yeonsu
bait bait perkataan yang tertera di dalam buku teks sejarah hampir membuatkan aku nak menangis. dahlah tengah mengantuk sekarang, tapi tetap jua aku paksakan diri aku untuk mengulang kaji pelajaran. nak tahu kenapa? ESOK SSAEM NAK BUAT KUIZ HUWA SENGAJA NAK SEKSA KITORANG KE APA?
ssaem kata dia nak buat kuiz sebab dia perasan kitorang langsung tak ambil serius dengan sejarah. bila tanya, tak boleh jawab. sudahnya, dia bercadang nak buat pop kuiz seminggu berturut turut. rest in peace kim yeonsu.
ting! ngantukku serta merta hilang. "waduh, tengok baru baca tiga muka surat dah ada gangguan." bebelku, tapi tetap jua tanganku mencapai telefon yang ada di sebelah buku teks.
"haerin?" dia mesej aku ni, tak study ke apa? dahlah dia itu suka sangat tidur dalam kelas, memang jenis tak takut orang betul. aku buka mesej darinya. okey, terkejut sikit.
rinrin
maaf yeonsu
aku aku TAK BOLEHLAH JAUHKAN DIRI DARIPADA DOKYEOMkepala aku garu. masalahnya, takde siapa pun suruh dia jauhkan diri? gelakku tercetus. syukurlah, sekurang kurangnya bukan aku seorang sahaja yang sembang gegar pecah tingkap. dah kata, takde istilah nak move on dalam kamus hidup kitorang. move on sehari, esok kembali suka.
"jadi kau dah berbaik dengan dokyeom?" soalku bila tamat sahaja masa sejarah. syukurlah, ssaem tak ingat akan janjinya untuk adakah pop kuiz!
haerin menggangguk dengan senyuman lebar. "ngko gila ke, mamat tu tak habis habis minta maaf dekat aku, siap kata yang dia suka berkawan dengan aku. memang idoklah aku nak move on, kau pun tahu aku suka dia dari tahun lepas lagi." aku hanya menggangguk. bukan senang nak move on bila dah lama suka.
seperti tahu tahu sahaja namanya menjadi topik perbualan, dari kejauhan aku nampak dokyeom berjalan. terus aku tepuk bahu haerin. "weh weh dokyeom, cuba ah lambai." aku menggesa. haerin dah siap sedia nak lambai, mentang mentang dah berbaik. aku tak sabar nak tengok momen diorang, yelah dah lama diorang terlibat dalam perang dingin.
"kejap. dia berjalan dengan siapa tu?" ingat dia jalan sorang sorang, tahu tahu ada lagi sorang lelaki berlari lari anak mengejar langkah dokyeom. okey, kena terkejut bila aku dah nampak sepenuhnya muka orang itu. wonie no.2.
"dia rapat dengan wonie no.2?" soalku. bukan ke si wonie ini geng dengan haruto? aku garu kepala. lah, lupa diorang sekelas. senyum kecil di bibir terukir. aku rasa aku tahu apa aku nak buat.
"haerin, kau dah berbaik kan dengan dokyeom? apa kata kau tolong aku, kau tanya dokyeom siapa nama wonie no.2? tolong eh." haerin membulatkan mata. dah kenapa, tak nak tolong aku ke? nak aku mengungkit ke siapa yang tolong dekatkan dia dengan dokyeom dulu?
"kau betul betul serius ke dengan wonie no.2? habis tu macam mana dengan jungwon?" terkedu seminit bila aku ditembak dengan soalan ini. jungwon?
"aku tanya nama dia sebab curious ngok bukannya suka. hatiku masih milik yang jungwon." ujarku dengan penuh keyakinan. betullah, buktinya aku masih lagi tunggu jungwon datang dekat kantin walaupun makanan aku dah lama habis. ini namanya pengorbanan untuk orang yang kita suka.
"bukan boleh percaya sangat kau. mudah sangat jatuh cinta." aku membulatkan mata. hello, bukan mudah jatuh cinta, tapi jatuh suka jelah! siapa je tak suka bila orang bagi secebis perhatian. tapi jatuh cinta itu hanyalah untuk yang jungwon. my won n only!
"ah ikut suka kaulah. yang penting kau tanya dokyeom. okey? jaga kau kalau kau tak tanya." yeonsu tak main main. sengaja suruh haerin minta tolong dokyeom, kalau aku sendiri pergi tanya wonie no.2 macam mana aku tanya jungwon dulu, hah korang fahamlah apa yang akan jadi nanti.
"macam mana kalau dokyeom salah faham? haaa dahlah kitorang baru berbaik."
"BAGITAHU JELAH YEONSU YANG TANYA ADUMAK." BUKANNYA SI DOKYEOM TAK KENAL AKU PUN HALAH.
ting! tengok, setiap kali aku nak jadi pelajar cemerlang dengan mengulangkaji pelajaran, mesti ada datang gangguan syaitan seperti contohnya ini. yang parahnya, aku merelakan godaan itu seperti selalunya. ah, kang haerin lagi penting daripada study!
rinrin
nak tahu tak nama dia apaaaaaayeony
bagitahu jelah halah korinrin
nama dia lee sangwonaku tak jadi nak menaip. "lee sangwon?" oh patutlah haruto panggil dia wonie no.2. jap. kiranya haruto panggil dia wonie no.2 sebab nama dia ada won macam jungwon ke sebab dia ada iras jungwon? wah, yeonsu sengaja ingin menyesakkan kepala otak.
yeony
cantik nama
tapi takleh lawan jungwon aku lagirinrin
ngko memang asyik asyik jungwon
tapi yakin ke tak tersuka dekat sangwon
haaaa orang kata jangan tanya nama nanti sukahaerin ini tak percaya ke dengan kesetiaan seorang kim yeonsu? heh! selagi aku bernafas di sekolah ini, menjadi pelajar sekolah ini, aku takkan jatuh cinta dekat mana mana lelaki selain daripada yang jungwon. datanglah seribu orang mirip jungwon, hanya jungwon yang kumahu!
aku ke instagram. kali ini, niatku bukan untuk stalk jungwon mahupun seol yoona seperti selalunya. tak tahu apa yang merasuk jiwaku, aku rasa nak cari instagram si sangwon. nak tahu aku cari macam mana? marilah kita ke ruangan following haruto! mesti haruto follow si sangwon memandangkan diorang satu geng.
"600+ following? apakah aku segigih itu?" termenung jugalah bila tengok jumlah manusia yang haruto follow. ah pedulikan, mari kita menyelam ke dalam following haruto!
scroll atas bawah, scroll punya scroll, aku terjumpa satu akaun yang mencurigakan. wonhsem. tiada profile picture. dan bionya hanya terisi dengan won. "ini ke instagram si sangwon?" macam ya, macam tidak. aku tekan.
"LAMAK DIA MARI DENGAN PRIVATE SOBAT." tapi yang anehnya, pemilik instagram ini letak satu link yang sangat mencurigakan. kau tahu apa nama link itu? nsfw. not safe for work? patut ke aku takut? tapi macam biasalah, sebagai seorang manusia yang memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi, aku gagahkan jua jariku untuk tekan link itu. walaupun agak takut kalau link itu membawa aku ke laman web yang bukan bukan.
masuk je laman web itu-- "HAHAHAHAAHAHAHAHAHAH. SIOTLAH! BUAT AKU TAKUT JE!" ingatkan video bukan bukan tapi itu cuma video kucing kertas menari nari. apa ke comel sangat user wonhsem ini? nama link memang tak nak kalah.
"ah, follow jelah dulu, kalau salah orang kita unfollow balik. hidup ini gampang, jangan rumitkan." butang biru follow kini diganti dengan following. yeonsu memang tidak takut mati.
wonhsem accepted your follow request.
wonhsem requested to follow you.
-tbc-