28 : popular

56 9 0
                                    

yeonsu

ting! "semoga ting tu datang daripada jungwon." takut takut aku cuba untuk melihat skrin telefon. "MAK!!!!" WEH SUMPAH TAK DELUSIONAL, TAPI BUNYI TING ITU MEMANG DATANGNYA DARIPADA JUNGWON. DIA-- DIA REPLY STATUS AKU??????

yang jungwon
macam kenal je yang baju hijau tu

hampir tercekik air liur yang ingin kutelan. kiranya dia tak main tekan je status aku sebaliknya dia tengok dengan teliti? sebabnya kalau dia main tekan je, dia takkan nampak dirinya yang telah menjadi photobomb dalam gambarku? weh, nak menggelupur macam ayam kena sembelih!

kerana dikuasai rasa gugup, aku cuma mampu untuk membalas mesejnya dengan stiker korek hidung sahaja. tak nak tunjuk sangat kita teruja bila jungwon perasan akan kehadirannya dalam gambarku. MAK NAK JUNGWON!

yang jungwon
tak puas hati lagi ni
kenapa bagi orang air
first time tau orang bagi kita air

membulat mataku, tidak percaya dengan mesej jungwon. biar betul? takkan aku sorang je peminat dia? mustahil. diakan comel, ke dia itu cuma comel di mata aku sahaja? terukir senyuman di bibir. aku orang pertama yang bagi jungwon air? kiranya mesti aku akan memberikan impak terhadap jungwon, buatkan dia akan teringat ingat akan aku.

yeony
orang bagi tu ambik jelah 😔
saja bagi sebab nak tegur dia hohoho

tak sempat nak bernafas lepas dah balas mesej jungwon, bunyi ting kembali bergema. dah kata, fast replier punya jungwon!

yang jungwon
AHAHAHAH sanggup bagi air sebab tu?
tegur jelah

apa? tegur jelah? hey, dia itu tak sedar ke muka harian dia itu macam nak ajak gaduh? beku semacam. siapa je berani nak tegur. dan aku tak tahu mana aku dapat keberanian nak tegur dia dulu? mungkin sebab nak kenal dengan lebih dalam. sekarang dah kenal, itu yang buatkan keberiaan itu semakin pudar.

yeony
takut
muka dia nampak garang
tak friendly

yang jungwon
photo

oksigen! oksigen! oksigen! jungwon kembali dengan gambar yang dihantar secara view once. aku tarik nafas, sedikit berdebar nak tengok gambar yang dihantar oleh jungwon. SELCA KE? OKEY JANGAN JERIT LAGI.

okey aku tipu. terlepas jua jeritanku bila jari dah menekan gambar yang dihantar. TAHU TAK ITU GAMBAR APA? HUWA. selca dia mengenakan cermin mata bulat dengan caption 'muka macam ni garang ke'. telefon aku selamat dilempar ke dinding.

"KENAPALAH KAU TAK JADI MILIK AKU JE HUWA NI BIKIN NANGIS SAMPAI ESOK NI." jungwon comel sangat kenapa? sangat sakit hati bila sedar yang jungwon takkan aku miliki. untungnya girlfriend dia.

yeony
yang ni nampak baik
kat sekolah nampak garang

yang jungwon
AHAHAHAH MANA ADA

aku masih lagi dirangkul rasa bahagia tiba tiba murung. bila aku teringat sesuatu. lupa ke jungwon bergambar dengan rakan aku?

yeony
eleh
tahulah dia tu popular
dapat bergambar dengan sunbae lawa pulak tu

yang jungwon
aik mana tahu ni
kat mana popular tu 😭

yeony
tahulah
orang ada dekat situ

oblivious -yjwWhere stories live. Discover now