yeonsu
aku tatap lama mesej jungwon. patut ke aku seen? siapa suruh bagi jawapan takde effort seperti itu? tak boleh ke hantar mesej comel macam yejun? aku salah pilih crush ke sekarang?
tak boleh jadi ini, aku kena pastikan jungwon tahu siapa aku. tahu tak aku ini dah tebalkan muka pergi minta instagram dia depan tandas lelaki kot! ya! tandas lelaki, masa itu mana fikir pasal imej dan maruah apa semua. nak menyesal pun dah tak guna.
suyaa_
itulah saya pun tak tahumaaflah, aku tengah geram itu yang buatkan aku pergi hantar mesej itu. aku lihat jungwon typing... okey sedikit berdebar nak tahu apa yang jungwon akan hantar lepas baca mesej aku. haraplah dia tanya aku sia--
ygjwooon_
okaku disampuk rasa terkedu tambah terkejut tambah tak percaya bila baca mesej jungwon. eh kenapa budak ini sangat menyakitkan hati? dia balas apa? OK???? OK??????? DAHLAH EJA OK TAK PENUH NAMPAK SANGAT TAKDE USAHA. aku pandang lama mesej itu. patut ke aku teruskan mesej jungwon? jungwon pun nampak macam layan aku kerana terpaksa je.
suyaa_
tak nak tahu ke siapa saya
penat saya minta insta awak depan tandas lelaki tadi
rasa macam dah tak tahu nak letak muka dekat manahah ambik kau! aku tak nak layan sangat perasaan geram dan sakit hati aku, aku kena pastikan jungwon jadi kawan aku. sila sabar yeonsu, ini semua ujian sebelum kita ke next step. takkan ujian seperti ini pun dah buat aku mengalah? bukan kim yeonsu ya kalau angkat bendera putih awal.
ygjwooon_
dah kenal lah
AHAHAHAHAHaku kehilangan kata kata lagi. kurang ajar budak ini. RUPANYA DIA DAH TAHU SIAPA PEMILIK USERNAME SUYAA_??? astu kenapa cakap tak tahu tadi? sumpah menyakitkan hati. nasib baik crush kalau tak memang dah masuk blocklist kim yeonsu.
tapi-- bibirku tersenyum jua. jungwon kenal aku. aku membaringkan tubuh di atas katil. siling putih aku tatap, dengan senyuman yang makin lama makin lebar. telefon aku biarkan di atas dadaku. "jungwon kenal aku weh jom nangis."
ting! aku segera mencapai telefon. jungwon?
ygjwooon_
sunbae ambik aliran apaaku menukar posisiku daripada berbaring kepada meniarap, nak bagi keselesaan kepada diri masa tengah chat dengan jungwon. segera aku menaip mesej balas, tak nak jungwon tertunggu tunggu. ingat sikit, yang beria nak jadi kawan dia itu aku tau! bukan jungwon.
suyaa_
aliran sains tulenygjwooon_
budak bijaklah ni
tak selevel lah kitasuyaa_
tapi tu dulu AHAHA
sekarang saya ambik aliran seni
jadi kita selevelya kawan kawan, saya tahu aliran elektif kelas jungwon. kelas dia pun ambik mata pelajaran seni visual, seperti kelasku. jadi boleh nak bandingkan lukisan nak tengok siapa lukis cantik lagi. tapi aku rasa orang macam jungwon mesti pandai melukis. yeonsu kena insecure!
ygjwooon_
orang pun budak aliran seni jugak
tapi orang tak reti melukis puntak jadi aku nak sambung menaip. "eh comelnya jungwon!" bila dia bahasakan diri dia 'orang' daripada 'saya' buatkan-- buatkan kim yeonsu makin suka! jungwon ini boleh tak jangan comel sehari? yeonsu ada cute aggression tau, tak boleh tengok benda comel, mesti rasa nak picit picit astu sumbat masuk dalam guni.