14 : missed call

47 8 0
                                    

yeonsu

rindunya jungwon. cuba cakap bila je seketul yeonsu ini tak rindukan jungwon? dah masuk fasa angau tau tak! 24 jam fikirkan jungwon, padahal jungwon langsung tak fikirkan aku kan? kenapa aku cakap seperti itu?

lepas je dia bagi nombor telefon dia dekat aku, jungwon terus menyepikan diri. padahal dia itu setiap masa active dekat instagram. dia tak nak ke mesej aku? tanya khabar ke? dia tak rindu ke nak mesej dengan aku? ke dia dah tak nak kawan dengan aku? DAHLAH DIA PERGI UNSEND NOMBOR ITU!

aku terlebih gedik ke? macam mana kalau jungwon rimas dengan aku? hah, telah masuk waktu overthinking dan sewaktu dengannya. tak boleh jadi ini, tak sampai seminggu lagi kot aku jadi kawan jungwon. nak rimas pun tunggulah satu tahun. aku buka ruangan dm jungwon. inilah kerja yeonsu hari hari. baca chat dua tiga hari lepas. ARGH MANA JUNGWON INI? kawanmu ini memerlukan attentionmu. takde new messages ke?

scroll punya scroll, aku dah buat sesuatu yang sangat bodoh. sumpah aku tak sengaja! aku-- aku tertekan call! yang bongoknya, disebabkan rasa gelabah yang menyerangku, buatkan butang end call itu menjadi titik buta aku. WEH MANA BUTANG END CALL GILA? tak jumpa! jom menangis yeonsu. akhirnya aku buat keputusan.

aku uninstall instagram.

"boleh tak satu hari jangan buat perangai? mesti jungwon akan ingat aku mengada kan? tengoklah, makin jauh jungwon dari kau nanti!" aku memarahi diri sendiri. pipi ditampar berkali kali, boleh tak sifat clumsy itu campak jauh jauh? dah bersedia ke nak kehilangan jungwon?

telefon aku campak ke bawah, sebelum aku benamkan muka atas bantal. bagi yeonsu nangis sepuas puasnya. mesti jungwon ingat aku buat buat call sebab nak attention dia? astu macam mana kalau perbuatan aku itu dah ganggu dia? mana rooftop, yeonsu nak pergi terjun.

"eh aku tertidur ke?" siapa sangka, lepas frust sebab tersalah call jungwon, aku tertidur weh! yeonsu ini, dalam keadaan seperti ini sempat lagi nak tidur. aku mulai bangkit, menukar posisiku kepada bersila. aku terpandang telefon aku yang tersidai di atas lantai. nak ambil ke tidak? sumpah, aku betul betul takut nak buka telefon sekarang.

"yeonsu, sila jadi matang. dah tersalah call tu minta maaflah, astu bagitahu kau tak sengaja. mesti jungwon faham kan?" aku cuba untuk berfikiran positif. takkan sampai bila bila nak takut? dah buat salah, sila minta maaf. aku mulai mencapai telefonku dengan kaki, alang alang malas nak turun ambik. "aduh, tak pasal pasal screen protector aku retak sebab aku main baling. aduh, matanglah sikit yeonsu!"

mula mula kena install instagram dulu. maaf, sejak kenal jungwon, instagram itu dah jadi macam lampin pakai buang pula. bila nak guna, install. bila dah tak nak guna, uninstall. nasiblah pakai unlimited internet kalau tak, menangis internet aku dapat pengguna macam aku.

hanya terjadi bila ingat password ya, kalau tak ingat password tolong jangan cuba aksi install uninstall kalau tak nak buat akaun instagram baru. aku takpe, aku guna password yang sama untuk semua media sosial. jadi kalau ada orang tahu password instagram aku, kiranya dia pun boleh login semua media sosial aku yang lain. sangat berisiko.

ygjwooon_
kenapa call

aku menghela nafas. mesej enam jam yang lalu. kiranya lepas aku tersalah call astu aku uninstall instagram, jungwon terus online dan mesej aku. satu je yang buat aku makin suka pasal jungwon ialah dia ini fast replier. walaupun aku je yang mulakan chat, tapi dia sentiasa in chat. sangat greenflag.

suyaa_
maaf, tersalah call

ting!

ygjwooon_
😑

aku menghela nafas lagi. kalau aku tak tertekan call, mesti takkan ada new messages dari jungwon kan? betul ke dia nak berkawan dengan aku? ataupun dia terima aku jadi kawan sebab dia cuma jaga hati aku sebagai seorang senior yang lahir dulu daripada dia? kalau macam itu, baik tak payah.

aku kembali menaip.

suyaa_
sedihnya tak jumpa dia hari ni

ygjwooon_
noob tak cari

meletus tawaku. adakah dia baru sahaja bagi lampu hijau untuk aku cari dia dekat sekolah? okey, mungkin aku cuma bersangka buruk, jungwon memang ikhlas nak berkawan tapi mungkin sebab age gap kitorang yang agak jauh buatkan jungwon macam kekok sedikit dengan aku kot. kalau aku ada dekat tempat jungwon pun, aku rasa aku akan buat perkara sama. macam mana kalau tersalah cakap ke? hah kan dah tak hormat namanya.

suyaa_
saje nak bagitahu
orang dah save nombor dia

ygjwooon_
kenapa tak chat
lemahlah tak chat

ish budak ini, kenapa suka sangat mengroastingkan aku. bukan aku tak nak mesej tau, tapi takde kekuatan. padahal setiap hari aku tekan contact name dia, baca bio whatsapp dia, tilik satu persatu nombor telefon dia.

"argh kiranya mesti jungwon tunggu aku chat dia dekat whatsapp kan? kan? makin suka aku macam ni. tolong, sesiapa tarik yeonsu kim sebelum makin jatuh cinta." sebenarnya yeonsu ini dah tak boleh diselamatkan, dia dah terjatuh sangat dalam. ish, sebab inilah orang tua tua sangat melarang kita benci seseorang, sebab akan tiba waktunya rasa benci itu bertukar kepada suka.

suyaa_
esok esok AHAHAHA

"eh tu jungwon kan?" lenganku disiku haerin. aku mengangkat kepala, mencari cari di mana jungwon. "mana jungwon aku?" dan syukur, bila aku dah nampak jungwon, secara automatiknya, aku dan jungwon tereye contact. aku-- aku nak tegur dia tapi takut. keberanian masa aku minta instagram dia hari itu dah hilang, tak tahu menyorok dekat mana.

teringat aku akan chat semalam dekat whatsapp.

yeony
kalau jumpa dekat sekolah jangan sombong tau

yang jungwon
tengoklah macam mana

yeony
yelah kita je nak tegur dia

yang jungwon
HAHAHAH
nak cakap pasal apa

yeony
nak cakap hi je

yang jungwon
AHAHHAHA
yeke

yeony
betul lah tapi dia selalu ada dengan kawan dia
jadi malulah sikit nak tegur
nanti apa kawan dia kata

yang jungwon
HAAHAH
kawan okey jelah

jadi disebabkan mesej semalam aku rasa aku dapat kekuatan. aku nak tegur jungwon. tapi-- aku terlambat. jungwon dah berlalu dengan gengnya. ish kau ini kim yeonsu, lambat sangat kumpul kekuatan, jadi sampai habis sekolah ke nak jadi seperti ini? astu menyesal bila tak dapat tegur jungwon?

-tbc-

oblivious -yjwWhere stories live. Discover now