rumah sukan?

baru nak tarik selimut, aku tiba tiba teringat apa yang jadi dekat sekolah hari ini. wajah budak comel itu tiba tiba muncul di benakku buat aku tak jadi nak berbaring. "DAH KENAPA KAU MUNCUL DEKAT KEPALA AKU NI? KELUAR SEKARANG SEBELUM AKU PANGGIL BOMOH!" kepala yang tidak bersalah aku pukul berkali kali, kalau bodoh lepas ini memang dah tahulah penyebabnya. dahlah tadi baru ulangkaji, kalau begini, memang terkeluar segala ilmu tadi.

aku menghela nafas bila gagal buang bayangan wajah budak comel itu dari kepala. jangan bazirkan otak yang tuhan bagi untuk fikir pasal orang yang tak penting dan bukan main character dalam hidup kita.

"tidur kim yeonsu, tidur. esok sekolah, nak bangun awal. " aku kembali berbaring dan menarik selimut hingga menutupi seluruh tubuhku. sesaat kemudian, aku membuka selimut. "tak boleh tidurlah." jam di dinding aku tatap. patutnya sekarang ini aku kena--

LAYAN TIKTOK! tepat sekali. telefon pintar yang aku tengah caj di atas meja kecil aku capai. okey dah 100% jom kita scroll sampai tertidur. buka je ikon wifi, aku hilang kata kata. sendu gila whatsapp aku? haerin dengan eunchae memang takde niat nak memeriahkan whatsapp aku ke? rasanya perpustakaan lagi meriah daripada whatsapp aku. penuh cengkerik weh!

"ugh tidur jelah!" telefon aku letak balik atas meja dan bercadang nak tidur. kali ini bukan tipu, kita tidur betul betul.

"haerin, aku nak duduk dekat tepi tingkap hari ni. nak angin segar." ujarku ketika tiba di kelas pagi itu. lagipun tempat duduk dekat tepi tingkap itu memang kosong sejak azali weh jadi tak salah kita nak tukar angin? bosanlah asyik duduk sebelah haerin. kalau haerin boleh baca isi hati aku ini mau terkeluar aku dari senarai kawan yang paling haerin sayang.

"suka hati kaulah." ujar haerin. uish tak nak buat muka sedih ke konon konon tak boleh belajar kalau aku duduk jauh dari dia? tak sweet betul haerin patutlah single tak laku.

aku bawa beg aku ke meja duduk belakang. "woi yeonsu, kau nak balik ke? kelas pertama pun belum mula lagi. cuba bawak bawak insaf, tak lama lagi nak periksa tau." ujar eunchae yang mana mejanya terletak di belakang meja haerin.

jahat sangat ke muka aku sehingga difitnah sebegini rupa? ada yang makan kerusi kan. padahal nak pindah tempat je weh terus dicop kaki ponteng? aku ponteng betul betul kan.

"diam hong eunchae. nak duduk sebelah haerin, pergilah. hari ni aku nak jadi main character jap." bukan ke dalam anime takpun kdrama, biasanya main character akan duduk meja tepi tingkap yang ada dekat barisan belakang sekali? bagilah peluang sekali, kita dah penat jadi watak pembantu.

"okey jom belajar." baru nak buka buku teks, aku ambil kesempatan untuk usha orang yang lalu lalang dekat tepi tingkap. siapa suruh lalu dekat sini memang jadi mangsa mata aku. "harap harap ada orang handsome lalu, ada rezeki boleh dijadikan crush." ya, bucket list yeonsu tahun ini adalah nak cari crush. tanpa crush, hambar jadinya highschool life yeonsu.

tanpa sengaja, mata aku bertemu dengan mata seseorang. tak tahu apa yang merasukku, aku langsung tidak melarikan pandangan padahal gerangan yang aku ber'eye contact' itu-- budak comel eunchae! manusia yang aku doa sangat aku tak jumpa dia lagi. tapi hari ini siap ber'eye contact?'

aku terus melarikan pandangan bila tiada tanda tanda budak comel itu ingin memutuskan eye contact. aku pandang buku teks yang terbuka, tapi bukan tulisan yang aku nampak, tapi mata cantik budak comel itu. botol air yang aku letak di kaki meja aku capai.

"kim yeonsu, ini bukan kau." aku pandang ke arah haerin dan eunchae yang ada di hadapan. harap diorang tak nampak apa yang baru terjadi tadi. terutama eunchae. sesungguhnya saya tidak mahu tikam belakang kawan sendiri.

"kim yeonsu, abaikan apa yang baru jadi tadi. anggap jelah perkara tadi tak pernah jadi." masalahnya, bila mata kami bertemu tadi, segala rasa geramku pada dia serta merta hilang? apa yang dah jadi ini?

aku merebahkan kepala di atas buku teks. baru hari ini duduk dekat meja belakang takkan dah kena sampuk ngan hantu meja belakang? sampai dah tak boleh berfikir secara rasional dan normal?

"kim yeonsu!" serta merta aku angkat kepala bila namaku disebut. eh sejak bila ssaem masuk wah ssaem aku ini ada darah ninja ke?

"ya, ssaem?" aku tahu mata mata rakan sekelas mesti tertumpu ke arahku. aku lihat eunchae dan haerin tengah tahan gelak bila tengok aku kena tegur dengan ssaem. tak guna punya kawan, patut ke aku jual diorang dekat darkweb?

"dah kenapa kamu duduk belakang?" aku hanya tersengih, tanpa ada niat nak jawab soalan ssaem. tapi apa yang pasti, aku rasa esok pun aku nak duduk dekat sini!

-tbc-

oblivious -yjwWhere stories live. Discover now