11 : orang dia

59 8 0
                                    

yeonsu

"apa kata-- kita kongsi jungwon?"

sehingga tamat waktu persekolahan, ayat eunchae masih lagi berputar putar di fikiranku. eunchae betul betul ke maksudkan perkara itu? aku bukan nak jadi kawan pentingkan diri, tapi aku tak rela berkongsi jungwon dengan eunchae, kawan aku sendiri. tapi-- eunchae yang suka jungwon dulu. kenapa eunchae kena minta pendapat aku? tak salah pun kalau dia nak sukakan jungwon lagi sekali.

lagipun, aku dengan jungwon mana ada apa apa. setakat bermesej satu hari, agaknya langsung tidak memberi impak kepada jungwon.

aku mula menaip sesuatu.

suyaa_
kawan awak yang baju kuning tu single tak

ygjwooon_ is typing...

ygjwooon_
kenapa tanya
berkenan ke
tak payahlah dia dah ada girlfriend

keningku berkerut. yejun dah ada kekasih? sekarang fahamlah aku kenapa yejun tiba tiba berubah menjadi sekering kering manusia dalam mesej. tapi kalau taken, kenapa mesra alam hari itu dengan eunchae? kalau aku jadi eunchae pun, aku akan tersuka dekat yejun. nak nak pulak lepas dapat mesej 'hi noona' semalam.

tapi-- patut ke aku bagitahu eunchae mengenai hal ini? eunchae dahlah masih terasa lepas mesejnya dilayan acuh tak acuh oleh yejun.

suyaa_
eh mana ada
kawan awak tu dah buat girl crush saya broken tau tak
nanti awak tolong marah dia tau

ygjwooon_
kesian kawan dia
ya ya nanti orang bagitahu dia
btw kawan dia tu h.echae ke

ya, jungwon kini bahasakan dirinya sebagai 'orang' dan aku sebagai 'dia'. salah satu punca kenapa kim yeonsu makin jatuh cinta.

suyaa_
haah
cantik kan
kalau awak berkenan, saya boleh tolong

bila difikir-fikiran balik, eunchae dengan jungwon sepadan je sebenarnya. jungwon comel, eunchae pun comel, kalau jadi couple memang perfect ten! aku mengemamkan bibir, patut ke aku padankan diorang?

ygjwooon_
h.echae yang mana eh
yang pakai kaca mata tu ke

terlopong aku. jungwon tak kenal eunchae rupanya???? tapi kenapa dia tetap followback instagram eunchae? ke sebab eunchae itu kawan aku? aku mati mati ingat jungwon kenal. kiranya-- jungwon hanya kenal aku? berbunga sedikit hati.

suyaa_
tak, yang paling lawa tu
btw nak tanya ni
saya chat awak ni takde orang marah ke
tak nak nanti ada orang tarik rambut saya karang

aku akan undurkan diri kalau kalau jungwon pun dah ada kekasih. macam mustahil je lelaki ini single, dia dahlah comel astu pandai bergaya pula. jadi yeonsu, cepat siapkan hati untuk tersakiti.

ygjwooon_
AHAHAHA
takde takdelah

tersungging senyuman kecil di bibirku. jungwon single weh! jadi aku masih ada peluang. okey yeonsu, mula mula kita jadi kawan dulu, biar dia selesa dengan aku lepas itu baru kita naik level. adakah ini dinamakan friends to lovers trope?

ygjwooon_
habis tu dia suka sape

kaget aku dengan soalan tiba tiba jungwon. kita tanya dia, dia tanya kita balik. jenuh mikir macam mana nak reply. kau bayangkan, crush kau tanya kau suka siapa. takkan nak confess sekarang? masih awal.

"aku suka kau, tahu tak? mesti kau tak tahu kan?"

suyaa_
suka yang baju hijau tu
HAHAH GURAU JE
dilarang ambik serius

kalau nak tahu, masa aku pergi approach jungwon depan tandas lelaki hari itu semata mata nak minta instagram dia, dia pakai baju sukan hijau.

ygjwooon_
AHAHAH tak ambik serius pun

adakah ini dinamakan confess separuh jalan? aku harap sangat jungwon tak fikir bukan bukan. aku betul betul ikhlas nak berkawan buat masa ini.

esoknya, aku bangun lewat, hari ini cuti jadi dilarang bangun awal. aku tatap lama jam di dinding, pukul 12:30 tengah hari, aku kalau hujung minggu memang akan bangun pukul 12 ke atas ya, korang sila contohi kim yeonsu. macam biasa, bila dah bangun ini, mula mula kena buka telefon dulu ke mana tau ada notifikasi daripada crush ke AHAHAH. buka je telefon, mataku membuntang.

ygjwooon_ sent a photo.

spontan tanganku menekup mulut. ADAKAH KALI INI DIA BAGI SELCA TEMPOH HARI? yang dia pergi unsend itu? aku cepat cepat tekan notifikasi itu, kena cepat save nanti lelaki ini buat hal pergi unsend, menyesal seumur hidup kim yeonsu nanti.

"APA?????" aku.kena.fakehope. rasa macam nak baling telefon. tahu tak gambar apa yang jungwon hantar? bukan gambar dia tapi GAMBAR KAWAN KAWAN DIA????? apakah? aku tak nak gambar kawan dia, aku nak gambar dia?????

suyaa_
ingatkan selca dia

ygjwooon_
maaf tadi kawan main phone orang

suyaa_
phone dia takde password ke
macam tu kawan dia boleh buka
means kawan dia dah bacalah chat orang?

tak suka. aku tak boleh bayangkan macam mana kalau kawan jungwon betul betul baca conversation aku dengan jungwon? mesti diorang akan fikir aku ini senior yang gatal, sebab approach junior yang lagi muda. itu yang buat aku geram dengan jungwon sekarang. senang senang je bagi orang lain main telefon, memanglah itu telefon dia tapi sekarang yang kawan dia buka itu ruangan dm aku tau tak?

aku tekan gambar tadi. gambar dua orang kawan jungwon. sorang pakai baju coklat, dan sorang pakai baju biru. "mana satu yang lagi handsome eh?" muncul satu idea di kepalaku.

yeony
photo
pilihlah chae nak yang mana

cheche
bongoklah suruh pilih
nak dua dua
ada dua buat apa pilih satu

bagus eunchae, ambik je dua dua sekaligus, jadi jangan ganggu jungwon saya. kiranya aku tak perlu berkongsi jungwon dengan eunchae kan? astu aku sorang je yang boleh jadi kawan jungwon? kan kan? okey kena berterima kasih dekat kawan jungwon sebab main telefon jungwon astu hantar selca itu dekat aku. satu masalah selesai!

ting!

cheche
aku dah jumpa tiktok yang pakai baju coklat tu
yang baju biru tu baru break ngan girlfriend dia 5 bulan lepas

ternganga kecil aku. hong eunchae ada cita cita nak jadi sasaeng berjaya ke? kena standby tekan 991 kalau tiba tiba eunchae buat hal. hong eunchae ini bukannya boleh dijangka. jenis ikut kepala jugak perempuan ini.

-tbc-

oblivious -yjwWhere stories live. Discover now